<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, October 30, 2007; 11:11 PM

letih letih letih. aku pun takda masa nak menulis. ni pun ada masa sekejap,sebelum aku menyambung kembali tugasan. sabtu lepas aku ke klia untuk mengambil pekerja asing. selesai urusan pada jam 11.00 malam, makan di burger king klia dan terus pulang ke kuantan. Aku tiba di kuantan pada jam 4.00 pagi dan terus tidur. Hari ahad, aku buat pertama kalinya menyertai pertandingan boling setelah hampir 3 tahun. Keputusannya, aku menang rm60 walaupun ia hanya pertandingan biasa, apatah lagi 9 pin tap.

Hari isnin, aku ke gimnasium pada jam 3 petang sebelum ke kuala lumpur kembali pada jam 8.00 malam. selesai urusan di klia sekitar jam 11 malam, aku bersama shahmy ke kelana jaya untuk mengambil kereta vios. seperti biasa, kerana bertolak lambat dari kuala lumpur, kami tiba di kuantan pada jam 5 petang.

Hari ini, selasa aku bangun pada ham 3 petang. selesai mandi, aku terus ke gimansium . Jam 6.30 petang, aku ke megalanes untuk bermain boling. Entahlah, kenapa sejak kebelakangan ini aku seperti ingin kembali menjadikan boling sebagai rutin harian. spinner pun bukan susah. hari ini, purata jatuhan pin bagi 10 permainan ialah 190. secara amnya, ia sangat tinggi bagi orang yang dah besara dari arena boling tempatan 3 tahun yang lepas. Ahad lepas pun aku mendapat tempat ke empat. insyaallah, jikalau keseronokan ini berterusan, aku pasti akan kembali aktif dalam sukan boling. untuk sementara waktu, aku akan berlatih setiap hari sebaik sahaja aku selesai bersenam di gimnasium. akhir bulan, aku akan buat keputusan sama ada untuk kembali aktif atau tidak. bukan rugi pun main, sekurang kurangnya boleh menjadikan badan cergas dan otak cerdas.

Sebelah malamnya aku ke premium lanes, test lane untuk pertandingan pada hari rabu. aku fikir aku mampu untuk mendapat markah yang baik di premium lanes kerana permukaan lorong di situ cukup serasi dengan cara balingan spinner aku. insyaallah, jikalau tiada aral melintang, aku akan berentap di premium lanes.

kepada para pembaca, selesai sahaja urusan pengambilan pekerja asing di klia, aku pasti akan kembali aktif menulis. buat masa sekarang ini, aku terpaksa bekerja supaya boleh menyimpan lebih sedikit pada bulan ini.

|

Friday, October 26, 2007; 11:38 PM

berlalu pergi satu lagi jumaat dalam pelayaran hidupku di muka bumi allah; dan seperti biasa, Dia menjadikannya Jumaat kali ini sama seperti Jumaat yang sebelumnya. Tidak ada apa yang menarik terjadi pada hari ini. Aku dikejutkan daripada dunia mimpi pada jam 12.30 tengah hari. Aku berkeputusan untuk menyambung membaca buku ptd sambil menunggu laungan azan dari bilal bagi menandakan masuknya waktu solat fardhu zuhur dan jumaat.

Selesai solat jumaat, aku berehat sebentar sebelum ke gimnasium pada jam 3 petang. Jam 5 petang, untuk kesekian kalinya setelah agak lama berehat, aku turun ke gelanggang boling bersama fadli. Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada fadli kerana masih sudi untuk menjadikan aku teman seperlatihan. Jam 7 malam, aku pulang ke rumah untuk menonton buletin utama pada jam 8 malam. Sebaik selesai mengemaskini maklumat mengenai perkembangan dunia terkini, aku menonton dvd ugly betty. Seronok juga cerita dia. wahahaha... Jam 11 malam aku ke lemon tree , jam 1.30 pagi ke kopitiam kemaman dan jam 2 pagi pulang ke rumah untuk menyambung menonton ugly betty. :)

Hari ini aku telefon ikhwan, encik iki. Encik iki, kalau ada kelapangan dan izin restu daripada ilahi, akan aku sampai juga ke kuala pilah untuk berhari raya. Aku mungkin tidak dapat bersama sama heikal dan ibid kerana kesuntukan masa, tetapi aku akan tetap cuba hadir walaupun bersendirian. Baguslah kalau kau sekarang ni dah mula dapat kepercayaan majikan, kerja elok-elok, dapat kenaikan pangkat dan gaji supaya boleh mula memikirkan mengenai soal mendirikan rumah tangga. Lagilah pasti aku ke kuala pilah.

Indah sungguh alunan melodi dan senikata lagu my way dendangan frank sinatra yang ketika ini sedang berkumandang di radio mix.fm. Aku akui, lagu lagu yang bercorak kehidupan banyak memberi aku peluang untuk melihat kepada kehidupan sendiri, dan menjadikan aku tabah. Kadangkala, menitis juga air mata bila aku betul betul menghayati lirik lagu lagu tertentu seperi my way (frank sinatra), can;t take that away from me(mariah carey), better man(robbie williams), you raise me up(josh groban), kian dan langit biru (mawi) dan standing in the eyes of the world (ella). Lagu lagu ini aku rasa dapat menggambarkan jikalau tidak banyak tetapi akan watak seorang lelaki bernama taufiq di atas pentas ciptaan Allah. Namun, aku tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan oleh ilahi untuk terus bernafas sehingga kini, dan insyaallah aku akan berjaya menggapai hasrat yang aku idamkan.

Kepada afizat, terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kepada para pembaca lain, semoga sentiasa berada dalam rahmat ilahi. Wanie, sila belajar betul betul. STPM sudah dekat. Habis stpm, boleh mula menulis blog.Fadli, terima kasih sekali lagi kerana masih sudi untuk bermain boling bersama. Hayatilah lirik lagu my way dendangan frank sinatra.

And now, the end is near;
And so I face the final curtain.
My friend, Ill say it clear,
Ill state my case, of which Im certain.

Ive lived a life thats full.
Ive traveled each and evry highway;
And more, much more than this,
I did it my way.

Regrets, Ive had a few;
But then again, too few to mention.
I did what I had to do
And saw it through without exemption.

I planned each charted course;
Each careful step along the byway,
But more, much more than this,
I did it my way.

Yes, there were times, Im sure you knew
When I bit off more than I could chew.
But through it all, when there was doubt,
I ate it up and spit it out.
I faced it all and I stood tall;
And did it my way.

Ive loved, Ive laughed and cried.
Ive had my fill; my share of losing.
And now, as tears subside,
I find it all so amusing.

To think I did all that;
And may I say - not in a shy way,
No, oh no not me,
I did it my way.

For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught.
To say the things he truly feels;
And not the words of one who kneels.
The record shows I took the blows -
And did it my way!

|

Wednesday, October 24, 2007; 11:53 PM

hari ini aku bangun pada jam 3 petang. Sebaik selesai memasukkan kata laluan telefon nokia ku, terpampang jelas 5 missed calls. Aiseh, siapa pula yang menelefon aku pada hari cuti begini. Rupa rupanya encik pa yang menelefon, bila aku membalas panggilannya dia kata takda apa apa . Pelik, tapi biarkan sahaja. Jam 4.00 petang aku ke berjaya megamall dan berjumpa dengan pa, fadli, wanie, afizat dan kawan wanie. duduk lebih kurang setengah jam, aku kemudian beredar ke kopitiam untuk bertemu encik burung dan encik syahmy. Perlu ke pa begitu seronok bertemu dengan kacipnya? wawawawa...mesra ~~
Dan perlu juga ke cik wanie dan kawannya ingin membeli seluar? raya dah lepas,,mungkin seluar sempena stpm kot. Esok ada MUET kan? selamat berjaya.

Aku bersama encik burung dan shahmy di kopitiam sehingga 7.00 malam dan kemudiannya kami ke pejabat aku untuk menyiapkan slip gaji. kami bertiga ada membuat sedikit pelaburan dalam sistem water drop, dan bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku diberi kepercayaan untuk memiliki mesin air yang bakal diletakkan di MRSM Kuala Lipis. Yeppa! seronok sungguh. Makin keraplah aku pulang ke kuala lipis selepas ini. :)

Selesai solat maghrib, kami ke pejabat water drop di jalan teluk sisek. Jam 10.00 malam kami ke starbukcs, encik burung belanja hasil pendapatan projek a star. Kenyang kenyang..dan ucapan terima kasih ditujukan buat anda. Sekitar jam 11.30 kami ke kopitiam pula kerana syahmy hendak mengupdate antivirus dan jam 12.30 kami pulang ke rumah kerana encik bird sudah mengantuk. Sudah 2 3 hari tidak mendapat tidur yang mencukupi katanya. Aku pun sama, semalam tidur lewat kerana menonton bola dan aku begitu berbangga apabila pasukan manchester united menang 4-2 ke atas dynamo kiev. Tapi hari ini aku tak berasa letih sangat sebab gimnasium tutup.

Esok, aku dah mula belajar untuk kursus intensif PTD di kemaman. Sungguh tebal buku kewarganegaraan. Harap harap sempat baca.

Mu, ada exam ke? selamat berjaya. Iki, anda di mana? oh oh..bosan sungguh malam ni. tak tau nak tulis apa lagi. harap harap esok ada perkara menarik yang berlaku supaya dapat dikongsi bersama.

|

Tuesday, October 23, 2007; 11:41 PM

hari ini aku bangun pada jam 2 petang. selesai mandi, aku ke bank islam bagi urusan pengeluaran duit sebelum ke gimnasium. Jam 5 petang, aku pulang ke rumah dan 45 minit kemudian, aku ke kopitiam untuk makan petang bersama zura dan shahmy. terima kasih cik zura kerana belanja aku makan petang. Encik burung tiba pada jam 6 petang, hajat hendak mendapatkan slip gaji, namun hajat terpaksa ditunda ke hari esok kerana aku tidak membawa kunci pejabat.Seronok juga bergosip pasal kes tangkap basah di bukit pelindung yang secara kebetulannya melibatkan ayah zura, encik rahman. Polis tu ! jgn main main..wawawawa! Itu peringatan Allah kepada kita , supaya sentiasa menjaga adab dan luhur agama kerana mereka yang terlibat terlalu rapat hubungannya dengan kita. Minta minta kita dijauhkan daripada melakukan maksiat begitu. Amin.

Aku dan encik burung kemudian ke masjid besar untuk solat maghrib sebelum ke megamall untuk membeli seluar jeans levis. perlu la special edition saiz 29 dah habis, yang tinggal hanya saiz 34. yang lebih menyedihkan ialah helai terakhir dijual pada hari semalam. aku memang nak ke megamall semalam tetapi keadaan hujan yang begitu lebat telah menghalang hasrat aku. takpelah, mungkin dah takde rezeki. aku dan encik burung kemudiaannya ke starbucks untuk mendapatkan caramel afogato dan destinasi seterusnya ialah lemon tree untuk makan malam.

Aku melepak bersama bird, shahmy sebelum disertai abg yang aku dah terlupa nama. Jam 10.30 malam, aku pulang ke rumah sebab hendak menonton televisyen. :) esok ialah hari ulangtahun keputeraan kdymm tuanku sultan pahang. Daulat tuanku! patik ingin mengambli kesempatan ini untuk menzahirkan sembah taat setia batang tubuh patik terhadap kdymm tuanku. semoga kdymm tuanku, dymm sultanah, kdytm tengku mahkota, kdytm tengku puan dikurniakan kerahmatan oleh allah dan tuanku diberi kekuatan untuk terus kekal dengan segala kemuliaan dan kebesaran menerajui negeri pahang darul makmur. Daulat tuanku! daulat tuanku! daulat tuanku!

Wani, perlu ke tak ke sekolah. Perlu juga ke pa nak belanja kita di taj. Taj? tak pernah pun dengar kedai tu..wawawwawa...hari khamis ada muet? bawa bertenang. insyaallah lulus bergaya. Mu, mana menghilang? jangan lah terasa begitu lama dengan tulisan. saya rindu kat mu ni? nak pergi beraya ke rumah ok? Encik iki, bila mau ke kuantan? marilah datang ke sini,boleh shooto! Satu lagi, tolong kemaskini blog anda. Tak sabar rasanya nak baca perjalanan hidup kau yang sangat menarik. One question remains unsolved,,,where the hell is ms cunna? wahahaha.

|

Monday, October 22, 2007; 11:20 PM

hola..lama sungguh aku tak menulis..bukan kerana aku tidak mahu tetapi masa yang tidak mengizinkan. Banyak perkara yang berlaku sepanjang minggu lepas.

Aku sekarang tengah demam sebab main hujan di rumah terbuka pa :).Hari jumaat, sebelah malamnya aku ke rumah wanie untuk menghadiri bbq. Meriah juga, dan aku hadir di situ bersama encik burung. selesai makan dua ketul ayam, kami pulang dan melepak di kopitiam. Pada malam sabtu, aku ke rumah terbuka iqbal pula. Makanan yang hidangkan memang sedap. Malam ahad pula, aku ke rumah terbuka pa. Hujan lebat yang turun mencurah curah sejak jam 8 malam tidak menghalang orang ramai daripada mengunjungi rumah terbuka pa. Kepada wanie, iqbal dan pa, terima kasih atas jemputan dan layanan mesra anda semua.

Ahad lepas, atau secara tepatnya pagi isnin, aku bersama burung dan shahmy telah membuat satu kerja amal dengan membantu pasukan amal maaruf nahi mungkar dalam serbuan khalwat di bukit pelindung. Perlu ke ayah magician kat starbucks iaitu ketua cawangan khas pahang turut terlibat dalam operasi tersebut. Simpati aku tujukan kepada wanita yang diberkas, dan juga bakal suaminya yang kini sudah pasti akan membatalkan perkahwinan yang dirancang berlangsung pada bulan depan. Takda rezeki dah tu..bersabar jelah.

Hidup aku seperti biasa. Sebelah sian, aku ke gimnasium dan pada sebelah malamnya akan melepak di kopitiam bersama sama encik bird dah shahmy. Aku sekarang dalam proses untuk membuka satu perniagaan baru bersama encik burung, dan insyaallah, jikalau tiada aral melintang dalam seminggu dua ni kami akan bergelar usahawan muda. :)

Kepada fadli, jangan risau. Aku tak marah. Aku cuma tengah membiasakan diri dengan apa yang terjadi. Terima kasih kerana menyedarkan aku mengenai realiti sebenar kehidupan. Aku faham kau perlu beri komitmen kepada cinta, dan oleh kerana anda berdua sering berjauhan, maka seeloknya musim cuti dihabiskan untuk bertemu bagi menghilangkan rasa rindu. Sampaikan permintaan maaf aku kepada dilla andai ada perbuatan atau percakapan aku yang menyinggung perasaan. Aku yang salah . Cara pemikiran kita yang berbeza menyebabkan keadaan menjadi agak tidak selesa. :)

Mr ikhwan..perlu ke nak buli aku. tidak ok..tak baik..wawawawa..rajin rajin lah update blog tu..boleh aku tahu keadaan kau yang terkini.

|

Thursday, October 18, 2007; 10:49 PM

segar sungguh anak tekak apabila air starbucks membasahi anak tekak sambil jari jemariku pantas menari mencoret kisah perjalanan hidup aku pada hari ini. tidak banyak yang dapat aku kongsi bersama para pembaca, it's just another plain day. Bangkit pada jam 2 petang, jam 3 petang ke gimnasium, jam 5 ke jetson dan aku berjaya mendapatkan set pendingin hawa lg. esok, bilik aku akan kembali nyaman. Sebentar tadi, aku terserempak dengan encik fadli di starbucks. turut berada di situ ialah pa dan iqbal. insyaallah, jikalau tiada aral melintang, aku akan memenuhi jemputan iqbal untuk ke majlis rumah terbuka keluarganya pada hari sabtu ini. :)

Aku terbaca komen mu, dan aku amat berterima kasih. aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun jari merafak sembah memohon seribu kemaafan kepada sesiapa yang terasa dengan tulisan aku sebelum ini. tidak langung terlintas di hati aku akan kemungkinan tulisan aku boleh menyebabkan ketidakselesaan kepada sesetengah pihak. sekali lagi, aku mohon maaf.

aku tidak ada kereta mewah, aku juga tidak memiliki harta yang banyak, aku juga tidak memiliki awek yang cantik. yang aku miliki hanyalah sekujur jasad ciptaan ilahi yang diberi pinjam sehingga tiba masanya, dan dengan tubuh inilah aku harus meneruskan kehidupan walau apa juga halangan yang datang melanda. untuk pengetahuan mu aku hanya memandu kereta perdana (tidak langsung mewah), masih lagi mencari calon untuk bersama ke akhir hayat dan kedudukan kewangan yang hanya cukup cukup makan. kenyataan aku sebelum ini mengenai memandu kereta mewah, memiliki harta bertimbun dan awek cantik hanyalah satu kenyataan am, yang mana aku cuba menyatakan bahawasanya orang yang rendah seperti aku juga mampu memiliki semua itu.pernyataan tersebut ditulis bertujuan untuk memberi motivasi kepada adik yang kecewa dengan hidup kerana rendah, dan mendedahkan kepadanya akan keadaan sebenar dunia masa kini, kita tidak perlu tinggi untuk memiliki semua itu. itu yang aku cuba nyatakan, dan mungkin cara penulisanku yang agak tidak menentu menyebabkan niat aku tidak kesampaian. Maaf kepada semua kerana menimbulkan kekeliruan.

Mu, aku memang sentiasa berterima kasih kepada kawan kawan aku yang sentiasa memberi kritikan yang membina. malah, wujudnya aku pada hari ini dalam keadaan yang sihat sempurna selain daripada kehendak Ilahi adalah kerana dorongan dan sokongan kawan-kawan. sebagai manusia, aku diciptakan dengan kelemahan yang tersendiri. dan kawan kawan aku begitu banyak membantu memberi kesedaran kerana more often than not,aku terlepas pandang kesilapan sendiri. Tapi, aku membesar dengan kehidupan yang begitu perit. Aku dihina, dikeji dan ada kalanya, dipulau oleh rakan sekolah kerana tidak sealiran dengan mereka. dan apa yang aku buat, aku hanya bersabar kerana menganggap itu sebagai ujian allah dan pasti allah akan memberi ganjaran kepada aku andai aku bersabar. dan berbekalkan kesabaran aku, aku menumpukan sahaja kepada pelajaran dengan langusng tidak mengambil peduli apa yang orang kata. Dan alhamdulillah, aku berjaya seperti sekarang dalam konteks kehidupan sendiri.(walaupun tidaklah berjaya sangat).

Dan aku tidak pernah lupa akan asal usulku. aku sentiasa akan berpijak di bumi yang nyata.kerana aku tahu, kesenangan yang tidak seberapa ini adalah pinjaman dari Allah dan Dia mampu untuk menarik semua ini dalam sekelip mata. Allah itu Maha berkuasa dan aku ini hanyalah makhluk yang sangat lemah. Tapi aku tetap percaya, tidak ada apa yang membezakan aku dengan manusia lain di dunia ini melainkan tahap ketaqwaan, kerana walau berjaya bagaimana sekalipun kita di dunia, jikalau gagal di akhirat, maka hidup kita akan menjadi sia sia. Oleh kerana itu, aku berpendapat biaralah aku hidup sederhana tetapi gembira dan dirahmati allah agar aku berjaya di dunia dan akhirat. Aku sentiasa ingat kepada mereka yang sentiasa membantu dan mereka yang memerlukan bantuan, dan selagi diiizinkan yang maha esa, aku sentiasa sedia untuk berkongsi kebahagiaan aku. Kepada yang selalu menzahirkan kata kata penghinaan, usaha anda sia sia kerana aku tidak pernah ambil peduli, dan yang pasti anda semua tidak akan berjaya untuk mematahkan semangat aku. Aku dah lama memaafkan korang. dan kepada mu, terima kasih kerana memberi ingatan begitu. Aku dulu pun orang yang susah dan tidak ada apa apa, dan kini telah diberi kesempatan oleh allah untuk merasa sedikit kesenangan di dunia. Aku berdoa ke hadrat ilahi agar aku aku sentiasa berada dalam saf yang dirahmatinya dan tidak dicampakkan dalam hati aku sifat takbur dan riak. nauzubillah.

Ya allah, janganlah kau palingkan hati aku daripada cahaya kebenaran setelah kau membawaku keluar dari lembah kegelapan, dan kekalkan aku berada dalam saf orang orang yang menerima kerahmatan mu.Amin.

Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara kebaikan, dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara kemungkaran. :)

|

; 3:27 AM

tak banyak yang berlaku pada hari ini. aku bangun pada jam 10.00 pagi untuk menghantar kereta kakak ke bintang timur. Kemudian, aku ke pantai selamat untuk membeli sedikit barang dan setibanya di rumah, aku terus sahaja menyalin pakaian untuk kembali menjadi bibik rumah. :) Jam 3 petang , aku ke gimnasium sehingga jam 5 petang sebelum menyertai encik bird dan kawannya ah teng di kopitiam sehingga jam 7.oo petang. Perlu la adik adik di rumah merungut kelaparan, mujurlah aku ada membawa balik mee kari dari kopitiam.

Jam 11.00 malam, datuk aku tiba dari kuala lumpur. Jam 11.30, aku ke kfc di stesen bas lama, tiba tiba sahaja perut aku lapar. Beginilah rutin kehidupan aku di hari biasa. Tak banyak aktiviti menarik yang aku lakukan kerana banyak masa dihabiskan di gimansium dan semestinya, di atas katil.

Tengah hari tadi, aku menerima surat panggilan penilaian untuk menduduki jawatan pegawai tadbir dan diplomatik. Aku dikehendaki melaporkan diri di kampus institut tadbir awam negara cawangan wilayah timur di kemaman pada 9/11. Alhamdulillah, kursus hanya mengambil masa 2 hari, jadi tidaklah aku akan dilanda kebosanan.

Sebelah petang tadi juga aku menelefon fadli, hajat hendak bermain boling bersama dia, tetapi nasib tidak ternyata tidak menyebelahi aku, dia sudahpun berada di megalanes. Aku pun macam dah malas nak bermain boling. Ada saja halangan setiap kali aku ingin bermain dengan juara juara pahang seperti fadli dan pa. Dulu memang aku selalu ke gelanggan boling dengan fadli, tapi mungkin sekarang tidak berkesempatan lagi kerana dia terlalu sibuk. Entahlah, aku sudah macam hilang mood. Aku tahu aku tidak sehebat mereka, dan mungkin kehadiran aku di atas gelanggang perlawanan tidak langsung memberi apa apa impak positif kepada mereka. Itu pendapat aku, mungkin benar, mungkin tidak. Selama ini pun, niat aku hanya untuk menjadi teman dan penyeri majlis (perlu ke?) supaya mereka tidak keseorangan. Tak payah cakap pun aku sedar, aku memang tak pandai. Huahauhauaha...aku nak juga terasa hebat, walaupun aku tidak hebat, tetapi bermain bersama orang orang hebat akan menampakkan aku seperti hebat juga. Sekarang ini aku hanya mendoakan anda semua berjaya. Fadli dan pa, berlatihlah bersungguh sungguh dan menangilah sebanyak mana kejuaraan yang anda boleh. You can always count on me when it comes to "menyokong". Malam, pa ada menelefon aku. Insyaallah, jikalau tidak ada aral melintang, kau boleh ambil bola aku. Kasihan kat bola tu, dapat tuan yang tak best macam aku. Wakakaka,,daripada dibiarkan bersawang, lebih baik aku membuat amal jariah dengan menderma bola tersebut. Cuma satu perkara yang aku bimbangkan pa, do u really need that ball? tak jatuh ke standard sebab guna bola aku..wakakaka..releks..gurau je. Aku bukan apa, kau sekarang sudah lebih daripada mampu untuk memiliki bola sendiri; jadi aku segan nak kasi kau. Tapi, kalau itu kehendak kau, aku amat gembira. Ada gak peluang bola itu untuk menang! :)

Para pembaca yang setia, aku nak kongsi antara lagu kegemaran aku. Lagu ini memang menggambarkan cara aku menjalani kehidupan; segala cemuhan dan kejian yang aku terima ketika aku di zaman persekolahan ternyata tidak berjaya untuk menjadikan aku seorang yang gagal. Biarlah apa orang hendak kata, yang penting aku tahu aku memang ditakdirkan untuk menjadi seorang yang berjaya.

They can say anything they want to say
Try to bring me down
But I will not allow
Anyone to succeed
Hanging clouds over me
And they can try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams

'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me

They can do anything they want to you
lf you let them in
But they won't ever win
If you cling to your pride
And just push them aside
See
I have learned there's an inner peace I own
Something in my soul
That they cannot possess
So I won't be afraid
And darkness will fade

'Cause there's a light in me
That shines brightly
They can try
But they can't take that away from me

No
They can't take this
Precious love
l'll always have inside me
Certainly the Lord will guide me
Where I need to go

They can say anything they want to say
Try to break me down
But 1 won't face the ground
I will rise steadily
Sailing out of their reach

Oh Lord
They do try hard to make me feel
That I don't matter at all
But I refuse to falter
In what I believe
Or lose faith in my dreams

'Cause there's a light in me that shines brightly
They can try
But they can't take that away from me
From me

|

Tuesday, October 16, 2007; 11:25 PM

huargh...mengantuk gila. had a very hectic day. bangun pukul 2 petang dan hajat awal hendak ke gimnasium pada jam 3 petang. Alih alih, aku mendapat sms dari fadli pada jam 2.40 petang menjemput aku ke rumahnya pada jam 3.00 petang. Maka, tidaklah dapat aku ke gimnasium kerana ingin memuliakan tuntutan sahabat. Tiba di rumah encik fadli, hakim, apek, iqbal dan hanif sudah berada di meja makan. Adik dan abang tiba tidak lama kemudian disusuli ketibaan maisara(ye kot!) dan kakaknya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dilla dan wanie. Soalannya sekarang, perlu ke berbaju kurung ..wakakakaka. Aku tak berkesempatan menikmati mee calong air tangan mak fadli kerana terdapatnya unsur negatif dalam kuah mee tersebut. Maka, aku berkeputusan untuk hanya menikmati kuih muih dan air gas. Pa,iqbal dan hanif pulang dahulu, meninggalkan aku dan hakim bersama sama dilla dan wanie di rumah fadli. Perlu ke mak fadli membuka kembali koleksi berita dan gambar aku ketika bermain boling. Aku tak pandai, hanya nasib yang membantu melonjakkan nama aku. Aku langsung tidak sebaris dengan juara juara masa kini seperti fadli dan pa. Aku hanya pemain biasa yang hadir untuk memenuhi jadual pertandingan. :). Apa pun, terima kasih atas ingatan auntie ita.

Selesai urusan di rumah fadli, aku dan hakim ke megamall. Hakim terus sahaja meluru ke kedai cermin mata untuk membantu kakaknya memilih cermin mata baru. Perlu ke dah ada cermin mata tapi masih sempat menyambar dua kotak kanta sesentuh. Aih, bahaya tu. Aku dan hakim kemudiannya ke rumah dilla untuk membuat kunjungan raya dan setibanya kami disana, pa, iqbal dan hanif sekali lagi mendahului kami. Perlu ke pa nak pergi ke rumah dilla secara senyap2..ekeke..gurau je. Perlu ke mak dilla kata umur aku baru 22 tahun. Terima kasih cik (oppss!) puan murni atas pujian tersebut. ladies and gents, do remember that i am a very young guy! muahahhaa. Wanie, perlu la bergambar dengan fadli, kerul dan pa. Pasti seronok kan. Terutama gambar dengan pa. Ekekeke, anda berdua kelihatan begitu secocok sekali.

Malam, aku ke rumah kawan di sungai isap untuk beraya. Persoalannya, ada seorang budak yang aku pasti baru berumur tidak lebih dari 20 tahun kelihatan begitu sedih dan murung kerana tidak memiliki ketinggian yang diidamkan. Kasihan sungguh aku melihatnya diejek oleh rakan rakan sebayanya yang tinggi tinggi belaka setelah tidak mampu menjejakkan kaki ke lantai ketika cuba bergaya dengan motosikal berkuasa besar. Aiseh saudara, janganlah terlalu sedih. Ketinggian itu bukanlah satu faktor yang begitu penting untuk meneruskan kehidupan, lainlah kalau kita mempunyai hajat untuk menjadi model mahupun pramugara. Kasihan aku melihat dia begitu sugul, dan sempat merungut kepada aku akibat tertekan selalu dipanggil pendek. Aduh, cetek sungguh pemikiran budak ni.

Para pembaca, aku ingin berkongsi pengalaman aku membesar dalam keadaan aku tidak tinggi. Ekekeke..aku hanya memiliki ketinggian sekita 1.63 m hingga 1.65 m, satu paras yang boleh dipanggil sebagai pendek. But, do i look like i care? nope, and i wont let this stupid factor to influence my in any possible ways. Waktu sekolah, aku memang selalu kena ejek sebab rendah. Biasalah, budak budak sekolah. Malahan, aku juga sering di panggil dengan pelbagai gelaran oleh rakan rakan serumah ketika aku menuntut di universiti. Tapi, aku tidak pernah sekali kali membiarkan faktor ketinggian mempengaruhi hala tuju dan matlamat hidup yang telah aku tetapkan. Sebenarnya, aku amat berterima kasih kepada nama nama timangan yang tidak elok begini kerana telah menjadikan aku seperti pada hari ini. Aku dulu bukan sahaja pendek, malah gelap dan tidak langsung pandai bercakap bahasa inggeris. Hasil ejekan orang, aku bertekad untuk menjadikan kritikan itu sebagai asas untuk berjaya, dan akhirnya aku berjaya seperti sekarang. Perlu ke nak tinggi tinggi adik? tidak ok. Memanglah kalau orang tinggi ni nampak bergaya ketika menggayakan apa jua pakaian, tapi bukan itu sahaja tujuan kita hidup di dunia ini. Kalau tinggi tapi akhlak rendah, apa guna!
Awek, aduh! ini tidak langsung menjadi masalah. Zaman muda ni memanglah kita sibuk dengan handsome, tinggi, macho dan ntah apa apa lagi, tapi bila dah kahwin nanti, semua tu tak berguna dah.

Aku tak tinggi, tapi aku bahagia. Aku ada kereta, rumah, duit, kawan-kawan, karier dan hala tuju dalam hidup. Malah, tidak keterlaluan aku memiliki banyak kelebihan berbanding kawan kawan aku yang tinggi. Yesza, siapa kata orang rendah tak boleh memimpin. Bersepah orang rendah yang memegang jawatan tinggi sama ada dalam kerajaan mahupun swasta. Tak percaya, tengok saja yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri pahang, menteri besarnya yang memiliki ketinggian yang hampir sama dengan aku. wakakaka...jadi adik yang kecewa dengan hidup sebab rendah, aku harap kau baca blog aku ni(*sebab aku dah kasi alamat*), dan sedar tinggi tu tidak langsung diambil kira dalam banyak aspek kehidupan. Bukan aku dengki, tapi itu kenyataannya. Kita jangan asyik pandang yang negatif tentang diri kita. Tumpukan kepada yang positif, bina kekuatan di situ supaya kelemahan kita dapat ditutup. Kau tak percaya? pergilah cari kawan kawan aku. Hakim, fadli, pa, hanif dan iqbal semuanya tinggi tinggi belaka. Aku selalu je lepak dengan mereka, dan tidak pernah sekalipun aku berasa iri hati kerana mereka tinggi dan aku rendah. Perlu ke nak berfikir begitu, kerana aku percaya aku sebenarnya memiliki kehidupan yang begitu menarik dan menggembirakan aku walaupun aku rendah. Macam duduk kat celah menara berkembar klcc pun ada kadang kadang.wakakaka. seronok sangat. Perlu ke nak tinggi nak main boling? beli baju berjenama?memandu kereta mewah? memiliki wang dalam akaun bank?mendapat awek yang cantik?dan banyak lagi..ekekeke...tidak ok. Jadi, bukalah minda tu. Cuma kita tidak dapatlah menjadi pramugara, peragawan mahupun pemain bola keranjang. Juga kita tidak dapat untuk bergaya dengan pakaian orang putih yang besar saiznya (karang pakai baju serupa macam maharaja cina..ekekek) dan juga mencapai siling dengan mudah. Soalannya, perlu ke semua itu kalau kita boleh hidup gembira. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan anggota badan yang sempurna, dan juga pacaindera yang berfungsi dengan elok. Satu perkara adik yang kecewa, aku tengok kau pandai berkata kata . Aku yakin separuh daripada kawan kau yang tinggi tu tak petah berbicara seperti kau. Apa kata kalau kau mula membina kekuatan diri dengan memfokuskan kepada kebolehan kau untuk berkata kata dengan spontan. Adik, ramai di luar sana yang sanggup menghabiskan beribu ringgit semata mata untuk menjadi yakin ketika berbicara seperti kita. Malah, kau patut guna kebolehan itu untuk mengorat awek. Yang tinggi tinggi tu harapkan fizikal je, tapi tak berani berdepan dengan awek. Baik kau jadi genlte, ayat awek. Lagipun, aku percaya perempuan sukakan kepada lelaki yang gentleman, bukan badan saja besar tapi segannya, allah saja yang tahu. (perhatian:bukan semua perempuan).

Allah itu maha adil dan dia tidak akan menjadikan makhluknya hanya untuk disia siakan oleh Nya. Pasti ada kebaikan di sebalik keburukan.
Biarlah kita jadi rendang, kerana manusia itu suka berteduh di bawah pohon yang rendang. Sekurang kurangnya, kita dah dapat pahala. :)

Kepada fadi dan dilla, terima kasih atas layanan mesra dan undangan ke rumah masing masing. Kepada pa, maaf kalau cakap kasar tadi sebab aku tengah sedih. Kepada adik yang kecewa sebab rendah, minumlah susu banyak banyak. Wakakaka.

|

Monday, October 15, 2007; 10:44 PM

Hello bloggers!


I know I have been gone for a while now, and I know that I keep neglecting my poor blog site. Truth is, I have been super busy! And it happens every hari raya! Pe

Banyak benda aku nak cakap, tapi aku malas nak menaip. Ekeke, but one fact remains clearer as year goes by is that i hate dato nan very much. Bila mau berambus? aiyoo..hate to see ur ugly face at every major junctions throughout pahang. Please sir, get ur things pack and be gone . You have never managed to scare me off and rest assured man, u will never do. I still remember that nit,e some years ago when u sent one of your balaci over to my house, and demanded me to close down my blog. Man, u really have no guts, and all u have is a peanut-size brain. Takpelah, nanti aku bincang kembali pasal haiwan seekor ini.

Raya pertama, aku berada di kuantan. Selesai solat sunat jumaat, aku berhari raya di rumah kawan-kawan.Istana pun aku tak pergi tahun ini sebab mood raya kurang sikit tahun ini. Sebelah petangnya, aku pulang ke lipis. Di lipis, tak banyak rumah yang aku kunjungi dan pulang semula ke kuantan pada hari raya kedua.

Hari raya ketiga, aku bangun pada jam 11.00 pagi.Lewat lagi kan? well, this is me, the great pokko.I tend to sleep from about 2:30 am until about 1:00 in the afternoon. It's not a great schedule I admit, but I do get the sleep I need...just at a weird time of day. I always thought I was a night owl, but now it's more true than ever. I do wish that I could sleep a more normal set of hours though because I end up sleeping through most of the daytime...and then I am awake during the night time.

Malam, aku melepak je di rumah menonton astro. Bosan, encik bird sakit perut. Perlu ke? encik fadli ada hantar sms jemput aku ke rumahnya pada hari esok, dan insyaallah,aku akan tunaikan jemputannya. Bosan sungguh, takda apa yang menarik.

|

Friday, October 12, 2007; 11:47 PM

helo..takda apa apa sangat pun hari ini. maklumlah, sehari sebelum raya, rumah pun dah siap kemas. Aku bangun untuk solat jumaat, kemudian sambung semula tidur sehingga jam 6 petang. Seronok? sangat seronok. selesai berbuka, hajatnya hendak bertakbir bersama encik bird di masjid besar, tapi hasrat murni terbengkalai. kami hanya ke kopitiam untuk minum sambil menghantar sms ucapan raya dan kemudiannya terus pulang ke rumah, takut tidak sedar esok pagi untuk menunaikan tanggungjawab membesarkan Allah.

Insyaallah, jikalau diberikan kekuatan oleh Allah, esok aku akan menunaikan solat sunat aidil fitri di masjid tok sira. dan jikalau berpeluang, aku akan mengunjungi rumah sahabat handai, tetapi tidak banyaklah rumah yang boleh dilawati kerana aku perlu pulang ke lipis pada sebelah petangnya. Raya ketiga aku sudah pulang ke kuantan, dan aku mempunyai masa yang panjang untuk mengunjungi rakan rakan sebelum aku kembali bekerja. :)

Mu? nak masak sampai cirit? beres..nanti saya pakai pampers. ekekeke..Iki? wow, iki dah menjenguk masuk blog aku. terima kasih. aku memang nak ke rumah kau, tapi kau kena kasitahu bila aku boleh datang. perlu lah sekali sekala kau wajib menjawab panggilan aku supaya aku tahu situasi musang civet sekarang. :)

Perlu la ketika aku mencoret kenangan pada hari ini, televisyen sedang memaparkan siaran langsung pelabuhan kapal angkasa soyuz di iss. Layan jelah, lagipun ada anak malaysia yang sedang membawa nama negara, jadi sebagai rakyat yang begitu patriotik, aku doakan kejayaan angkasawan negara terbabit dan misi itu sendiri. tahniah , Malaysia boleh! dan seperti biasa kejayaan malaysia kali ini merupakan hasil pemikiran pragmatik tun dr mahathir. kalau nak harapkan pemimpin sekarang ini, nauzubillah. lebih banyak retorik daripada bekerja. Hidup tun dr mahathir.

Tak banyak yang nak ditulis, malam raya dah ni. aku patut tidur. kepada para pengunjung, sekali algi aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir dan batin.

|

Thursday, October 11, 2007; 11:31 PM

Selamat menyambut ketibaan syawal. Aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana telah diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari terakhir di bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Aku juga setakat ini semakin berjaya dalam membetulkan kembali jadual hidupku, maklumlah sebaik sahaja tamat ramadhan, maka tidak boleh lagi untuk aku tidur sampai pukul 5 petang. :)

Pagi tadi ,aku hanya mampu untuk tidur pada jam 10.00 pagi kerana terlalu sibuk menyudahkan aktiviti mengemas rumah. Alhamdulillah,akhirnya selesai juga tanggungjawab dalam memastikan rumah berada dalam keadaan baik untuk menyambut ketibaan syawal. Jam 11 pagi, aku ke berjaya megamall untuk mendapatkan langsir baru. Siap pasang langsir baru - jam 3.00 petang dan aku berkeputusan untuk melayan dvd. Jam 6.30 petang aku ke bazaar ramadhan di pokok buluh untuk mendapatkan air kegemaran aku - air asam boi.

Jam 9 malam, aku bersama encik burung ke parkson dengan menaiki caldina barunya. Wah, bukan main canggih lagi kereta encik bird. Sebagai rakan, aku ucapkan tahniah dan aku tumpang bangga atas kejayaan anda. Adik beradikku semuanya telah selamat sampai jam 5 petang tadi. Perlu la sekarang rumah tiba tiba jadi meriah. Wahahaa. Aku dan bird ke lemon tree untuk makan malam sebelum dia meneruskan agenda lain di tc, dan aku dihantarnya pulang kerana aku mengantuk. Mengantuk? tapi sampai ketika ini disaat jari jemariku menari laju di atas papan kekunci, kelopak mataku tidak langsung terasa berat. Biarkan sahaja, supaya selesai sahaja memanjatkan kesyukuran kepada ilahi di masjid medan tok sira pada hari esok, aku pasti akan menyamar menjadi mayat (permainan kegemaran shin chan). Dan begitulah rancangan aku untuk menamatkan bulan ramadhan, untuk tidur sepanjang petang dan hanya bangkit satu ataupun setengah jam sebelum syawal tiba . :)

Encik pa, betul tekaan anda. Memang awek tu kelip mata kat aku, cuma aku je yang tak perasaan. tapi tuduhan anda aku bermain mata itu sama sekali tidak benar. awek tersebut merupakan kawan kepada imran, maka dia pun kenal aku. persoalannya sekarang, dia kata kau cute..ekekekeke..perlu la kan. Sumpah aku tak perasan, kalau tidak dah lama aku ajak kau lepak sekali. :0 perlu la sekarang ni kau semakin hebat, dan aku semakin segan dengan kau. Mu, pa ini memang hebat. bukan sebab aku tak reti main, aku main pandai sikit dari semut main, tapi pa ni memang semulajadi hebat. Aku kena bertapa dengan pa supaya dapat 100 pun jadilah. Sesuailah dengan taraf dia, permain negeri. Aku? wakil taman perumahan. wahahaha.

Mu beraya di kuala pilah? Pernah juga aku ke sana, ke rumah iki. Bandarnya agak menarik. Ekeke, nanti kalau ke sana, bolehlah mu belanja makan. Asam podas! yesza.

Wanie, perlu ke cadar anda lebih cantik? sekarang ni, langsir krismas sudah ditukar, menajdi langsir pantai. yesza! seronok sangat. Semangat raya, semangat bilik tidur baru. Hehehe..bila wanie nak siapkan blog, stpm tu apalah sangat? kalau tak lulus there's always the option untuk kahwin. hahaha.

dilla? balik? memandu? hati2.. fadli? dah takde rezeki nak berbuka bersama, nak buat macam mana, biasalah aku ni, melukut ditepi gantang. ada tak menambah, takda tak mengurang.

apa pun, selamat hari raya aidilfitri . maaf zahir batin.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

|

Wednesday, October 10, 2007; 11:56 PM

adoi..sibuk sungguh sekarang ini, maklumlah..raya bakal menjelang tiba satu dua hari saja lagi. Banyak yang hendak aku perkatakan, tetapi aku tidak fikir banyak yang aku boleh aku tulis pada kali ini kerana masa terlalu mencemburui aku.

Isnin lepas, aku pulang ke kampung kuala medang di kuala lipis untuk memuliakan kerberangkatan kebawah duli yang teramat mulia, tengku mahkota pahang tengku abdullah ibni sultan haji ahmad shah. Daulat tuanku! Patik bagi pihak ayahanda patik menjunjung kasih atas perkenan kebawah duli yang teramat mulia tuanku berangkat mencemar duli hadir di majlis tersebut. Sesungguhnya, kehadiran tuanku menambah memuliakan hari di bulan yang sedia mulia ini. Ampun tuanku!

Pesanan kepada mereka yang terlibat, apa lagi tindakan yang anda boleh lakukan? setelah anda berjaya menyekat kehadiran sekian ramai tokoh ke kampung kuala medang, ternyata kali ini anda tidak dapat berbuat apa apa. Itulah, sehebat mana pun kita, ada yang lebih hebat. Niat yang jahat tidak selalunya dapat diterjemahkan menjadi realiti dan tidak akan sekali kali allah itu membenarkan kejahatan mengatasi kebaikan untuk selamanya. Sekarang, usaha anda telah dapat dipatahkan. Aku tidak fikir anda dapat lagi berbuat onar seperti menelefon kepada panel hakim anugerah belia kebangsaan supaya tidak memenangkan persatuan belia 4b kampung kuala medang. Tidak ada seorangpun yang berotak manusia dan berakalkan insan akan terfikir untuk bertindak sedemikian, tidakkah dengan kemenangan kampung kuala medang letaknya dalam dun jelai di negeri pahang secara amnya akan memberi imej positif kepada dun jelai secara khususnya mengangkat martabat negeri pahang di arena kebangsaan? itulah, selalunya kalau kaduk naik junjung, perangainya pun tak ubah seperti orang kudung mendapat cincin. pangkat dan kuasa datangnya dari allah, dan kita hanya diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab dengan seeloknya, dan bukan untuk menjadi riak dan takbur dengan kuasa yang dipinjamkan Allah. Percayalah, kalau dah dasar pipit, pipitlah juga. jangan terbang terlalu tinggi kerana kalau jatuh, parah akibatnya, and its not the question of if, but when. and i do hope your tiny brain might be able to read between the lines, it is not that complicated sir.!

lagi?cerita ke ikea sudah habis diceritakan. Tapi usaha aku untuk mengubah suai bilik masih belum selesai. Aku akan terus mencari idea baru bagi membawa kelainan kepada keadaan bilik yang terlalu suram. Esok, isnyaallah, aku akan ke ssf home deco mart untuk membeli langsir baru.

Hari ini, aku berbuka puasa bersama sama dengan afiq, pa, adik dan abang. Perlu ke akibat ketidakseragaman informasi yang diterima, maka terlepaslah peluang untuk kami bersama sama berbuka di kfc. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku meminta maaf kepada mereka yang terlibat. Tetapi deli france pun ok walaupun juadah hidangan agak aneh rupanya. Selesai berbuka di deli france, pa meneruskan perjalanan menuju ke premium lanes untuk menyambung perjuangannya yang belum selesai sementara aku ke rumah abang dan adik di bukit sekilau bagi menjemput mereka dan afiq ke starbux. Lebih kurang 10 minit, mereka bertiga pulang semula ke rumah kerana sekolah mereka belum cuti. Perlu ke tak cuti lagi?

Lebih kurang jam 11 malam, aku dan encik burung ke lemon tree sebelum aku terserempak dengan pa di timur. Perlu ke pa kata aku usha awek? oh...tidak sama sekali. Aku tidak akan mengusha begitu, sebab aku seorang lelaki budiman. Kalau hari terasa teringin, aku terus sahaja bertegur sapa tanpa perlu merasa segan. Kita kan lelaki, gentleman sikit bro! Perlu ke sekarang tulis ayat macam afizat? perlu ke...ekekekeke...Dan terima kasih kerana mengunjungi blog aku ini. Thanks bro.

Dilla, perlu ke nak beli cadar warna pink? tidak ok.Tema untuk tahun ini ialah kedaulatan negeri, makanya warna utamanya ialah hitam dan putih (seperti baju anda ketika menonton evan almighty).

Fadli? sudah lama aku tidak bertemu dengan mamat ni. Sekarang ini dia terlalu sibuk dengan pratikal dan urusan perniagaan dengan sepupunya, sampaikan mesej dan panggilan aku pun tidak berbalas, apatah lagi pelawaan untuk minum bersama. Takpelah, adat manusia, kadang kadang kita terlupa kita ada melukakan hati dan perasaan sahabat kerana kita terlalu asyik mencari kesalahan orang lain. Seperti biasa, tindakan itu kadangkala lebih menyakitkan daripada kata kata. Apa pun, aku tetap meletakkan diri aku yang bersalah, kerana tidak elok untuk menyalahkan orang lain walau dalam jua keadaan.

Wanie, bila lagi nak menyiapkan blog anda? Bagaimana pula dengan persiapan raya? Beres? Mujurlah aku dah siap mengemas rumah minggu lepas. Sekarang hanya tinggal final touch up sahaja. Oh ya, lupa pula aku. Tahniah kepada diri sendiri kerana telah lulus dalam peperiksaan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik. Seronok sangat!

Mu..tahun ini beraya di mana? marilah ke kuantan dan beraya ke rumah. Boleh menyertai rombongan kawan kawan hamba yang lain. :)

Apabila bersinarnya cahaya,
Ramdahan yang mulia menjengah pergi,
syawal yang berkat hadir kembali,
Kegelapan mula diterangi,
Keimanan meningkat tinggi,
Jalan sesat dijauhi dihindari,
Jalan benar diberkati dihampiri,
Semoga aidilfitri diberkati,
Bersamalah kita renungi,
Akan kebesaran Ilahi.

"Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikan rahmat Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar" - Surah Ali Imran, ayat 74.

Salam adilifitri ikhlas daripada saya, dan maaf zahir dan batin. Semoga aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim kita dan menjadikan kita lebih menyedari akan kekerdilan kita selaku makhluk ciptaan Yang Maha Esa.

Tersusun rapi jari jemari,
kemaafan kupohon setulus hati,
Kemuliaan Aidilfitri menjadi saksi,
aku menyesali silapku sendiri.

|

Friday, October 05, 2007; 11:53 PM

alhamdulillah, aku selamat dalam perjalanan pergi dan pulang. How should i begin my writing today? Well guys, it was one hell of a journey , hectic, tiring, happening and vasttttt...

Aku tak dapat tidur langsung pada hari nak ke kuala lumpur. Dah balik awal ke rumah, cuma tak dapat melelapkan mata seperti yang dirancang. Akhirnya, aku berkesudahan bermain command and conquer sehingga makan sahur. Nasib baik lepas sahur dapat juga aku tidur walaupun hanya untuk 3 jam.

Pukul 10 pagi dah bangun, bersiap siap, ke pejabat untuk mengambil dokumen yang diperlukan untuk urusan membawa masuk pekerja myanmar ke malaysia, kemudian menelefon bird dan shahmy. Akhirnya, kami bertiga bertolak ke kuala lumpur pada jam 11 pagi dengan menaiki kelisa hitam yang ganas bernombor plat CBY9977.

Sepanjang perjalanan, aku cuba untuk tidak tidur tetapi tewas juga kepada pujukan keselesaan tidur setibanya aku di karak. Dari karak sehingga ke KLIA, aku tidur. Seronok. Alhamdulillah, shahmy tahu bagaimana untuk mengemudi keretanya selamat sampai ke destinasi - tepat jam 3 petang. Perlu la orang yang ditunggu tunggu iaitu encik kamal tidak sampai2 walaupun dia sepatutnya berada di KLIA pada jam 1 petang. Adoi, puas lah kami bertiga menunggu dalam keadaan mengantuk.

Jam 4 petang, seorang lagi ejen buruh asing bernama mr lye tiba di klia dan urusan aku dengan dia selesai pada jam 6.50 petang. Kasihan para pekerja myanmar, tiba di klia pada jam 8 pagi tetapi hanya boleh diambil majikan pada jam 6.50 petang. Terpaksalah mereka berasak asak seperti sardin di kawasan letak kereta tingkat 3 blok A, KLIA. Tapi mujurlah sempat dibawa keluar pada jam 6.50, andai tidak, terpaksa aku hadir semula di KLIA pada jam 12.30 pagi hari berikutnya. Azab la macam ni..eekekekekee.

Encik kamal masih tidak muncul sehingga jam 5 petang. Adoi, letih la tunggu. Sudahlah sampai lewat, segala urusan pengambilan pekerja diserahkan kepada aku bulat bulat. Mujur ada Mr lye, kalau tak, agaknya aku pun dah jadi pekerja myanmar sebab tertekan .Aku memang tidak mempunyai pengalaman langsung dalam bidang ini dan ini merupakan kali pertama aku hadir atas kapasiti sebagai seorang majikan. Apapun, terima kasih kepada mr lai kerana memberi aku tunjuk ajar yang sememangya amat berguna.

Selesai di klia, kami bertiga bergegas ke Pizza Hut Tesco bersebelahan IKEA. Minta maaf encik syuk kerana hanya sampai di sana pada jam 7.45. Semua salah encik kamal dan bird memang marah sangat dengan encik kamal. Sabar bird, bulan puasa ni. Kita diseru supaya bersabar.Yesza! Wajah sugul encik syukri menyambut ketibaan kami - kasihan kerana terpaksa berbuka seorang walaupun aku berjanji untuk berbuka bersama. Sorry la bro..puasa tahun depan insyaallah boleh berbuka bersama. Itupun kalau panjang umur murah rezeki.

Dan sampailah masanya yang aku nantikan apabila kami berempat ke ikea. Aku menghabiskan masa hampir 2 jam di situ. Perlu la kan sekarang tema bilik dah jadi warna hitam, putih dan kelabu. Malangnya, cadar dan quilt berwarna hitam putih yang aku idamkan sudah habis dibeli pelanggan. Mungkin minggu depan aku akan ikea semula bagi mendapatkan set cadar tersebut dan banyak lagi barangan lain. Hanya sedikit barang yang mampu aku beli kerana keadaan ruang di kereta yang tidak mengizinkan.

Perlu la syuk kehilangan kereta ketika mahu pulang...wahahha..lain kali sila pastikan anda berada di tingkat yang betul - pengajaran kepada aku juga yang sering menghadapi masalah mencari kereta setiap kali selesai bershopping. Syuk kemudiaannnya pulang ke rumah dan aku, shahmy dan bird kemudiannya menuju ke starbucks uptown. Bengong sungguh pekerja dia, perlu la nak cakap orang putih dengan slang, cakap melayu pun ada slang. Sudahlah pada asalnya dia kata ada marble cheese, alih2 dia ganti dengan ipanema sebab marble cheese dah habis. And when i asked him whether he's familiar with the place, he blatantly answered "i am new". Man, if you are a new kid, please behave like one. AKu ni customer starbucks dari dulu dah. Hari-hari minum starbucks. ISh..nasib baik bulan puasa..sabar2.

Sedar tak sedar, dah pukul 12. Destinasi seterusnya ialah burger king di mrr2 sebelum bertolak pulangke kuantan. Anehnya, aku tiba tiba menjadi lapar kerana aku tak pesan apa2 di kaunter drive thru burger king, jadi kami pun berhenti di stesen petronas bentong bagi membolehkan aku menikmati sepinggan nasi pada awal pagi. Hahahaha..dan akhirnya kami berlepas pulang pada jam 2 dan tiba di kuantan pada jam 4.15 pagi.

Dilla, perlu ke nak tumpang? meh la..kenapa tiba tiba tak jadi? perlu ke nak balik pada jam 8 malam? terlalu awal untuk seoarang belia seperti saya bagi bertolak pulang ke kuantan pada jam tersebut.

Bird, jangan marah kamal. Sekurang kurangnya ada kenangan anda dengan dia disebalik bantal biru IKEA itu. Aku pun sebenarnya dah letih sangat ketika menaip blog kali ini. Selepas solat subuh sekejap lagi, aku mahu tidur sepuasnya kerana petang sabtu ada pula aktiviti berbuka puasa bersama rakan rakan sepersekolahan di berjaya megamall. Aku rasa ada banyak lagi yang tidak dapat aku tulis sebab aku tidak dapat berfikir dengan baik kerana terlalu mengantuk. Wahahaha...apa pun, perlu la sekarang tema bilik tidur ialah warna hitam, putih dan kelabu. Nanti akan hamba uploadkan wajah terkini hasil sentuhan emas encik pokko. Aku saja buat posting kali ini tarikh hari jumaat walaupun tulis pada pagi sabtu. ekekeke...sebab tak sempat nak tulis semalam, aku terlupa untuk mem-vaio-kan diri di ikea. Till then, be nice to each other.

|

Thursday, October 04, 2007; 11:50 PM

haha...seronok.

Hari ini, set bilik tidurku yang baru selamat dihantar. Perlu ke abang yang menghantar menekan loceng rumah tapi aku tak dengar? Perlu juga..hahaha..mujurlah dia menelefon 012, dan dengan wajah ceria, aku bangkit dari tidur. Jam? Jam 12 tengah hari. Maka secara rasminya aku hanya tidur selama 3 jam. Pulang sahaja pekerja eng lai, maka bermulalah urusan aku mengemas bilik. Letih, kerja kerja mengemas hanya selesai pada jam 3 petang. Menyapu, mengelap dan menyusun barangan telah menyebabkan aku betul2 haus. Dahaga..dahaga..dahaga..

Hari ini aku berbuka puasa bersama ayahanda dan bonda. Selesai berbuka, aku ke parkson ria untuk mencari tong sampah. Perlu ke tidak berjumpa dengan tong sampah yang menarik perhatian. Mujur esok aku akan ke kuala lumpur atas urusan perniagaan dan berbuka puasa bersama syuk. Dapat juga aku pergi ke ikea untuk mencari barang barang yang sukar diperolehi di kuantan. Kemudian, aku ke KAMDAR untuk mendapatkan sehelai permaidani pangjang berwarna hitam putih. Perlu ke bilik aku sekarang sudah hilang motif keceriaannya. Cadar warna kelabu, permaidani warna hitam dan langsir warna merah. Esok, kalau ada langsir yang menarik dan memenuhi tuntutan tema warna bilik, pasti aku akan beli. Selesai itu, aku ke secret receipe, makan vietnamese beef noodle. Sedap, walaupun makan keseorangan. Kemudian, ke lemon tree untuk bertemu bird dan shahmy.

Kepada encik paeh, terima kasih kerana memimjamkan aku hard disk kau. Aku dah berjaya install adobe photoshop. Seronok, selepas ini pasti akan lebih kerap aku upload gambar2 yang menarik. Untuk permulaan, aku upload gambar katil baru aku sebagai tanda gembira aku.

Apa lagi, oh ya, hari ini memang sangat letih. Lama sungguh rasanya aku berpuasa. Rasa haus aku tuhan saja yang tahu. Mujurlah raya dah dekat. Nampaknya, aku dah boleh mula menyampaikan ucapan selamat hari raya. Pa, anda hilang ke mana? SMS tak balas, khabar pun tidak tahu.

Encik fadli, perlu la sekarang sibuk dengan projek terbaru. Aku doakan yang terbaik. Wanie, beli cadar baru?Syabas..seronok. Pasti tidur dengan lebih nyenyak. Mu, masih tiada blog, tak mengapa, saya pasti akan menjadi lebih teruja kerana terpaksa menunggu lebih lama.Silalah tinggalkan komen anda, dan semestinya ia akan dihargai oleh encik pokko.Sekian, terima kasih.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket





Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


|

Wednesday, October 03, 2007; 11:28 PM

For two days I've been trying to wrap my head aroundhow to write this post. I've started it three times without coming close to saying what I was hoping to get across. Think it's because I've been trying to intellectualize something that just can't be - at least by me. See, its happening again. It's not that hard really, but this post will have a huge impact on my life, and i;m very sure of that.It has been ages since the last time i wrote anything that is related to my political stands. But let the hell loose..wahahaha..this is my blog and people who thinks that i am wrong, boleh blah!

Yesza..hari ini aku bangun dari tidur pada jam 6.20 petang. Perlu ke puasa secara matematiknya hanya selama 42 minit? perlu la juga kan ...

Bangun tidur, mandi, terus sahaja ke mcdonalds teluk cempedak, pandu laju untuk mendapatkan hidangan berbuka puasa. Kasihan kepada diriku, pa ada rancangan lain bersama rakan kolej dan fadli pula tidak membalas sms yang dihantar. Maka berbukalah aku bersama sama kucing kucing di rumah.

Malam, aku bersama encik bird a.k.a burung ke parkson untuk mendapatkan set cadar yang baru. Wah, seronok sungguh berbelanja mencari perkakas baru bagi wajah baru bilik tidurku. Kemudian, aku terserempak fadli bersama sepupu dan adiknya di Starbucks. Perlu ke kau tak kesian kat aku, biarkan aku berbuka keseorangan. Wahahaha.

Sepupu fadli sangat dasyat dalam teknik silap mata. Setengah jam aku terpegun melihat ketangkasan dia mempermainkan pemikiran aku. Aiyo...banyak real woo... Kemudian aku ke lemon tree sebelum ke kopitiam dan seterusnya pulang. Perlu ke cd adobe photoshop yang aku beli tak boleh nak guna pakai. Tak dapat la aku nak edit gambar dan paparkan dalam blog aku. Harapnya encik paeh dapat membantu aku menyelesaikan masalah ini. Aku nak program adobe photoshop. Sudah seminggu aku cuba untuk mencarinya,letih.

Semalam manchester united menang 1-0 ke atas roma di old trafford. Yesza, menang lagi. Harap tahun ini boleh melangkah ke perlawanan akhir piala eropah dan menjulang piala tersebut di russia.

Set bilik tidurku yang baru hanya akan sampai pada hari esok. Perlu ke Eng lai lambat dalam menghantar barang yang telah dibayar secara tunai. Tapi takpelah, harap malam khamis aku dah boleh menulis dalam suasana bilik tidur yang baru dan insyaallah, akan aku uploadkan gambar cadar yang dibeli. Bolehlah para pembaca memberi komen..wahahhaha. Wanie, bila nak siapkan page baru. Mu..ada blog? Boleh saya pergi melawatnya.Bagi memenuhi tuntutan mu, saya paparkan gambar persiapan permaidani merah untuk menyambut kedatangan saudara saudari ke blog saya ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket



Serious stuff?Man, i'm sure that i might be spending the next day of my life behind prison bars after this,but if it is wrong to say the right things, then i rather be wrong. Tun Dr Mahathir, you are really a true statesman. Although I grew up in the post Merdeka era, and have lived under the government of Allahyarham Tun Hussein Onn and Tun Dr. Mahathir Mohamad and now the current premier, none has my respect and admiration such as the former 'beloved dictator' in the person of the one truly Malaysian leader who during his tenure molded Malaysia to be what it is today!

It's none other than Tun Dr. Haji Mahathir bin Mohamad.

Tun Dr.Hj.Mahathir Mohamad has undergone his latest bypass surgery at the National Heart Institute and i have yet to learn about his status.

Nevertheless, I pray that Allah Subhanahu Wa Ta'ala will extend his life to be of continuous service to Malaysia by way of his sharp reprimands to make sure my beloved country is on a right track towards becoming a fully developed nation in 2020.

Call Mahathir whatever you like but you can't deny what he has done for this country?

The "dictator"(and guys, there's a really fine line between dictator and authoratative/decisive) kicked ass and changed Malaysia from being an agricultural based backward South East Asian fledgling nation into the powerhouse it is today!


This is my tribute to Mahathir bin Mohamad. If Allah so wills that he lives to see another day, month, year or years from now, so be it.

As a fellow Muslim and supporter of his vision to turn Malaysia into a developed Islamic nation , I wish him well.

To wanie, do finish your new page as soon as possible. Mu..saya dah uploadkan gambar persiapan permaidani merah untuk awak di bawah ini. Awak ada blog? Boleh saya menjenguk.

|

Tuesday, October 02, 2007; 11:49 PM

hari ni bangkit dari tidur pada jam 3.30 petang. Perlu ke awal, perlu juga sebab encik fadli telefon untuk ajak ke bank hsbc. Encik fadli, perlu la nak pergi bank lewat2 kan..
Jam 4.15 aku ke rumah fadli dan bersamanya aku memulakan perjalanan ke HSBC. Hendak dijadikan cerita, HSBC tutup pada jam 4.00 petang, maka hasrat encik fadli untuk menukar status akaun kekal menjadi hasrat. Esok, pada jam 12.00 tengah hari, sila ke HSBC, berjumpa dengan Puan Maznah dan selesaikan urusan yang tertangguh.

Hasrat di HSB tidak kesampaian, hasrat yang lain pula menjadi kenyataan. Aku dan encik fadli kemudianny bergerak menuju ke Parkson Grand di Berjaya Megamall. Urusan? Membeli perkakas dapur seperti tempat meletak sudu dan pengalas lantai. Perlu ke menjadi Eric Casa Impian sekarang ni? wahahaha.

Jam 5 petang, destinasi seterusnya ialah kedai perabot Eng Lai. Aku berjaya menunaikan hajat untuk mendapatkan set kamar tidur yang baru sempena aidilfitri yang bakal menjelang. Perlu la kan...seronok..esok pastinya aku akan ke Parkson bagi mencari cadar. Yesza!

Sebelah malam, seperti biasa, aku ke kopitiam, kemudian ke Lemon tree dan kembali ke kopitiam. Perlu, yesza, sangat perlu. Aku sekarang dalam proses untuk menyiapkan projek online terbaru yang aku harap dapat membuahkan hasil. Insyaallah, kalau berjaya akan aku belanja sahabat handai makan di Layang Layang. Perlu ke Layang Layang. Entah, acapkali sangat aku mendengar nama kedai itu disebut dan semestinya, ia memberi kesan kepada ingatan aku.

Encik pa, perlu ke esok tak boleh berbuka puasa bersama aku? Perlu ke mahu berbuka bersama rakan di kolej. Kasihan aku. Atau kamu mahu berbuka bersama encik afizat. Eekeekkeee..saya mahu bermain boling bersama kamu encik pa, boleh? Kasihan saya, tiada siapa yang mahu bermain boling dengan saya lagi kerana saya tidak pandai. Encik Fadli juga selalu keletihan, mungkin akibat tekanan daripada beban kerja yang berat. Dilla, saya ingin blow rambut awak kerana saya memiliki sijil mendandan rambut dari redken, tahap 3. Wakakaka,, saya boleh jadikan awak seperti mendiang arumugam. Mahu?

Perlu ke juga wani ingin menukar myspace? apa salahnya dengan akaun baru? Harapnya dengan siapnya akaun baru, anda akan menjadi lebih ceria. Kalau boleh, tukarlah layout. Kasi gempaq dan yang paling penting, bahagian view comments tu ada.

Tasha, welcome to my blog. You are most welcome in here my dear tasha. Begitu juga dengan mu. Dilla, terima kasih kerana melawat dan atas pujian yang diberikan.

|

Monday, October 01, 2007; 11:30 PM

hola everybody. I needed sleep so I decided last night when I went to bed that I was gonna not set the alarm and sleep as long as I needed. I usually set my alarm for 5:00 p.m and get up at 5:20p.m. Well, I woke up at 2:00p.m.. I was disappointed because I didn't sleep 'til 6 or 6.30 p.m. LOL. my sleep was interrupted by ah ho's call - yes it is mr ah ho from tokaito. Well, at least he had a very good reason to wake me up, my two-head-rest-set had arrived this morning.. I went to tokaito at 3.00 pm and things were completely done only at 6.00p.m. Aiyah, so late ah!

Apa pun, hari ni aku beli bola baru. Seronok. Bola spinner, 11 paun. Dua game pertama aku, 139 dan 169. Oklah, dah berapa lama aku tak main spinner. Seronok main spinner, tak payah nak pening pening kepala. Lempar je, kalau dapat strike ok, kalau tak, pun ok. Perlu la wanie nak buat blog tapi tak pandai. Anda kena ada blog cik wanie, nanti abang emran boleh baca. Betul tak? Cik Dilla, perlu la pinky pokko kan? tak masculine langsung. Kasihlah mighty pokko ke, great pokko ke, baru nampak gagah.

Sebab bangun awal, maka aku mengantuk. Tadi waktu minum kat kopitiam bersama bird dan shahmy pun aku dah letih menahan mata. Maka, sampai sini je penulisan untuk hari ini.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS