<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, March 26, 2008; 10:56 PM

derhaka! apabila dap melalui lim kit siang mengeluarkan arahan supaya semua adun dap memulaukan istiadat angkat sumpah menteri besar perak, berkokoklah balaci-balaci umno mempertikaikan tindakan yang dikatakan mereka menderhaka kepada sultan perak. Tapi apabila 22 ahli umno terengganu mengugut majlis penasihat pemangku raja terengganu, tidak ada seorang pun yang melihatnya sebagai tindakan menderhaka.

Apa dah jadi dengan ahli umno sekarang? inilah akibat daripada kepimpinan yang lemah dan tidak berprinsip pak lah. Budaya melayu meletakkan institusi kesultanan di peringkat yang amat tinggi, sesuai dengan pepatah raja dan rakyat berpisah tiada. Apa saja titah daripada duli yang maha mulia tuanku haruslah ditaati selagi ia tidak bercanggah dengan ajaran islam. Aku pasti sultan terengganu mempunyai sebab baginda yang tersendiri untuk menolak idris jusoh sebagai menteri besar negeri baginda. Tidak sepatutnya kita mempertikaikan keupayaan berfikir duli yang maha mulia tuanku. Jadi, apa perlunya 22 adun untuk bertindak kurang ajar dengan mengenepikan titah tuanku? "tidak ada niat untuk menderhaka", kata rosol wahid. Kalau tidak menderhaka, apa lagi? selaku rakyat terengganu yang mendapat kurnia gelaran daripada sultan terengganu, dia mereka seharusnya taat kepada sultan, bukannya kepada pak lah. Soalan kepada pak lah, idris jusoh dan rosol, salahkan ahmad said apabila menjunjung tinggi titah tuanku dan
menidakkan hasrat pak lah? apa tarafnya pak lah untuk diletakkan setaraf dengan tuanku? untunglah sekarang bukan zaman hang tuah, andai tidak aku pasti sudah gembira apabila melihatkan penderhaka bangsa seperti pak lah, idris jusoh dan rosol wahid dihukum bunuh. Ingat, pantang sekali bangsa melayu melihat kemuliaan sultan dicabar. celakalah wahai penderhaka sekalian!

Itu baru hal pak lah menghina institusi kesultanan, belum lagi dengan pendirian "flip-flop" sesetengah balaci umno. Ke mana menghilangnya ahli umno yang tika dap bersuara untuk memulaukan upacara angkat sumpah mb perak, bisingnya seperti mereka itu adalah hulubalang melayu. tetapi apabila umno sendiri yang memalukan istana, diam membisu. inilah yang terjadi andai kepentingan peribadi mengatasi keutamaan mendukung perjuangan parti. Kepada penderhaka tuanku seperti mat taib, berhentilah menasihatkan rakyat melayu untuk taat keapda sultan. Andalah yang berkahwin dengan anak sultan secara diam, menafikan berita tersebut, dan kemudiannya apabila terbongkar dengan mudah mengatakan ia adalah ketentuan allah. Sepatutnya dalam hal ini, hishamuddin yang selalu menghunuskan keris kerana kononnya ingin mempertahankan ketuanan melayu tampil kehadapan membela institusi kesultanan. Jadilah panglima sejati! hantar amaran kepada pak lah supaya jangan sekali-kali memperlekehkan kemuliaan duli yang mulia tuanku raja-raja melayu.

Undurlah Pak Lah.
Daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku.

|

Friday, March 21, 2008; 11:04 AM

selamat pagi. hari ni aku terbaca artikel mengenai kenyataan mat taib (menteri hal past six - yang tak tahu berbahasa inggeris - antara rakyat yang menderhaka terhadap kedaulatan raja) yang menyentuh mengenai isu ku li untuk merawat umno. Kesediaan tengku razaleign untuk merawat UMNO bagi memastikan parti keramat itu tidak hilang kekuasaan dalam memastikan kesinambungan bangsa melayu harus dipuji.

"niat merawat ku li baik. Tetapi jangan sampai hendak melawan Perdana Menteri(Presiden) UMNO pula. Rakyat sudah beri respons setuju kepada kabinet baru. Tugas kita untuk bersatu padu dan terus bagi sokongan kepada pucuk pimpinan baru," - inilah kenyataan mat taib ketika dihubungi di kuala lumpur.

Sudahlah mat taib. berhentilah menipu rakyat dan melacurkan amanah bangsa. Memang bertepatan andai ku li ingin menentang pak lah kerana punca penyakit dalam umno yang perlu dirawat adalah pak lah itu sendiri. Dia yang telah merosakkan parti keramat umno dan beranggungjawab menghenyak maruah melayu dengan begitu dashyat.

Bila agaknya pak lah nak sedar dan meletak jawatan sebagai bukti mengaku bertanggungjawab terhadap kekalahan umno. Lihat saja tindakan khir toyo dan radzi, ni semua bukti besarnya jiwa mereka selaku pemimpin. Hendak juga aku tanya kepada mat taib, bila pula rakyat beri respons setuju kepada kabinet pak lah? kalau berani, cadangkan kepada pak lah, adakan satu pungutan suara di kalangan rakyat malaysia untuk mengetahui jumlah sebenar rakyat yang sememangnya dah muak dengan pemerintahan lembik pak lah. Semuanya tak tahu.

Lagipun, untuk apa aku dengar suara mat taib, suara penderhaka bangsa melayu, yang dengan senang memperlekehkan kemuliaan almarhum KDYMM sultan selangor. Aku adalah ahli umno yang sentiasa taat kepada raja raja melayu apatah lagi tuanku sultan tempat aku berpijak buminya, iaitu kdymm tuanku sultan haji ahmad shah, sultan pahang. Daulat tuanku!

Sekarang pak lah suruh menteri dan timbalan menteri istihar harta, tengoklah dua tahun lagi. Harta menteri adalah hak peribadi - sama seperti alasan ketika di minta anak dan menantunya mengisytiharkan harta mereka.

Sudah Lah pak Lah, undur Lah sebelum leLah.

|

Monday, March 17, 2008; 6:59 PM

Nampaknya akhbar harian masih tidak belajar daripada kesilapan dahulu. Kebanyakan rakyat malaysia menolak untuk mendapatkan maklumat daripada akhbar arus perdana kerana kandungannya yang terlalu memualkan, sentiasa memuji pak lah walaupun beliau berbuat kesalahan. Hari ini, tekak aku loya apabila membaca pendapat dan kenyataan pemimpin umno baik di peringkat pusat, negeri mahupun pergerakan pemuda mengenai surat mukhriz.
Hentikanlah budaya menjilat sehingga kering. Kalau salah, katakan salah. Dan kalau betul, katakan betul.

Bukankah mukhriz hanya menyatakan pendapatnya selaku ahli umno dan seorang rakyat malaysia yang berbangsa melayu? pada pendapat beliau, pak lah gagal menjalankan tanggungjawab selaku perdana menteri dah seharusnya beliau berundur. Mukhriz tidak menghasut jauh sekali mencerca pak lah. Dia hanya menggunakan haknya selaku ahli umno untuk menyatakan pendapat.Jadi tidak timbul soal untuk dia minta maaf kerana selaku pemimpin , beliau pastinya mempuyai alasan untuk berpendapat sedemikian. Dalam hal ini, aku menyatakan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi kepada saudara Datuk Mukhriz. Setiap ahli umno dan rakyat malaysia diberikan hak untuk mempunyai pendapat. Janganlah jadi bebal sangat! Kalau begini tindakan pemuda dalam mengatasi apa yang dikatakan kononnya "masalah" akibat daripada surat mukhriz, maka bolehlah pergerakan pemuda umno dan umno itu sendiri berkira-kira untuk menerima kekalahan yang lebih besar pada pilihanraya yang akan datang. Suara rakyat , suara keramat. Ingatlah wahai semua. Indahnya demokrasi ialah kerana suara ahli biasa seperti aku yang enteng ini mampu memberi kesan luar biasa kepada pemimpin yang merasakan diri mereka terlalu hebat. Aku setia kepada parti, bukan kepada pemimpin.

Khairy? Mana menghilangnya ahli parlimen rembau ini? Sebelum pilihan raya, bukan mainlah wajahnya akan terpampang di dada akhbar mahupun televisyen? Sebaik sahaja BN kalah majoriti 2/3, diam membisu, senyap menikus. Mana pergi kempen "pade doh" saudara? Itulah, sebelum sibuk hendak menjaga tepi kain orang, jaga dulu tepi kain sendiri. Dengar rungutan akar umbi UMNO, ambil tindakan dan bertindak secara proaktif, kemudian barulah boleh hendak sibuk-sibuk menawan negeri orang. Selesaikan dulu masalah dalaman umno. Dahlah naik jadi naib ketua pemuda umno secara tidak terhormat, menang tidak bertanding (selalunya dikhaskan kepada tokoh-tokoh yang begitu berjasa kepada umno sebagai tanda hormat), dan di boo .

Hairan juga aku memikirkan, sebelum pak lah bergelar tpm dan pm, apa jawatan khairy dalam pemuda. Daripada habuk ke berkepuk. From zero to hero. Kering sangatkah pemuda umno dengan tokoh-tokoh muda yang lebih lama berada dalam umno untuk ditonjolkan? Pening-pening. Tahun 2004, dah jadi naib ketua pemuda. Sebelum itu, ketua pemuda bahagian pun ttak merasa. Entah pernah hadir mesyuarat umno pun aku tak tahu. Itu tahan lagi, yang lebih menghairankan bagaimana dia menang dengan majoriti 5000 lebih undi setelah pengiraan semula sedangkan pada pengiraan awal, dia tewas. Dasyat, dasyat! Kalah ahli silap mata terkemuka. Walau apa pun, elok eloklah dalam dewan parlimen yang mulia. Ingat, anda akan berhadapan dengan 82 orang wakil pembangkang yang pastinya akan berasa begitu seronok untuk melontarkan soalan soalan berbisa. Sekarang barulah bertemu buku dan ruas.

Kepada Datuk Mukhriz, teruskan perjuangan anda. Saya sentiasa menyokong dan akan bersama-sama datuk dalam menghadapi situasi yang tidak menyenangkan ini. Peganglah kata-kata tun dr mahathir " hari ini, jalan ini pasti akan berliku, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. "

Hidup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Islam

|

Sunday, March 16, 2008; 1:34 PM

Aku sebenarnya berada dalam waktu rehat kursus kahwin yang berlangsung di dewan pejabat agama islam daerah kuantan. Come 4.30 pm , the certificate of marriage will be mine! Sekarang dah pukul 1.30, pukul 2 kena sambung semula kursus.

An article that condenms mukhriz's action in the star has really caught my attention. Biarlah Dato Mukhriz dengan pendapat dia. Kenapa perlu dipecat sedangkan surat terbabit adalah surat peribadi. Lagipun, inilah makna demokrasi di mana asas untuk bersuara perlu terus dipelihara. Aku juga tidak bersetuju dengan cara pak lah mentadbir negara. Dan selaku rakyat biasa, apa yang mampu aku lakukan selain daripada menyatakan rasa tidak puas hati aku melalui penulisan. Aku sama sekali tidak akan bersetuju jika ada yang ingin membawa suara hati ini ke jalan raya, demonstrasi secara ganas bukanlah cara aku. Aku hanya perlu menulis, dan jikalau pemimpin terbabit ada maruah, beliau seharusnya mengundur diri secara terbuka.

Kesetiaan aku adalah pada parti. Bukan kepada pemimpin. Unggul sangatkah pak lah sampai aku tidak boleh mengkritik? Apakah dia maksum seperti nabi, bebas daripada dosa dan sempurna dari cacat cela. Perlu diingatkan, dia juga pernah berada dalam kem yang menentang tun mahathir? jadi kalau ketidaksetiaan aku kepada pak lah dijadikan asas kepada hipotesis aku tidak setia kepada parti, bagaimana pula dengan tindakan pak lah itu sendiri.

Walau apa yang terjadi, aku tetap sayangkan umno dan harap umno kembali gemilang . Dan aku berharap pemimpin yang telah memalitkan arang ke muka umno sedar akan kesalahannya, dan mengundur secara terhormat.

Hidup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Islam!

Till then, be nice to each other!

|

Friday, March 14, 2008; 6:54 PM

Hasrat untuk menulis dengan lebih panjang pada catatan hari ini tidak kesampaian kerana aku perlu pulang awal untuk mengulangkaji, esok akan menghadiri kursus kahwin. Aku cuma ingin menyatakan sokongan seratus peratus terhadap permintaan saudara mukhriz tun mahathir supaya pak lah meletak jawatan. Hidup mukhriz! sudah tiba masanya umno dipimpin oleh pemimpin baru, yang meletakkan hasrat akar umbi ahli parti sebagai paksi kepada sistem pentadbiran parti. Kepada menteri menteri besar yang lain, beringatlah sebelum kena. Di perlis, seharusnya shahidan kasim menerima sahaja keputusan raja perlis untuk tidak menerimanya sebagai menteri besar. untuk apa lagi ke putrajaya untuk bertemu pak lah, bukankah pak lah juga rakyat kebanyakan seperti kita semua. Taat saja kepada titah perintah tuanku, kita orang melayu sentiasa menunjung tinggi titah sultan. jangan jadi bangsa yang kurang ajar. Walaupun tidak bersetuju, diamkan sahaja sbagai tanda mengormati institusi raja.Untuk negeri pahang, perlantikan adnan yaakob sebagai menteri besar aku terima bukan kerana aku menyetujuinya, tetapi kerana ia telah mendapat perkenan KDYMM Tuanku Sultan Pahang. Sebagai hamba rakyat yang hidup berpayungkan daulat duli tuanku, segala titak keputusan tuanku, patik junjung selagi terdaya mampu.Daulat Tuanku!

Ikhwan, pak lah dah kena desak tu...kalau balik ke kuala pilah jangan lupa singgah di pekan rembau. jumpalah dengan menantu pak lah tersayang yang mampu membeli saham dengan harga beratus-ratus juta. Mungkin dengan izin tuhan, kau akan dapat sedikit tuah daripada tangan menantu pak lah terbabit. Dulu waktu mula-mula pak lah memegang jawatan, habis sibuk kakitangan kerajaan diminta mengistiharkan harta sebagai bukti ketelusan kempimpinan imam hadhari ni. Alih alih, lepas 2 3 tahun memerintah, harta anak dan menantu tidak perlu diistiharkan kepada umum kerana ia merupakan hak milik peribadi. Inilah dia gaya kepimpinan imam besar hadhari. Ada had islam pada hari hari tertentu.

Fikir dan renung-renungkan lah wahai ahli UMNO. Setelah ditimbal balik, banyak baik daripada buruk yang terlangsung daripada pemerintahan tun mahathir. Pak lah? entahlah.

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Pemuda Cameron Highlands, Saudara Wan Rohaimi bin Dato Wan Mustapha kerana telah melantik aku sebagai ahli jawatankuasa pemuda bahagian. Insyaallah, tanggungjawab dan amanah yang diberikan akan aku laksanakan sehabis baik demi memastikan kelangsungan bangsa melayu, parti umno, agama islam dan negara malaysia. Insyaallah.

|

Thursday, March 13, 2008; 12:10 PM

Malaysia's 12th. General Election must now be a possible topic of a hundred Ph.D dissertations. It is about a revolution of a country trapped in the excesses of hypermodernity. The revolution was aided by the power of cybernetics and the daulat of the rakyat. It was fueled by the ruling regime's abuse of the ideological state apparatuses. It was also a rude awakening for a leader snoozing in Sleepy Hollow. While one slept, the rakyat engineered a usurpation—a quiet and unique revolution.

On March 9, 2008 many must have exclaimed these: "What a tsunami of a win". "Malaysians did the Obama!", "We have taken the giant leap forward." "Thirteen days that shook Malaya" the headline should be. "Secure the state documents." "We need to begin a chapter in which transparency and accountability rules." "This is a victory of Radical Marhaenism – and ethnogenesis (birth of a new culture) of hopefully a more sober and sensible Malaysia ready to work together regardless of race, color, creed, national origin."

What next?

There is a lot of work to be done in the area of social justice, education for multiculturalism, and development for the people, by the people, for the people. There is also a lot of people that must be brought to justice – those who have been for decades protected by a corrupt regime. The rakyat is demanding to see such process of justice executed. We have seen so much violation of the UN Declaration and Charter of Human Rights of 1946 of which Malaysia is one of the signatories. We have seen many who voiced their opinion on matters of social justice and freedom thrown into jail and detained without trial for as along as the old regime likes. We have seen, especially since the Abdullah administration the rise of Malay politicians whose leit motif is arrogance and perpetuation of dangerous divisive politics.

Back to the Malaysian Revolution of 2008. It is like the storming of the Bastille. Malaysians saw the fall of the four states and the rise of a new 'cybernetic' fourth estate. The broadcast media of the old regime gave way to the new, subaltern media of the revolutionary forces. There was no need to storm and take over Angkasapuri. Revolutionary ideals and notions of social justice were disseminated far fast, far, and wide through the Internet. Bloggers, columnists, members of MUD (Multiuser Domains), street artists, intellectuals, social activists, and the man and woman on the street were the revolutionary soldiers. The process began since the beginning of the last General Election – the one that saw the old regime's landslide win. Now, we have a tsunami. A specter haunted Malaya.

The hegemony of the ruling party have made many skeptical of such a miraculous win. "Materials, machinery, and media", as the eminent anthropologist turned politician Syed Husin Ali would say, 'is the foundation of authoritarianism and hegemony'. But I would add another one 'mind' and how it is controlled as a both a disabling and enabling factor in the tsunami of a win in this decisive election. The mind of Malaysians have quietly processed what constitutes truth and justice. Silently the revolution was already underway; revolution of the mind aided by digital communication technologies spearheaded by bloggers that evolved into "blogo-ticians" inclusive. The victory of Jeff Ooi and Elizabeth Wong attested to the rise of the 'blogotician'

What an analysis to made in Malaysia's most exciting and mind-boggling general election. We are tasting a mandate of heaven and seeing truth and justice allying with those that patiently seeks. We saw virtue, instead of vultures being voted in.

Newer paradigm

The people of Penang, Kedah, Perak, and Selangor will now be shifting to a new paradigm. Tanjung II is now a reality. Lim Kit Siang's dream has come true. Kedah, home of Universiti Utara Malaysia will need to be in smart partnership and make intellectual adjustments to a new paradigm as well. The university faculty will need to read The Blue Ocean Strategy to exist in harmony with the new Kedah's ruling party. This is exciting for many. Any progressive change is exciting, as long as the revolution is a peaceful one. Any effort to free the universities from the shackles of political domination is good. Selangor, the advanced state will move a new level of sophistication but one founded upon sustainable development the meets the needs of the people. The same goes with the paradigm of development in Perak.

We are seeing a new dawn of changes if we continue to work for the total alleviation of poverty, improving the intellectual climate of the universities, and working towards true religious and racial harmony. Kelantan's prayers against the takeover of Barisan Nasional was answered. Some say that truth and justice will always be allies of the righteous. Essentially, Man proposes, God disposes.

Not even a regime's control of the mind, machinery, media, and materials could stop a "mandate of heaven" from running its natural course. Not even phantom voters nor candidates yelling "when "Qiamat'/Armageddon comes only the Dacing/scales of the Barisan Nasional remains standing" can win. For Muslims this is a blasphemous statement to the max; blasphemy even to the roughest and foul-mouthed of all the Mat Rempits!

Who would imagine that Nurrul Izah would beat Shahrizat Jalil, Zainuddin Maidin would lose, bloggers Jeff Ooi, Elizabeth Wong, and Tony Phua would have a field day. What is amazing—who would believe that even an ISA detainee would also win! Or check this out—the amateur videographer of the famed 'correct.. correct.. correct' soap opera, would also win. PKR de facto leader Anwar Ibrahim managed to successfully get the progressive parties and interest groups to harness their energy into making this giant leap. It is hard work. It is a mind game. It was an endgame for the old regime. The old regime made a wrong move.

Full credit goes to Malaysians of all walks of life. They are the real winners and they are not to be betrayed. Their children need a better life, through education as a means for social, economic, moral, ethical, and intellectual progress. The are much more intelligent now after fifty years of independence. But for the National Front in this fateful revolution, what is its lesson before dying?

The next step for the four new states is to work phase out the vestiges of the old regime and to document what did not work during the reign of the old regime. How did the process of underdevelopment of the rakyat happen in those decades? Documents need to be secured and analyzed to prove what went wrong and how we must move forward based on the principles of total accountability.

The new states

Each state run by the new order of governance must showcase what an ethical just system look like and how the creativity and problem solving skills of the rakyat ought to be developed in order to teach us what development based on needs relative comfort means instead of one based on greed and conspicuous consumption. The latter has destroyed this nation. The latter was the trademark of the old regime – one that need to be destroyed.

The new regime need to bring power abusers to justice! That would be an honor to the rakyat who voted them into power. The universities need to be freed, the education system need to radically improved, good health care plans made affordable, the Mat Rempits and Alongs stopped from being reproduced, cultural pride restored through schooling that improves higher-order thinking skills, poverty eliminated, the independence of the judiciary restored. Each child is a Harvard, Columbia, Cambridge, or even Oxford material. Each child is a gift—not a utility to be cleverly abused in the form of Mat and Minah Rempits.

The party's over but The revolution continues. Malaysians must make Malaysian Malaysia a reality.

This revolution is made possible by the daulat of the rakyat -- the Makkal Shakti of Malaysia's Radical Marhaenism, conceived by many Shao Lin masters and one whose zeal transmitted through cyberspace!

|

Wednesday, March 12, 2008; 5:26 PM

Kata orang-orang tua, baik berhenti makan sebelum kenyang. Bidalan indah ini kalau diperhalusi oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, nescaya segala masalah yang melanda parti keramat UMNO tika ini akan selesai.

Pilihanraya 2008 baru saja melabuhkan tirainya. Dan hasilnya, gagasan perkongsian kuasa barisan nasional yang telah memerintah sekian lama hancur musnah akibat penangan tangan pak lah dalam masa 4 tahun. Ada yang menasihatkan aku supaya tidak menzahirkan pemikiran yang kritis begini terhadap pimpinan tertinggi parti - tetapi bukankah aku juga telah diberi hak oleh parti untuk menyuarakan pandangan ? dan ternyata pandangan aku ini bukan hanya satu ilusi yang disulam dengan seribu kedengkian, tetapi sebenarnya adalah manisfestasi hasrat ahli di peringkat akar umbi.

Apa yang salahnya? salahkah kalau aku berkata bahawa barisan nasional telah kalah dengan teruk pada pilihanraya yang lepas? atau aku ada menghasut rakyat untuk menjatuhkan pak lah. aku di sini hanya mampu menzahirkan pendapat sendiri, yang tidak tertakluk oleh mana-mana tekanan. Bukan setakat pak lah, semua pemimpin umno perlu bermuhasabah mulai sekarang. Kalau betul kita ini disayangi rakyat, tidaklah kita kehilangan kedah, selangor, perak dan kuala lumpur. Kelantan? lupakan saja angan-angan mat jenin tersebut. Berpijak di bumi yang nyata. Nah sekarang, ternyata golongan muda dan pengundi atas pagar memilih untuk mengundi parti alternatif sebagai tanda protes terhadap kelemahan sistem pentadbiran sekarang. Perlu di ingat, aku mengkritik individu, dan bukannya parti. Taat setia kepada parti tidak akan luntur walau apa terjadi, tetapi pemimpin yang hebat akan aku sanjung, yang lemah jangan jadi seperti kaduk naik junjung.

Keputusan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari.

Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.

Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.Sebab itulah orang-orang Melayu perlu sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada pembangkang terutamanya DAP. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan “Undi MCA Bermakna Undi UMNO/Melayu”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis “ Undilah calon-calon Cina sahaja”.

Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil.

Apabila kita pula orang Melayu menyatakan perkara yang sama, kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu.

Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA, ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani.

Apabila ini terjadi, mengapa pucuk pimpinan umno tidak mahu mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya. Lihat MCA, MIC dan Gerakan, kesemua pemimpin mereka memikul penuh kekalahan di atas bahu mereka dengan menolak jawatan kabinet. Presiden UMNO? Masyaallah.

Aku tahu akan ada pihak yang mempersoalkan tentang kesetiaan ahli-ahli UMNO yang sepatutnya perlu berdiri teguh dibelakang Presiden parti sebagai tanda kesetiaan dan tanggungjawab bersama terutama disaat-saat parti dirindungi malang diatas kekalahan besar yang menempah sejarah pilihanraya Malaysia kali ini.

Kita agak hairan bagaimana ketika Barisan Nasional menang besar dulu masing-masing berebut-rebut mengaitkan kemenangan itu dengan “the Feels Good Factor” yang dikaitkan dengan kehebatan personaliti Presiden parti yang dikatakan menjadi faktur utama tarikan pengundi kepada Barisan Nasional, tetapi kenapa bila kekalahan ini berlaku walaupun faktur utama itu yang masih digunakan tetapi masing-masing termasuk semua penganalisa politik cuba mengelakan diri dari mengaitkan kekalahan ini dengan faktur utama itu walaupun rakyat jelata sudah tidak segan silu lagi mengatakan yang mereka menolak BN kali ini adalah kerana mereka tidak yakin lagi dengan kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi.

Tidak ada mana-mana individu dalam parti ini boleh mendakwa yang mereka mempunyai hak mutlak untuk mendapat kesetiaan ahli-ahli melainkan hak mutlak itu hanya harus diberikan kepada parti sahaja. Oleh yang demikian, setiap ahli-ahli UMNO perlu tahu dimanakah kesetiaan mereka patut diletak diantara memilih kesetiaan kepada individu atau kesetiaan kepada parti, sudah tentu kesetiaan kepada parti mendahului daripada kesetiaan kepada mana-mana individu sekali pun terhadap Presiden parti itu sendiri apatah lagi jika Presiden parti ini yang menjadi punca utama kekalahan parti.

Seoarang Presiden parti yang berintrigriti tinggi seharusnya sanggup memikul tanggung jawab ini dengan mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan diri mereka sendiri, mereka seharusnya sedar jika diri mereka itu sudah menjadi liabiliti dan beban kepada parti seharusnya mereka perlu memberi laluan kepada rakan-rakan lain untuk mengambil-alih tugas bagi memulihkan imej parti dengan sebeberapa segera. Jika mereka masih berdegil dengan mementingkan agenda peribadi mereka sendiri, layakkah mereka ini mendapat kesetiaan ahli-ahli parti yang ternyata sudah teraniya kerana terpaksa menghadapi pihak lawan dalam keadaan menanggung imej yang buruk disebabkan kesetiaan kepada seorang individu yang ternyata ditolak rakyat itu.

Apakah ahli-ahli UMNO ini sanggup mengorbankan parti yang telah menjadi peneraju utama pemerintahan negara sejak sekian lama semata-mata kerana mahu mendahului kesetiaan mereka kepada seorang Presiden parti yang ternyata gagal mempertahankan keutuhan parti walaupun dalam masa yang begitu singkat beliau berkuasa. Kita tidak dapat bayangkan betapa teruk lagi kesan yang akan diterima oleh parti jika individu seperti ini dibiarkan lebih lama berkuasa, sedangkan baru empat tahun beliau berkuasa parti sudah dilanda malang. Maka untuk itu, ahli-ahli parti tidak ada pilihan lain melainkan mendahului usaha mereka menyelamatkan parti dari menyelamatkan kepentingan individu ini agar semangat sayangkan parti akan kembali segar semula.

Kesetian sejati tidak dapat dipaksa atau dibeli dengan wang ringgit kerana apa yang boleh dibeli itu hanya mampu kekal buat sementara waktu saja, cuma yang mampu kekal adalah kesetiaan yang diberi dengan keikhlasan hati yang seharusnya juga ditimba-balas dengan pemimpin yang ikhlas menjaga parti mendahuli kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, elaklah diri kita dari menjadi penyokong yang membawa rebah dan sokonglah dari hati yang benar-benar ikhlas, bukan atas sebab jawatan yang sedang menanti kita seperti mana sikap yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Half Past Six Dollah sekarang.

|

Sunday, March 09, 2008; 10:54 PM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama aku menyepi, dan kini aku kembali untuk berkongsi cerita suka duka bersama para pembaca.

Hari ini, 9hb Mac 2008 merupakan hari baru bagi para penduduk di negeri perak, pulau pinang, kedah dan selangor. mereka mendapat kerajaan baru! Tahniah kepada barisan alternatif kerana mendapat kepercayaan rakyat untuk menubuhkan kerajaan di empat buah negeri terbabit.

Bagi negeri pahang, walaupun bn kekal memerintah, namun majoriti calon2 bn merosot dengan begitu banyak sekali. jelas sekali, faktor penolakan rakyat terhadap kepimpinan pak lah memainkan peranan yang begitu penting dalam memalitkan kekalahan terbesar kepada barisan nasional. Dah kalah pulau pinang, menteri kabinet pun ada yang kalah, apa lagi..berhenti je LAH. Di Kedah, peratusan rakyat yang keluar mengundi amat rendah. Ini jelas membuktikan bahawa rakyat masih sayang lagi bn dengan tidak mengundi pembangkang, tetapi tidak berselera memberikan undi kepada bn akibat kebobrokan pak lah dan menantunya khairy. Lain kali, mulut jangan celupar dengan menghina Tun Dr Mahathir. Seorang negarawan seperti beliau seharusnya dihormati oleh ahli umno. (ahli parti lain tak nak hormat takpelah, kita pun sendiri paham).

Di kuantan, aku banyak kali diajak untuk menyertai keadilan. selagi anwar menjadi pemimpin, aku minta maaf jelah. bila dalam kerajaan cakap lain, bila dah keluar, lain pulak cakap. bukan sehari dua kenal anwar ni, dari dia mula masuk kabinet. tapi, kalau ada yang nak ikut dia, terpulang. pilihan masing masing.

Kepada iki, tahniah sebab keadilan berjaya. perbezaan ideologi parti tidak bisa mengatasi kekuatan ikatan persahabatan. aku sebenarnya bersyukur dengan kekalahan bn. aku harap pak lah dengar rintihan ahli ahli biasa seperti aku dan tidak terlalu taksub dengan si budak itam khairy. sekarang ni bn dah lemah. untuk menguatkannya kembali, kembali kepada fitrah parti, pentingkan rintihan ahli, bukan rintihan kroni. Itulah indahnya demokrasi - kuasa luar biasa rakyat biasa untuk menzahirkan perasaan.

kekalahan bn ini juga memberi gambaran bahawa perlu ada reformasi menyeluruh dalam umno. dan insyaallah, selaku ahli umno yang berdaftar, aku akan memainkan peranan untuk mengembalikan kegemilangan umno di bahagian cameron highlands, negeri pahang dan malaysia.

Aku juga ingin mengambil kesempatan untuk menyeru kepada semua pihak agar tetap menyembahkan taat setia kepada kdymm sultan pahang walau apa pegangan politik kita. Baginda telah banyak berjasa kepada negeri dan semoga terus diberi kekuatan oleh ilahi untuk terus memimpin negeri pahang.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS