<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, June 29, 2005; 11:08 PM

Image hosted by Photobucket.comDalam kereta ketika di melaka.

Salam


Hatiku ini tiba-tiba sahaja terasa perit- bagai dihiris sebilah pisau tatkala membaca catatan blog milik ad. Aku dituduh menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri hanya kerana aku berkeputusan untuk tidak menghadirkan diri di putrajaya pada hari sabtu. Sombongkah aku andai menolak pelawaan untuk menonton konsert akademi fantasia kerana ingin menonton perlawanan bola sepak yang telah menjadi darah dagingku sejak sekian lama. Sombong jugakah aku andai penolakan dibuat berjustifikasikan kepada keperluan untuk memantau kesihatan tok wan yang tatkala ini sekadar menghabiskan sisa-sisa kehidupannya. Aku sememangnya tidak kisah andai tuduhan sedemikian dilemparkan oleh masyarakat umum tetapi apabila ia datangnya daripada kawan-kawan yang aku anggap sebagai teman setia, jiwaku ini benar-benar terusik. Tiada apa yang mampu aku lakukan lagi selain daripada menyusun jari memohon keampunan daripada ad, zi dan insun dan semoga allah tidak memalingkan hatiku daripada cahaya-Nya. Andai aku diberi kekuatan dan kesempatan oleh ilahi, dan dengan izin dan limpah perkenaannya maka akan bertemulah kita di cyberjaya.

Isnin yang lepas aku ke melaka bersama-sama min, zi, ad dan insun. Bertolak jam 8.00 malam dan tiba di melaka sekitar jam 9.15 malam. Berputar-putar jugalah aku di bandar melaka kerana sistem jalan rayanya telah banyak berubah. Setelah agak lama mencari dan hampir-hampir terlibat dalam kemalangan, aku akhirnya bertemu dengan kak lin yang merupakan ibu kepada arman. Hajat dihati ketika itu ingin sahaja terus mengisi perut namun impian tinggal impian kerana min perlu mengikut kak lin ke duyung untuk mengambil arman. Kami kemudiannya menuju ke gerai makan di ayer keroh yang mana mutu makanannya berada hanya setahap tinggi daripada makanan yang diberikan kepada ayam peliharaan. Perlu ke mengisi cebisan surat khabar yang masih boleh dibaca tulisannya ke dalam mee bandung. Tampaknya keputusan aku untuk bertukar kampus dari melaka ke cyberjaya sememangnya tepat kerana aku tidak ingin mati akibat keracunan makanan.

Sesudah makan kami bertolak pulang ke cyberjaya dan impian aku untuk kali keduanya musnah berkecai selepas terlepas untuk menikmati buah-buahan segar. Sekali lagi, koleksi lagu-lagu yang aku burn dipertikaikan oleh mereka yang berada di bahagian belakang. Mengantuk - itulah rumusan yang diberikan terhadap pilihan-pilihan lagu olehku. Sekurang-kurangnya aku tidak menjerit seperti tercekik tulang ketika mendengar lagu freedom mahupun menangis ketika mendengar lagu indonesia. Kepada cik ad, anda sendiri yang telah memulakan perperangan dengan melanggar perjanjian damai. Maka, rasalah penangannya apabila kesopanan dan kesusilaan ditolak ke tepi setiap kali sebarang tindakan diambil Ada ditulis dalam blog cik ad betapa dia tidak menggemari perkataan t****. Berdoa sahaja kepada tuhan supaya diriku ini diberi kekuatan untuk tidak menyebutnya lagi. Tetapi ketahuilah olehmu wahai cik ad, akalku yang panjang ini tetap akan mencari jalan lain dalam usaha membangkitkan emosi anda kerana setiap kali anda gelisah, aku akan gembira. Ia umpama santapan kepada jiwaku yang sentiasa berada dalam kedahagaan. Hidup biar berakal, mati biar berhantu.

Sebelum ke melaka, aku bertemu dengan faidzal di hb4. Kami berbincang mengenai hal kelab warisan dan tampaknya aku diberi tugas untuk memujuk supaya zie dan ad menerima perlantikan mereka sebagai presiden dan timbalan presiden. Turut dibincangkan ialah hal-hal pengukuhan kelab, senarai aktiviti dan usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam menambah sumber kewangan kelab. Perbincangan yang memakan masa selama hampir satu jam itu berkesudahan dengan harapan agar kedua-dua nama di atas menerima perlantikan mereka dan aktiviti mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli jawatan kuasa penaja dapat diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Selasa
------

Tidak banyak yang telah dilakukan pada hari tersebut. Kerana keletihan, aku hanya tersedar daripada ulitan mimpi setelah kedua-dua jarum jam menghala tepat ke arah utara. Selesai bersiap, kami(aku, min, kakak aku, dan arman) bertolak pulang ke kuantan. Tiba di kuantan jam 3 petang, dan aku terus sahaja merebahkan diriku di atas katil sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik kesayanganku. Bangkit jam 5 petang dan sesudah bersiap, terus sahaja ke boling untuk bertemu dengan min. Sebelah malamnya, aku ke mega lanes untuk menyaksikan liga kopitiam sebelum ke hyatt bagi menjemput ibuku.

Rabu
------
Bangkit daripada tidur pada jam 11.30 pagi. Bonda sudah ke kuala terengganu atas rangka perniagaan manakala ayahanda akan ke istana pada jam 1 petang. Aku, seperti biasa terus sahaja ke pejabat dan bertemu dengan encik shamsul. Jam 4 petang, aku dan shamsul ke bank untuk mengeluarkan duit sebelum aku ke megamall bagi melihat sesi latihan skuad boling pahang. Skuad ini akan ke selangor bagi bertanding dalam kejohanan boling sportexcel-milo-msn peringkat negeri selangor yang berlangsung selama tiga hari bermula pada hari jumaat sehingga ahad. Cadangan untuk menonton wayang terpaksa dibatalkan kerana korum yang tidak mencukupi. Selesai melihat pemain pahang berlatih, aku bersama -sama dengan pa, apek dan iqbal menuju ke tapau M S Garden untuk mengisi perut yang kelaparan sebelum aku pulang ke rumah dengan dihantar oleh min. Minggu hadapan mungkin akan ke kuala lumpur bagi menghantar apek dan pa untuk bermain kejohanan terbuka selangor. Namun, cadangan ini masih tertakluk kepada sebarang perubahaan.

Petang tadi juga aku terserempak dengan hidzad yang kebetulan ingin menonton wayang. Ingat perhitungan terkahir kita pada malam jumaat sebelum kau pulang ke uniten. Aku pastinya akan mempamerkan pengusaan aku dalam sukan bola sepak dan akan menghadiahkan kau kekalahan yang dashyat. Hahaha...be great or be bad.

Sudah lama aku tidak pulang ke lipis. Mungkin sebelum aku kuala lumpur pada minggu hadapan, aku akan singgah sebentar di kuala lipis untuk bertemu rakan-rakan seperjuangan di sana. Bukan aku sengaja tidak mahu pulang tetapi kebelakangan ini jadual kehidupanku tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tampak seperti tidak berkesudahan.

Ada pihak yang meminta aku memberi komen mengenai penggantungan tan sri isa samad. Aku tidak berhajat untuk berbuat demikian kerana aku pasti akan ada pihak yang melenting dengan ulasan yang akan aku beri. Masyarakat di malaysia masih lagi tidak berfikiran terbuka dan mampu untuk menerima sebarang perbezaan pendapat. Atas kepentingan ayahanda dan keluarga, aku berkeputusan untuk berdiam diri sahaja tetapi awas, berdiam diri tidak bererti pengecut kerana pastinya aku akan kembali bersuara apabila masa yang dijanjikan tiba.

Esok, min hendak menjamu aku dengan pizza hut hasil daripada gaji pertamanya. Alhamdulillah, semoga panjang umur dan murah rezeki. Tampaknya aku akan pulang awal ke rumah esok kerana rakan-rakan seperjuangan dalam sukan boling sudah akan ke kuala lumpur seawal jam 10 pagi. Mungkin aku akan menonton wayang untuk menghabiskan waktu petangku yang panjang. Till then, be nice to each other.

|

Sunday, June 26, 2005; 11:52 AM

Salam.

Akhirnya, cik ad telah berjaya mengemaskini catitan hariannya - kyoune.blogspot.com. Entah apa yang difikirkannya sekian lama - mungkin ingin menyusun ayat supaya mampu menarik minat pembaca.

Hari ini aku sangat letih - tidur yang kurang dan hari yang membosankan. Bangun dari tidur sekitar jam 12.30 dan kemudian ke boling megalanes sekitar pada jam 4 petang.

Jam 7.30 malam pulang ke rumah bagi membolehkan diri mengikuti perkembangan terkini isu politik umno. Jam 11.00 malam menonton siri realiti TV The Apprentice. Mata pun dah mengantuk dan perlu untuk aku mendapatkan rehat yang mencukupi kerana esok aku akan ke kuala lumpur. Maka, marilah kita tidur. Till then, be nice to each other!

|

Saturday, June 25, 2005; 11:39 PM

Salam.

Maaf dipinta kepada para pembaca kerana tidak dapat berkongsi kisah kehidupan pada hari jumaat memandangkan aku terlalu sibuk. Dua tiga hari kebelakangan ini aku terpaksa melayan kunjungan mak dan bapa saudara yang datang dari segenap pelusuk negara - tujuannya untuk melawat nenek yang sakit.

Di mana harus aku mulakan penceritaan. Baiklah, aku ingin menyentuh mengenai konsert akademi fantasia. Secara ikhlas aku katakan, rancangan ini tidak langsung mempunyai nilai komersial (pada pandangan peribadi) yang mampu menarik perhatianku. Dek kerana itu, kehadiran aku di hadapan kaca televisyen untuk menonton konsert yang disiarkan secara langsung (zi..bukan siaran starang ok!) itu adalah sangat tidak berkemungkinan melainkan sudah tidak ada langsung aktiviti yang lebih berfaedah untuk dilakukan. Contohnya pada malam ini di mana pasukan pahang kesayangan turun menentang perlis di kangar. Harapan untuk menyaksikan siaran langsung perlawanan clash of the titans ini hancur berkecai apabila tv1 berkeputusan untuk menyiarkan perlawanan di antara perak dan pulau pinang. Maka, aku sempat juga menjenguk sebentar ke saluran astro ria setiap kali rasa bosan menerjah diriku tatkala melihatkan permainan hambar pasukan pulau pinang dan perak. Entahlah, walaupun kerap kali menjenguk, there is something with the show (af) that doesn;t connect with my soul. Lantaklah, yang penting ia tidak mengganggu fokus aku terhadap perlawanan pahang dan perlis. Tunggu punya tunggu punya tunggu, keputusan akhir diketahui juga. Pahang untuk kesekian kalinya tumpas kepada perlis; 1-2. Seingat aku, pahang memang tidak pernah menang mana-mana perlawanan ketika bertemu dengan perlis sepanjang tahun lepas dan nampaknya badi tersebut berlanjutan sehingga ke tahun ini. Kepada pak zainal hitam, letaklah jawatan.

Dulu tinggal piala fa sebab kononnya hendak mempertahankan kejuaraan liga super dan piala asean. Sekarang apa macam. Piala fa sudah tak tercapai, piala asean sudah ditunjuk jalan keluar dan kini kejuaraan liga super hanya menunggu masa untuk lemas. Tahniah kepada pasukan perlis. PEMAIN-PEMAIN YANG MENGHABISKAN BERAS DALAM PASUKAN PAHANG; JUZAILI SAMION(BELAJAR KAT PERANCIS, MAIN MACAM AYAM), FADZLI SHAARI(ENTAHLAH, REMBAT PUN CAM HAMPEH, BAIK SURUH DIA TOLONG MAINTAiN RUMPUT STADIUM).

Dalam aku sibuk melayan perasaan mengenangkan kekalahan pahang, satu lagi kezutan berlaku dengan terkeluarnya idayu. Aku sempat menonton persembahan beliau dan ternyata suara yang dimilikinya memang merdu. Tergoda juga dibuatnya apabila suaranya sampai ke laras mariah carey. Tapi aku tak kisah sangat kerana sememangnya aku tidak meminati af. Keputusan pengundian dalam rancangan realiti tv ini sememangnya menggambarkan betapa jumud dan sempitnya pemikiran masyarakat malaysia dalam soal hiburan. Ini merupakan pendapat aku dan terpulanglah kepada diri masing-masing untuk membuat penilaian.

Satu lagi berita yang menggemparkan ialah apabila mengetahui keputusan lembaga displin untuk menggantung keahlian YB Dato Shaharuddin Abd Moin yang merupakan ketua umno bahagian raub merangkap exco kerajaan negeri dan pengurus pasukan bola sepak Pahang. Semoga dato bersabar menghadapi waktu-waktu yang sukar begini kerana andai kita mengalah kitalah orang yang rugi. Lihat dari sudut yang positif - ujian daripada ilahi ini membuktikan allah masih sayangkan kita dan ingin menguji tahap keimanan hambanya. Aku begitu pasti ketika ini pasti ada insan yang bertepuk gembira. Seronok melihat percaturannya membuahkan hasil dan kini,individu yang berada dalam senarai saingan politiknya sudah semakin sedikit. Gembiralah anda sebelum tiba hari yang dijanjikan allah di mana segala kejahatan akan tertewas apabila sinar kebenaran datang menerjah.

Aduh, nampaknya aku harus berhenti di sini kerana aku perlu ke bandar - membeli ridsect untuk datuk aku. Till then, be nice to each other

|

Thursday, June 23, 2005; 1:17 PM

Salam

Image hosted by Photobucket.comGambar bilik aku, lepas ini bolehlah bayangkan betapa seronoknya aku dihadapan lap top setiap kali mempengerusikan dewan.


Semalam aku tidak sempat untuk mengemas kini blog kerana terlalu sibuk - aktiviti bermula sebaik terbit matahari sehingga ke dinihari. Aku cuba juga mencari-cari ruang untuk menulis tetapi tidak berjaya.

Pagi semalam aku ke pejabat - sepeti biasa. Tiada apa yang menarik berlaku di pejabat. Sebelah petangnya aku ke boling untuk menjenguk bola yang baru dibeli. Oleh kerana pihak yang berkenaan tidak berjaya ditemui, aku berkeputusan untuk kembali semula ke pusat boling pada sebelah malamnya.

Akhirnya, dapat juga aku bertemu dengan Mr Dennis yang menjadi jurulatih peribadiku sejak sekian lama. Mengadu mengenai hal bola yang salah ditebuk dan penyelesaiannya ialah dengan menebuk kembali bola tersebut. Dah nasib badan, hendak buat macam mana. Aku memang meletakkan kepercayaan yang amat tinggi terhadap mr dennis kerana dialah yang bertanggungjawab mengajar aku daripada a hingga z - daripada seorang pemain biasa sehingga mewakili negeri. Maka segala arahan dan teguran yang diberikan olehnya akan aku patuhi. Walaupun berbangsa cina, namun keikhlasannya memberi tunjuk ajar telah menyebabkan aku begitu menghormati keperibadiannya. Tidak seperti kebanyakan tenaga pengajar berbangsa melayu yang kebanyakkannya memiliki sifat dengki dan busuk hati. Dek kerana itulah bangsa melayu tidak pernah maju. Namun ada juga jurulatih berbangsa melayu yang telah membantu aku iaitu encik Hamzah. Jasa tuan akan saya kenang hingga ke akhir hayat. Kepada pemain-pemain boling melayu yang permainannya tidak seberapa tetapi lagaknya mengalahkan pemain antarabangsa, hentikanlah tabiat keji anda semua. Hakikatnya kehadiran anda tidak langsung disenangi di boling ; anda hanya dilayan kerana mereka semua tidak mahu mencetuskan pergaduhan dengan makhluk-makhluk sehina anda. Untuk rekod, mereka yang dimaksudkan antaranya ialah a*** dan s****.

Selesai hal mengenai bola, aku pulang ke rumah. Sebelah paginya sekitar jam 1.30 aku ke teluk chempedak untuk bertemu dengan apek, pa dan hakim. Melihat kepada telatah mereka bermain pasir dan berkejar-kejaran di tepi pantai mengingatkan aku kepada kenangan sewaktu aku berusia seperti mereka. Kehidupan ketika aku menjadi pemain boling negeri merupakan antara kenangan yang paling manis dalam lipatan sejarah kehidupanku setakat ini. Kami menghabiskan masa bersama-sama dan menjelajah ke seluruh negara dalam usaha untuk mengharumkan nama darul makmur. Aku bersetuju dengan pendapat kebanyakan orang yang mengatakan kebanyakan masa aku ketika bergelar pemain boling dihabiskan dengan pemain-pemain berbangsa bukan melayu. Malahan teman sebangsaku tatkala itu boleh dibilang dengan jari sahaja. Pada aku, membataskan ruang pergaulan kepada teman sebangsa sahaja akan hanya menjumudkan pemikiran aku. Lebih teruk lagi, aku takut sekali dijangkiti sindrom dengki mendengki dan menganayai pemain lain yang diketuai oleh a***. Dan pada hari ini aku dengan bangganya keputusanku itulah yang menyebabkan aku berjaya dalam sukan boling.

Hari ini, seperti biasa destinasi yang dituju pada sebelah pagi adalah Omira Holdings. Tiba di pejabat sekitar jam 10.30 pagi dan aku terus sahaja melakukan aktiviti mengganggu kak ana, kak dah dan shamsul. Seronok beb! Tiba-tiba, ruang pejabat yang selalunya lengang dipenuhi insan-insan bergelar stokis barangan kesihatan. Penerangan yang memakan masa hampir satu jam berkesudahan dengan penyertaan bonda, kak dah, kak ana dan encik wan ke dalam sistem syarikat milelea(agaknya!). Hanya Shamsul yang terselamat. Aku tidak begitu memberi perhatian dan mengambil peduli terhadap apa yang diperjelaskan. Lantaklah,,dah adat orang berniaga. Tetapi perlu ke bergambar dengan najis sendiri. Tidak ok. Namun jikalau berdasarkan gambar yang dipaparkan, aku dapat mengagak produk yang dijual akan berkesan. Kepada patin bolehlah cuba, manalah tahu selepas ini akan bergelar ratu patin. Wahaha.

Image hosted by Photobucket.comInilah Shamsul yang terselamat daripada menjadi ahli produk pejagaan kesihatan.


Pulang dari pejabat aku sempat melayan keempukan tilam selama 2 jam. Jam 5 aku bangkit dari tidur dan menuju ke megamall - hajat ingin melihat kesudahan masalah bola boling namun terdampar pula di tapau M S Garden. Bertemu hakim dan telah berjaya menyelesaikan pelbagai masalah yang selama ini menjadi duri dalam daging dalam mempertahankan semangat setia kawan kami. Mungkin aku bertindak keterlaluan kerana mengharapkan seseorang yang umurnya belum lagi mencecah 18 tahun untuk berfikiran seperti seseorang yang sudah berusia 23 tahun. Yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Insyaallah, selepas ini aku akan lebih mudah untuk berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tidak kira sama ada muda atau tua - kerana yang penting ialah kemahiran untuk menukar corak pemikiran pada ketika itu bagi membolehkan tahap komunikasi yang efektif dapat dicapai. Namun ia tidak beerti aku akan mengorbankan prinsip-prinsip perjuangan yang telah aku junjung sekian lama. Tidak sekali-kali!

Bercakap mengenai pejuangan, aku hairan bagaimana orang melayu yang berjuang untuk menuntut keadilan dan kesamarataan antara yang kaya dan miskin bertindak dengan melakukan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan itu sendiri. Lihatlah cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen yang kebanyakkannya akan menggambarkan orang kaya atau anak mereka sebagai seorang yang tamak, rakus dan sombong sedangkan keluarga yang susah ditampilkan dengan memiliki semua sifat-sifat yang baik. Aku sama sekali tidak bersetuju kerana ia tidak menggambarkan keadaan sebenar masyarakat malaysia. Tidak adakah orang miskin yang sombong dan tidak wujudkah insan berharta yang berhati mulia. Seharusnya sesuatu tanggapan atau pemerhatian harus disandarkan kepada nilai peribadi individu itu sendiri dan bukan berpandukan kepada faktor-faktor yang lain. Benar faktor-faktor yang lain seperti kedudukan kewangan, keturunan dan lain-lain memainkan peranan dalam mencorak perwatakan tetapi peratusan pengaruhnya terlalu kecil. Kenapa apabila seseorang yang ditakdirkan lahir dalam keluarga yang berada melakukan kesalahan, terus sahaja faktor kewangan yang diungkit sebagai faktor penyebab. Perbuatan yang sama yang dilakukan oleh dua insan yang berbeza latar belakang kedudukan kewangannya akan menghasilkan reaksi yang berbeza. Contoh: Seorang anak orang berada yang terlepas pandang kawan lamanya akan dituduh sombong..;[..ah!biasalah anak orang kaya, memang sombong].,tetapi kalau orang itu merupakan orang kebanyakan..[ah!sombong betul]!. Mengapa tidak dikaitkan pula dengan faktor kaya atau tidak. Takkanlah semua orang kaya sombong dan semua orang miskin itu baik dan peramah. Jadi di mana logiknya untuk seseorang menuntut supaya keadilan ditegakkan jikalau dirinya sendiri menzalimi orang lain dengan membuat anggapan palsu terhadap insan yang lain. Elok sahaja orang-orang sebegini dihantar untuk bermuhasabah diri!

Pa, seribu kemaafan dipohon seandainya anda marah atau terasa kerana dipanggil malaysian bowler. Bukan apa, aku cuma ingin bergurau dan mungkin aku menganggapnya sebagai satu cara untuk merapatkan hubungan kita. Maaf dan selepas ini aku akan memanggil kau dengan gelaran pabu ataupun pahang bowler sahaja. Cakap bahasa remaja, aku sebenarnya respek dengaan kau sebab handal sangat dalam sukan boling dan aku berasa berbesar hati kita dapat menjadi kawan. Maklumlah, bukan senang nak berkawan dengan orang ternama dan handal ini. Ini pendapat aku dan bukannya satu sindiran. Yang penting, aku jarang respek orang yang lebih muda dari aku. Apek jangan terasa. Kau pun best jugak. Shawm, rodson, hakim and the rest, gud luck buddies!

Kepada ad yang kini berada di teluk intan, diharap bersabar dengan ujian ilahi. Dan mereka yang bersabar ketika imannya diuji merupakan orang-orang yang berjaya. Amin. Semoga atuk cik ad akan sembuh sesegera mungkin. Dalam keadaan yang sedih dan pilu ini, aku akan menggantung semua aktiviti perperangan dengan cik ad sempena menghormati kepayahan dirinya dalam mengharungi detik-detik yang sukar. Tetapi hal dengan cik patin masih belum selesai.

Patin, perlu ke menonton kingdom of heaven sambil mengaktifkan mode sms. Tidak ok. Lebih baik anda menyiapkan kerja encik chacko. Eh, dengar khabar di temerloh akan dibuka pusat penternakan ikan air tawar yang terbesar di pahang. Seronoklah cik patin dapat bertemu dengan saudara-saudara seperti lampam, talapia malahan patin itu sendiri. Ekekeke. Tapi pasti isinya tidak semanis patin sanggang.

Zi, anda juga tidak sesuai berada dalam keadaan hibernisasi. Jangan terlalu taksub dengan world ok. Mungkin dia akan disingkirkan pada minggu hadapan. Lagipun, dia kelihatan seperti mat pet kerana botak dan tahap osteoporosis yang menakutkan. Wahaha. Lebih baik sahaja anda mengundi pokko yang ternyata cemerlang, gemilang dan terbilang.

Lan dan din, mengapa sudah lama tidak menjenguk ke dewan parlimen ini. Sila laporkan diri sebelum hujung bulan atau anda bakal berhadapan dengan tindakan tata tertib. Faidzal pula asyik sahaja membuat panggilan hantu. Apa khabar perjuangan menubuhkan kelab warisan secara sah. Semoga anda dan rakan-rakan diberi kekuatan oleh ilahi untuk meneruskan perjuangan suci bangsa melayu.

Sekarang ini aku begitu gemar untuk turut menyertakan gambar dalam setiap penulisan blog. Pada hemat aku yang baik (patin yang kata!wahaha), ia ternyata telah berjaya menambahkan keceriaan dan menjadikan blog aku lebih berinformasi. (awas patin, zi, ad, lan dan din! Gambar-gambar yang bakal dipaparkan pada masa akan datang pasti akan mencemaskan anda semua).


Till then, be nice to each other!

|

Tuesday, June 21, 2005; 1:06 PM

Image hosted by Photobucket.comGambor koi waktu turun kereta - destinasinya ialah Petaling Street. Apa macam ahli-ahli dewan...makin mengancamkan tuan speaker dewan sekarang ini.


Salam.

Sebentar tadi aku sempat berbual dengan patin, katanya dia terlepas dengar (wujud ke..setahu aku hanya terlepas pandang) sewaktu telefonnya berdering. Khusyuk menonton Madagascar,,the fusaa...woohoo. Kemudian tiba giliran zi bergosip melalui telefon. Kerja mencabut bulu beruang di johor rupanya. Habislah beruang-beruang di johor togel - bolehlah diletakkan bersama-sama ayam togel kesayangan ad. Peace!

Ad, pada tahap apakah keperluan untuk belajar tatkala semester baru memasuki minggu keduanya. Marilah beronggeng terlebih dahulu dengan menonton wayang, mengemaskini blog, berchat dan bersidang. Sesungguhnya aktviti-aktiviti yang sangat sihat ini dapat membantu meningkatkan tahap kemampuan fizikal dan mental.

Bercerita mengenai kisah budak-budak boling pula - sekarang ini mereka sedang bergelut dengan masalah perpecahan yang dicetuskan oleh sang rahang panjang. Nampaknya masalah yang pada mulanya mampu diselesaikan secara bertamadun kini hanya boleh diselesaikan melalui serangan tendangan xxx ray. Berperanglah anda semua kerana ia mampu merancakkan kembali suasana boling yang begitu muram. Sebetulnya aku ingin melihat pertikaman lidah antara pihak yang bertelagah pada sebelah petang tadi namun dek kerana ia dijangkakan berlarutan sehingga malam, aku berkeputusan untuk hanya menelefon bagi mengetahui kesudahan peperangan Lord of The Bowling Balls - The Return of The Long Jaw. Kerana kisah sadis ini jugalah aku kini sibuk mengemaskini senarai kawan friendsterku. Keperluan untuk menjadikan mereka-mereka yang terlibat dalam perperangan sebagai rakan dalam friendster berada pada tahap yang amat penting - umpama soal hidup mati. Hahaha..dapat juga aku melihat bagaimana tidak matangnya sesetengah pemain boling pahang.

Sampai sini sahaja catatan untuk hari ini. Till then, be nice to each other

|

Monday, June 20, 2005; 2:07 PM

Salam.

Untuk kesekian kalinya cik ad a.k.a ros dengan selambanya berkata {malasnya aku} setiap kali diajukan soalan kenapa blognya tidak dikemaskini. Perluke blog dibiar tanpa perhatian umpama sebuah rumah usang yang dikelilingi lalang setinggi pinggang. Entah apa sahaja aktiviti yang dilakukan sehingga tidak berkesempatan untuk menulis.

Semalam aku ke Stadium Darul Makmur - Pahang 2 Pulau Pinang 1. Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh, nyata persembahan yang ditunjukkan tidak begitu menyakinkan para peminat tok gajah. Minggu hadapan akan ke Kangar pula untuk bertemu Perlis dalam perlawanan yang disifatkan sebagai penentu kejuaraan super 2005. Berdasarkan persembahan skuad tok gajah semalam, ternyata sukar untuk pahang mengatasi perlis yang kebelakangan ini begitu mantap. Apatah lagi mereka akan mendapat sokongan padu penyokong sendiri. Alahai...berkecailah harapan aku untuk melihat Piala Liga Super kekal di bumi Pahang yang bertuah ini. Permainan pada separuh masa yang pertama berlangsung hambar. 15 minit di separuh masa yang kedua, hujan mula turun yang menyebabkan aku beralih tempat duduk. Kononnya mendapat tempat VVIP, jauh daripada percikan air hujan dan dibelai angin yang bertiup kencang - chies...sekali terkena pancuran air yang turun mencurah-curah umpama paip bocor. Maka basah kuyuplah tubuh badan. Dek kerana itu sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, aku terus pulang ke rumah. Sangkaan perlawanan akan ditangguhkan ke hari ahad ternyata meleset kerana perlawanan bersambung semula 40 minit kemudian. Argh..rugi 7 ringgit.

Jumaat, aku ke lembah kelang. Perjalanan yang menakjubkan bermula dengan destinasi yang pertama, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Aku ke sana bersama Hakim dan Pa bagi membolehkan Hakim membuat rayuan atas kegagalan permohonnya untuk ditempatkan di UTM Shah Alam. Hasilnya - tidak berjaya kerana segala urusan rayuan hanya boleh dilakukan melalui internet. Hahaha...harapan tinggal harapan.

Image hosted by Photobucket.comPromosi sikit...ini bakal pemain negara...ad,zi dan patin..jangan bercita-cita untuk mengorat..masih muda dan di bawah umur.Karang tak pasal-pasal kena sebat.


Sesudah itu aku ke Sunway Pyramid - Pa ingin membuat MQ. Hebat sungguh budak ini. Peningkatan yang ditunjukkan memang memeranjatkan aku kerana kali terkahir aku bertemu dengannya ialah pada 3 bulan yang lepas. Tatkala itu, permainannya tidaklah sehandal sekarang. Untuk rekod, dia membuat jatuhan pin sebanyak 719 melalui 3 permainan dengan purata jatuhan pin sebanyak 219.6667 bagi satu permainan - satu jumlah yang begitu tinggi bagi remaja semudanya. Syabas!


Malam pula kami ke Petaling Street. Hakim telah berjaya menyambar sepasang kasut nike. Kemudian kami pulang ke Kuantan pada jam 12.30 pagi bersama-sama seorang lagi teman seperjuangan dalam sukan boling, shahril atau nama manjanya..ISHA.

Kembali kepada catatan untuk hari ahad. Zi dan patin pada ketika ini pasti sudah berada di MMU. Kuang kuang kuang..selamat belajar dan nantikan kehadiranku untuk bersidang dan midnite. Perlu ke mengemas bilik, mungkin ingin mengubah feng shui. Pengaliran udara perlulah lebih lancar sambil elemen air perlu berada di bahagian utara - susun atur yang penting bagi membolehkan ikan patin membesar dengan sihat. Wahaha. Amaran kepada zi - sila kemas kini blog anda dengan segera atau berdepan kemungkinan blog anda akan diserang. Kepada patin, cepatlah menyiapkan blog. Lihat daripada sudut yang menguntungkan, anda boleh mengiklankan keenakan dan kesedapan isi anda di blog yang mana ia boleh menjurus kepada usaha pengukuhan kedudukan ekonomi anda.

Hari ini juga aku kembali bermain boling dengan bola yang baru dibeli. Purata jatuhan pin aku adalah sebanyak 210 daripada 4 permainan. Agak baik bagi orang yang baru sahaja berjinak-jinak kembali dengan sukan ini selepas menyepi selama 2 tahun. Seronok juga apabila berjaya mencatatkan markah yang tinggi. Tapi aku tidak sekali-kali akan kembali untuk bermain boling secara serius. Kegemilangan aku pada masa lampau sudah menjadi sejarah yang hanya boleh dikenang dan dibanggakan. Sekarang aku perlu menumpukan perhatian dan menjana usaha dalam mengukuhkan karier politik. Malah antara sebab mengapa aku meninggalkan sukan boling ialah kerana politik. Kepada pa, apek dan shawn..jangan risau. Aku tidak akan menggugat peluang anda-anda semua untuk bergelar atlit tersohor negeri dan negara.

Terbaca aku ulasan mengenai sejarah perjuangan bangsa dalam laman web prowaris yang ingin aku kongsi bersama. Semoga ia berupaya membangkitkan rasa cintakan bangsa dan mengarah pemikiran kita dalam usaha memenggemilangkan bangsa melayu.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

Kalau sesiapa yang pernah mengikuti program Biro Tatanegara (BTN) sudah semestinya pernah menyanyikan lagu ini. Setidak-tidaknya lirik lagu “Warisan” pasti dibawa balik bersama risalah-risalah BTN yang lain yang dimuatkan di dalam fail program. Mungkin lagu ini agak kurang sesuai didendangkan di corong-corong radio apatah lagi diperdengarkan di televisyen atas alasan menjaga sensitiviti kaum lain, namun sebagai seorang yang berbangsa Melayu kita sepatutnya menghafal dan menghayati lirik lagu ini.

Mengetahui lagu “Warisan” dan menghafal lirik lagu ini bukannya untuk mengajak orang Melayu terus alpa dan leka dengan lagu dan hiburan tetapi sebenarnya untuk mengajak bangsa Melayu kembali menjadi bangsa bertuan di tahan air sendiri. Dalam erti kata yang, penghayatan kepada lirik lagu ini sebenarnya menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan di mana kedudukan kita pada masa sekarang. Kita sering melaungkan ungkapan “Ketuanan Melayu!”, hakikatnya apakah Melayu masih menjadi tuan atau Melayu bertuankan bangsa lain?

Melihat kepada lirik lagu “Warisan” memang cukup ringkas, tiada bahasa atau ayat yang sukar untuk kita fahami. Bahasanya “srtaight forward”, sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan faham apa yang cuba disampaikan. Kita diceritakan bagaimana pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita mempertahankan tanah air daripada orang asing. Ungkapan “Nenek moyang kaya raya” jelas menggambarkan kepada kita suatu ketika dahulu, hasil penat lelah, ketekunan dan semangat yang tinggi bangsa Melayu telah menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani rakan dan lawan. Kuasa ekonomi dan kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Melayu sebagai kaum peribumi di bumi bertuah ini.

Namun generasi selepas itu gagal pempertahankan segala usaha yang dilakukan sebelum ini. Kini kita banyak berbalah sesama kita terutamanya dalam soal perebutan harta, kekayaan, jawatan, pangkat dan lain-lain. Sama ada sedar ataupun tidak, sikap generasi sekarang yang tamakkan harta, kekayaan dan kuasa akhirnya menyebabkan segala yang diwarisi daripada nenek moyang kita jatuh ke tangan orang lain. Benarlah serti yang tercatat dalam ungkapan, “hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri”.

Jelas sekali kini, segala kekayaan turun temurun milik nenek moyang kita kini diwarisi oleh bangsa lain. Bangsa Melayu sebagai bangsa bermaruah, yang memiliki kuasa dan kekayaan suatu ketika dahulu kini cuma tinggal satu sejarah. Penyebab utama tidak lain tidak bukan adalah kerana sifat tamak, malas untuk berusaha dan cepat terpengaruh.

Akibatnya, bangsa Melayu kini dilihat sebagai bangsa yang lemah, tidak mahu bersaing dan suka berbalah sesama kita. Dalam mencari kekayaan, bangsa Melayu lebih suka menjadi kaya dengan cara yang mudah dan malas berusaha. Sebagai contoh, untuk menjadi jutawan mereka akan menjual tanah milik mereka kepada bangsa lain. Sedangkan jika tanah tersebut diusahakan, hasilnya berlipat kali ganda.

Kita masih bermegah dengan status kita sebagai peribumi / bumiputera tetapi kita lupa di saat kita mendakwa tanah yang kita pijak adalah milik nenek moyang kita tetapi hakikatnya “bumi dipijak milik orang”. Kalau dahulu, bangsa lain terpaksa meminta-minta, menadah tangan kepada kita agar diberikan kebenaran menetap di tanah air ini, diberikan ruang untuk berniaga, diberikan peluang untuk berkerja namun kini ianya seolah-olah sudah terbalik. Bangsa Melayu pula sekarang ini menjadi golongan yang terpaksa merayu dan meraih simpati.

Maruah bangsa Melayu dan maruah peribadi sudah tiada lagi. Dahulu kita yang tuan, tetapi kini kita bertuankan bangsa lain. Generasi Melayu kini terpaksa merintih semata-mata untuk terus hidup di bumi ini. Kita sudah tidak segan silu untuk meminta pertolongan bangsa lain, meminta sumbangan, memohon diberikan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Lihat sahaja di sekeliling kita, berapa buah kedai milik bangsa kita berbanding bangsa lain? Tanah siapakah yang kita pijak? Siapakah majikan kita?Apakah yang masih ada pada kita?

Rangkap kedua terakhir berbunyi, “kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri”...

Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain dikuasai bangsa lain.

Sejarah telah banyak membuktikan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu dan ekonomi. Ilmu dan ekonomi inilah bakal penentu kepada penguasan politik yang seterusnya akan untuk menguasai sesebuah negara. Apakah kita sudah bersedia untuk kembali bangkit, satukan hati-hati kita dalam usaha memulih kembali harga diri dan maruah bangsa? Ingatlah, kini kita sudah tiada masa. Kita harus maju ke hadapan dengan gagah perkasa agar Melayu terus gagah di Nusantara dan di mata dunia...


|

Thursday, June 16, 2005; 1:58 PM

Salam.

Di kala tangan ini sibuk menaip sepatah demi sepatah perkataan, telingaku ini seperti dibakar-bakar apabila mendengarkan ulasan perlawanan bola sepak yang jelas berat sebelah. Hendak ditutup sahaja televisyen tidak termampu dek kefanatikan sesetengah teman yang terlalu menggemari pasukan selandon (Selangor + Indon). Entah apalah hebatnya pasukan selandon tersebut. Tahun lepas dengan bongkaknya menyatakan tahun ini mereka akan berada dalam liga super; alih-alih kekal dalam liga perdana. Mungkin mereka meredakan kekecewaan dengan menggunakan beras cap SUPER. Wahaha.Maka terpaksalah aku berada dalam kesulitan yang teramat sangat dalam usaha aku untuk mengemas kini blog tercinta.

Ad, komen anda sungguh menggelikan hati. Cik ros bukan main hebat dalam mengkritik jumlah patah perkataan catatan pada hari semalam. Wah..semenjak kembali daripada bercuti sudah pandai hendak menembak dengan menggunakan kata-kata. Bagaimana minggu pertama di universiti setelah membesarkan diri untuk satu tempoh masa yang panjang. Untunglah anda diberikan bilik di tingkat 4. Selain daripada menguruskan badan, dapat juga anda memejalkan apa-apa yang patut dipejalkan. Kuang kuang kuang. Dengar khabar (gosip nakal) anda akan bersardin di bilik tersebut. Mungkin kes PATI...patin, ad, zie, pepijat and the gang. Andai blok hb3 runtuh secara tiba-tiba, pasti ia berpunca daripada kerosakan awal di bilik ad. Opah di Teluk Intan sihat ke...apa pula ceritanya dengan stesen minyak yang terletak hanya sepelaung dari rumah.

Petang tadi aku membuat panggilan susulan ke HSBC Cyberjaya. Hasilnya: Your interview was very favourable. Berita baik! Tapi entah mengapa aku masih lagi tidak dipanggil untuk melaporkan diri. Mungkin pihak pengurusan HSBC masih perlu melakukan semakan atau permohonan aku harus melalui prosedur tambahan sebelum diluluskan. Andai berjaya, aku dapat menyambung kembali tugas selaku yang dipertua dewan bercerita di Cyberjaya. Kepada yang bercita-cita ingin untuk memangku atau merampas terus jawatan tersebut....lupakanlah. Kuang kuang kuang!

Af3....aku tidak begitu menggemari rancangan ini. Walau bagaimanapun, ada seorang yang makhluk yang menimbulkan rasa meluat yang teramat sangat. MAWI. Uwek..peserta-peserta lain...aku tidak peduli. Lagipun, lebih baik aku ke Stadium Darul Makmur bagi menyokong pasukan tok gajah daripada menghabiskan masa dengan menonton akademi fantasia. Zie....siapa idola anda untuk edisi yang ketiga. Aku boleh sahaja menjadi pembekal tisu andai diminta berbuat demikian. Bercakap mengenai hiburan, aku baru sahaja selesai mendengar cd Keane. Rumusan..4.5 bintang. Seronok!

Seperti yang dijanjikan, aku ingin menulis mengenai proses pemilihan pemuda umno. Pada 21hb Mei 2005 bertempat di Dewan Felda Sungai Koyan 1, perjuangan aku dalam UMNO bermula secara rasminya dengan penawaran diriku selaku salah seorang calon pergerakan pemuda bahagian ke mesyuarat umno bahagian. Dan seperti yang dijangka, aku tumpas dengan hanya mendapat antara 7 ke 9 undi sahaja daripada 66 perwakilan. Biasalah, apabila kita bergerak menentang arus! Namun ia sedikitpun tidak melunturkan semangat malah sebaliknya, ia menjadi pencetus kebangkitan perjuangan. Sebenarnya aku agak berbangga dengan hasil proses pengundian tersebut kerana kali pertama aku bertanding, aku telah mendapat undi sebanyak itu. Keberanian untuk bertanding itu sendiri aku sudah takrifkan sebagai satu kemenangan.

“Kalau kami tedung,
TUANLAH BISANYA;
kalau kami harimau,
TUANLAH TARINGNYA!
kalau kami berlian,
TUANLAH SILAUNYA;
kalau kami guruh,
TUANLAH KILATNYA.”

Kepara para pemimpin pelbagai lapisan masyarakat, fikir-fikirkan bidalan ini:
Pemimpin umpama pohon yang rendang
Tempat rakyat tumpang berteduh!
Harta pemimpin banyak tidak terkira
Makin pemimpin beri, makin bertambah
Makin pemimpin agihkan, makin bertimbun
Makin pemimpin tarah, makin menggunung
Makin pemimpin cangkul, makin tinggi

Manakan pemimpin tidak pemurah
Belum diminta, pemimpin sudah beri
Belum ditadah, pemimpin sudah isi
Belum disebut, pemimpin sudah faham isi hati

Adakalanya:Orang datang selangkah
pemimpin undur dua langkah
Apabila diminta satu, pemimpin beri dua
Kalau ada yang minta tiga, pemimpin terus hidup injin kereta!
Kalau pemimmpin turun ke laut, ikan-ikan kenyang
Kalau pemimpin turun ke padang, belalang-belalang kenyang
Kalau pemimpin ke udara, burung-burung kenyang
Kalau pemimpin turun ke tanah, cacing-cacing kenyang
Kalau pemimpin memanjat pokok, ulat-ulat kenyang
Tapi, jangan lekas lupa, kalau pemimpin masuk ke hutan,
silap-silap harimau yang kenyang!


Minggu ini nampaknya aku akan berada di Kuantan. Sabtu - Pahang menentang Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur. Ahad - Aku akan ke Kuala Medang untuk menghadiri majlis perkahwinan. Esok besar kemungkinan aku akan menonton wayang bersama hidzad. Tajuk filem: Mr and Mrs Smith. Mengikut cerita orang ramai, ia merupakan sebuah filem yang sangat menghiburkan. Moga-moga begitu hendaknya!

Argh...selandon 3 - mk land 1. Makin muak dan meluat! Selandon selandon selandon. Semoga mereka tumpas pada perlawanan pusingan kedua pada minggu hadapan. Lan, apa projek terbaru. Begitu juga dengan din jeluding. Siapakah yang menjadi teman sebilik pada semester ini. Dewan kali ini tampaknya akan lebih meriah dengan penambahan ahli-ahli baru. Ad a.k.a ros..sila uruskan kemasukan perwakilan baru secepat mungkin. Nampakny selepas ini kita perlu memberikan perhatian yang serius kepada masalah logistik selepas ini. Till then, be nice to each other!

|

Wednesday, June 15, 2005; 2:11 PM

Im back
So i haven't been very good about blogging lately...my bad lol. My life has been insanely busy lately, and i just haven't found the time to blog...i guess the solution to that would be to MAKE time, but i haven't figured out how to do that yet...anyway..so working life started up again, pretty much the same old thing

Here we go, again--
I had just begun my long overdue update when I had to shut down my browser and lost an hour's worth of writing. Oh dear.
The advantage of doing something over again is that you are more certain of what you're doing--like taking a beaten trail to walk down instead of offroading in the bush and blazing a new one. That, atleast, is what I'm telling myself; I hate writing the same words over again--it's exactly like having to repeat yourself in conversation.
So, my journey takes off once again, after a stagnant pause that revolves, in narrative form, around the great life of mine.

How should i start....lots of great things have surely blanketed my non-blogging days. Have i lost my touch in writing...hopefully not.

Setinggi manapun bahasa asing dijunjung, bahasa kebangsaan tetap bertakhta di hati. Sudah hampir dua bulan aku tidak menulis. Aku membuat keputusan untuk berhenti menceritakan kisah kehidupan buat seketika setelah mengambil kira pelbagai faktor. Yang pertamanya, kebanyakan daripada pembaca atau peminat kisah kehidupanku ialah teman-teman seperjuangan di Multimedia University. Cuti menjelang, universiti dikosongkan, kemudahan internet terhad, tiada pembacaan - ringkasan kepada perihal kisah cuti. Yang kedua, aku ingin mencari sedikit kedamaian dan mengumpul kekuatan diri bagi mengharungi ketidaktentuan hidup. Ketiga - kebanyakan daripada hariku dihabiskan di daerah Lipis di mana kedudukan geografinya menyukarkan aku untuk mengemaskini blog.

Aku mulakan dengan menceritakan pengalaman aku berakit daripada kuala medang ke kuala lipis. Hari pertama: Berlepas dari Jeti Kuala Medang sekitar jam 9.00 pagi. Tiba di Kg Telang pada jam 6.00 petang.

Hari Kedua: Berlepas dari kg telang sekitar jam 8.00 pagi dan tiba di Kuala Lipis pada jam 2.00 petang.
Ekspedisi berakit ini sememangnya telah berjaya membantu merapatkan hubungan antara diriku dengan pemuda-pemudi di Kuala Medang. Selain daripada itu, ia juga menjadi platform kepada aku dalam menghayati kesusahan masyarakat dahulu dalam menjalani kehidupan seharian. Peluang untuk menyaksikan flora dan fauna yang masih terpelihara serta warisan sejarah di sepanjang sungai turut menjadi sesuatu yang amat berharga bagi diriku. Untuk pengetahuan ahli-ahli dewan sekalian, rakit -rakit yang dibawa dari kuala medang telah selamat digunakan untuk Ekspedisi Berakit Sungai Pahang 2005. Tahniah diucapkan kepada pemuda-pemudi kg kuala medang.

Esok: Kisah penawaran aku bertanding dalam pemilihan perwakilan pemuda umno!

Kepada ahli-ahli dewan- silalah mengemaskini blog masing-masing. Pesanan ikhlas kepada insun a.k.a patin - wujudkan blog anda secepat mungkin. Semester satu tahun pengajian 2005-2006 baru sahaja bermula pada hari isnin yang lepas. Patin dan zi masih lagi berada di kampung. Insaflah wahai para pejuang bangsa- tahun akhir pengajian anda baru sahaja bermula. Ponteng - jangan sekali. Wahahaha. Din jeluding apa perkembangannya. Begitu juga dengan si Lan.

Ikhwan telah selamat menempuh alam pekerjaan - Sumitomo di Kuala Lumpur. Syabas. Begitu juga Heikal. Ibrahim tidak diketahui hujung pangkalnya. Aku....insyaallah, jikalau tidak ada aral melintang akan bekerja di HSBC cyberjaya. Dengan perkembangan terbaru ini, maka makin keraplah dewan kita akan bersidang.

Sebenarnya aku baru sahaja sampai dari Kuala Lipis. Hari ahad yang lepas ada majlis perkahwinan di kuala medang dan kemudiannya ayahanda menghadiri program perjumpaan KDYMM Tuanku Sultan Pahang bersama pelajar dan guru Sekolah Agama Padang Tengku. Daulat Tuanku! Semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan kekuatan kepda tuanku untuk terus menjadi payung kepada rakyat jelata.

Ada pihak di lipis yang menyatakan aku merupakan seorang yang pendiam. Sebenarnya aku bukanlah terlalu pendiam, cuma aku lebih condong untuk mendengar daripada bercakap melainkan mengenai hal-hal yang sememangnya aku arif. Lagipun, seorang pemimpin yang bagus ialah seorang yang pendengar yang setia. Pada pendapat aku, masanya belum tiba untuk aku bersuara dan menyatakan gagasan yang ingin aku laksanakan. Aku masih lagi berada dalam proses pembelajaran dan secara jujurnya, sifat pendiam aku ini telah banyak membantu aku dalam mengenali sikap sesorang dan liku-liku perjuangan politik.

Mata sudah mengantuk. Berhenti di sini dan berjumpa di kesempatan yang lain. Till then, be nice to each other!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS