<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, December 15, 2008; 2:15 PM

Iklan Deepavali Petronas baru-baru ini benar-benar menyentuh hulu hati aku sehingga menitis syahdu air mata bukan kerana mesej tersurat atau tersirat yang ingin disampaikan penajanya Petronas tapi mungkin mesej kebetulan tentang gambaran sebenar masalah bahasa di Malaysia. Iklan yang mengisahkan usaha seorang ayah, Macha dari keluarga India yang miskin di Ipoh dalam membesarkan anaknya Mahesh sehingga berjaya menjadi juruterbang.

Yang menyedihkan setelah setengah abad merdeka, bahasa yang digunakan antara kaum India dan Cina ini ialah bahasa Inggeris dan bahasa yang digunakan dalam sebuah keluarga India ini juga adalah bahasa Inggeris kecuali 'appa' yang jelas dalam sebutan bahasa Tamil. Sementara bahasa Melayu menepati realitinya hanya layak menjadi bahasa latar belakang perbualan ketika membersihkan pesawat itu pun hanya 3 saat daripada durasi iklan selama 180 saat.

Realitinya, di negara India yang mengamalkan sistem pendidikan dalam bahasa Inggeris sekalipun tidak mampu melahirkan cerdik pandai elit India yang terfikir untuk mencipta periuk nasi automatik, traktor kecil ala-kubota, atau generator kecil atau motosikal kecil yang kesemuanya adalah penyelesaian untuk masalah Asia di mana India adalah penyumbang populasi penduduk ke-2 terbesar di Asia dan dunia. Sebaliknya semuanya dihasilkan oleh cerdik pandai Jepun yang terdidik dalam bahasa ibunda mereka.

Sejujurnya dalam memperkatakan isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kita tidak perlu lagi bercakap dengan suara perkauman apatah lagi dalam kerangka besar menjadi satu bangsa Malaysia dalam Wawasan 2020 yang tinggal hanya 11 tahun 1 bulan lagi.

Kedudukan bahasa Melayu adalah bersifat supaetnik iaitu mengatasi batas etnik penutur asalnya yang walaupun secara harfiah namanya dikait rapat dengan orang Melayu, hakikatnya bukan lagi bahasa mutlak orang Melayu sebaliknya adalah bahasa kepunyaan bersama semua rakyat negara ini.

Adalah satu pandangan yang sempit apabila melihat bahasa Melayu sebagai hak istimewa orang Melayu. Ini kerana hak istimewa orang Melayu adalah imbangan kepada penerimaan keturunan lain yang bukan Bumiputera untuk menjadi rakyat negara ini sementara peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah proses pembinaan sebuah negara bangsa. Oleh yang demikian, kita perlu keluar daripada hambatan psikologi daripada batas bahasa Melayu sebagai bahasa orang Melayu.

Jika satu masa dahulu, pada tahun 1947 All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) boleh memilih nama 'Melayu' sebagai nama rupa bangsa dan kewarganegaraan bagi Tanah Melayu termasuk Singapura mengapa tidak pada hari ini? Dan mengapa hari ini sebilangan daripada orang bukan Melayu mendakwa kemajmukan bahasa sebagai simbol perpaduan?

Sebenarnya tiada beza antara pandangan baik DAP atau MCA mahupun Gerakan dalam memelayukan bahasa kebangsaan. Yang patut dibahasakan ialah orang Melayu itu sendiri yang terlalu banyak berkorban sehingga nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang merujuk dirinya sebagai UMNO dalam akronim bahasa Inggeris bahkan dieja dalam tulisan jawi 'alif-min-nun-wau' daripada akronim bahasa Melayunya sendiri - PEKEMBAR.

Jika dahulu Tun Haji Abdul Rahman Ya'akub sanggup menghadap Presiden Suharto pemerintah Indonesia memohon dikirimkan guru-guru sains dan matematik ke Malaysia sebagai usaha memulakan pertukaran aliran Inggeris kepada aliran kebangsaan, maka apa rasionalnya pemimpin Melayu menongkah arus sejarah dengan memperkenalkan pengajaran Sains dan Matematik ke dalam bahasa Inggeris?

Jadi salahkah Kongres Sejarah Malaysia II menyatakan resolusi 'untuk memantapkan teras pembinaan Malaysia negara bangsa yang merdeka...dihapuskan sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil (I(iv))' sedangkan inilah janji pilihanraya pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC dalam manifesto yang turut menjadi antara kandungan kontrak sosial terawal 'menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka.'

Kesannya hari ini boleh dilihat pada budaya 'seksyen' di Shah Alam dan 'Presint" di Putrajaya adalah contoh mentaliti 'jongkat-jongkit' yang melonjakkan bahasa Inggeris dengan menekan bahasa Melayu. Sebegitulah hampir sederet projek mega dinamakan dalam bahasa Inggeris yang berbelit dek lidah namun 'catchy' pada singkatan PWTC, KLCC, KL Sentral, KLIA, SIC, MSC dan yang terkini koridor pembangunan ekonomi NCER, ECER, SDC dan SCORE. Malah pelacuran bahasa turut berlaku dalam hal besar dan utama seperti pembentangan kewangan negara yang dinamakan sebagai bajet oleh Perdana Menteri sedangkan istilah yang betul ialah belanjawan.

Malah kompleks makhkamah Putrajaya dinamakan sebagai "Palace of Justice' dan ini merupakan manifestasi kepada masih kuatnya kerajaan mengagungkan legasi Common Law yang diwarisi sejak zaman kolonial sedangkan sebelum era 1511 Melaka masih boleh berbangga dengan sejarah yang tidak kurang panjangnya dalam tradisi perundangan melalui Hukum Kanun Melaka yang telah dilaksanakan semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (1446-1456).

Sebelumnya, penjajah hanya berjaya merendahkan martabat bahasa Melayu melalui 'Dasar Pecah dan Perintah' iaitu sistem pendidikan berasaskan kaum. Perencanaan jahat kerajaan Inggeris ini dirakam dalam dokumen rasminya yang memetik "Pendidikan vernakular mengajar budak-budak Melayu membaca dan menulis Melayu, ilmu kira-kira, ilmu alam dan rumi. Pelajaran sebanyak ini akan menjadikan mereka berperaturan, taat dan bersih dan sesuai untuk menjadi mata-mata, peon, kerani kastam, pekerja Jabatan Hutan dan penyelia lombong. Setakat itu baguslah." (Minit Residen British Negeri Sembilan kepada Residen Jeneral, 14 Jun 1898).

Tujuan Penyata Razak yang terkandung dalam perenggan 12 yang berbunyi " Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negari ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak dari semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar yang besar walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur." Hari ini sejarah telah membuktikan bahawa Penyata Razak bukan diperkasa secara 'beransur-ansur' sebaliknya pemimpin UMNO terlalu 'bertolak-ansur' dan akhirnya 'beransur-ansur' mengembirikan peranan bahasa Melayu. Sebab itulah Tengku Razaleigh Hamzah ketika membahaskan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 di Dewan Rakyat pada 1995 secara beremosi nostalgik melihatnya sebagai usaha untuk melenyapkan cita-cita Tun Razak, 'Bapa Pembangunan' dan arkitek bangsa Malaysia.

Amerika Syarikat sendiri sendiri menekankan peri pentingnya peranan satu bahasa kebangsaan semasa membina negara bangsa melalui dasar bahasa mereka..Bagi orang bukan Melayu yang masih belum berasimilasi dengan kemerdekaan negara ini, kertas kerja Dr Ong Hok Ching wajib dibaca. Mereka boleh mengambil iktibar bagaimana peranakan seperti Baba dan Nyonya membina jati diri dengan mengambil ciri-ciri budaya tempatan tanpa mengorbankan identiti dan jati diri asal sebagai etnik Cina. Mereka boleh melihat contoh India peranakan seperti Mamak yang kini boleh dilihat bertebar di mana-mana kedai mamak 24 jam. Bagi orang Melayu yang masih belum biasa dengan bahasa Melayu,maka tulisan Abdullah Munsyi pada tahun 1882wajib diinsafi. " Adalah suatu hairan lagi tercengang aku sebab melihat dan memikirkan hal orang Melayu ini belum sedar akan dirinya, dia tinggal dalam bodohnya itu oleh sebab dia tiada mahu belajar bahasanya sendiri dan tiada mahu menaruh tempat belajar bahasanya, maka mustahil pada akal adakah orang yang tiada belajar itu boleh menjadi pandai dengan sendirinya? Bukankah segala bangsa di dunia ini masing masing ada belajar bahasanya?"

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS