<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, May 25, 2008; 10:41 PM

Assalamualaikum semua.

Banyak perkara besar telah berlaku dalam parti umno. Tun Mahathir keluar UMNO, Dato Mukhriz bertegas supaya pak lah berundur dan yang terbaru muhyiddin mula mempersoalkan keupayaan pak lah untuk memimpin. Memetik kata-kata tun, pak lah bukan tidak faham, tapi memilih untuk buat-buat tidak faham. Telah begitu banyak isyarat yang diberikan oleh ahli diperingkat akar umbi, tetapi dia masih lagi bebal di atas sana.

Apa yang menghairankan aku ialah apabila ada sebahagian daripada ahli umno (terutama yang memegang jawatan penting) begitu melenting apabila kritikan terhadap pak lah diutarakan oleh ahli umno sendiri. Bukankah umno mengamalkan demokrasi? maka seharusnya hak setiap ahli untuk menyukai atau tidak kepimpinan sesorang tidak dicabuli semata-mata untuk mempertahankan kedudukan sesiapa sekalipun. Aku fikir begini, jikalau pencacai pak lah tidak mahu kritikan terhadap kepimpinan pak lah dilemparkan dengan begitu sahaja, dan inginkan ahli menggunakan saluran dalaman, aku fikir adalah adil juga bagi aku untuk meminta pembodek atau pencacai pak lah untuk tidak memuji pak lah secara terbuka. kalau anda boleh memuji pak lah secara terbuka, kenapa aku tidak boleh memgkritik secara terbuka. pak lah bukanlah maksum, dan apalah sangat jasanya kepada negara dan parti sehingga tidak boleh dikritik. jadi, kalau tidak mahu pengkritik mengeluarkan kritik di khlayak ramai, seharusnya pencacai juga memilih pendekatan yang sama.

tergelak besar aku apabila membaca kenyataan hishamuddin mengenai hakikat betapa kesetiaan kepada parti dan pemimpin tidak boleh dipermainkan. Jika benar begitu, kenapa ketika pak lah dan sebahagian ahli majlis tertinggi umno menderhaka dan melanggar kedaulatan dymm seri paduka baginda yang dipertuan agong, suara saudara tidak kedengaran. mengapa? mengapa ketika pak lah menghina isntitusi diraja perlis, saudara membisu seperti penakut? Kenapa? di manakah kata-kata kesetiaan kepada parti dan pemimpin? bukankah kedudukan duli-duli yang maha mulia sultan dan raja melayu jauh lebih tinggi dari pak lah? dan bukankah menjadi tuntutan parti keramat umno bagi kita selaku ahli mempertaruhkan nyawa sekalipun untuk mengekalkan kedaulatan sultan dan raja melayu? kenapa apabila dato mukhriz bersuara dan mengkirik pak lah, barulah isu mengenai kesetiaan ditimbulkan. hishamuddin, sedarlah,sebenarnya golongan seperti anda yang membuatkan golongan muda menjauhi umno. bosan, mual dan geli. Cubalah jadi pemimpin yang berani and berprinsip. anda boleh mengolah ayat sehebat hikayat cinta taj mahal untuk mengaburi ketidakupayaan anda untuk memimpin, tetapi kebenaran pasti akan muncul juga suatu masa nanti.

Apa pendapat anda mengenai tindakan ahli umno yang berdemonstrasi di pulau pinang? ketika barisan nasional begitu gagah, khairy memanggil ahli parti pembangkang yang berdemostransi sebagai monyet. jadi setujukan anda jika mulai dari hari ini kita melabelkan ahli umno pulau pinang sebagai monyet kerana melakukan perkara yang sama seperti ahli parti pembangkang? cuba jelaskan pendirian saudara.

Kemudian berkata lagi juak-juak pak lah, jikalau kita tak bersetuju dengan presiden, maka kita tidak setia kepada parti. sudahlah, kalau begitu, musa hitam dan pak lah seharusnya terlebih dahulu dilabelkan sebagai pengkhianat. musa hitam sentiasa mendesak tun untuk meletak jawatan sehingga mengganggu kestabilan kerajaan pada ketika itu. tapi tidak pula musa hitam dipanggil penderhaka. begitu juga dengan pak lah apabila bertindak menyertai team b menentang tun. adakah pak lah juga seriang penderhaka? begitu juga ketika tun razak menentang cadangan dato onn untuk membuka keahlian umno kepada semua kaum, adakah tun razak juga penderhaka? bagaimana pula dengan hal yang berlaku pada 1969-71 apabila Tun Razak dan lain-lain pemimpin UMNO secara tidak langsung tidak bersetuju dengan kepimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tunku telah undur diri.Apakah Tun Razak kerana menolak kepimpinan Tunku, iaitu tidak setia kepada Tunku sebagai Presiden UMNO maka dianya tidak setia kepada parti?

bagi diri aku sendiri, aku sentiasa objektif ketika membuat penilaian terhadap isu semasa. apa yang betul, akan aku sokong, dan aku akan sentiasa menyanggah apa jua tindakan yang salah oleh mana-mana parti sekalipun. dan sehingga ke hari ini, aku masih lagi ahli umno, dan aku bersetuju dengan cara dato mukhriz, untuk merawat dari dalam.

|

Saturday, May 10, 2008; 9:28 PM

Terkejut. Memualkan . Menjijikkan. Menghinakan. Itulah pendapat aku mengenai kenyataan dangkal ketua pemuda umno pahang untuk menjadikan adnan yaakob sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia. Pemikiran songsang yang dicetuskan merupakan tahap terendah bagi kebolehan seseorang untuk berfikir. Kalau pun ingin menjilat ketua, tidak payahlah mengeluarkan kenyataan yang boleh menunjukkan kelemahan kita untuk menggunakan otak secara optimum. Ketua pemuda malaysia? buatlah pungutan suara secara adil dan saksama, pastinya saudara akan mengetahu betapa hakikat adnan dibenci oleh rakyat pahang tidak dapat dilindungi lagi.

Sepanjang memimpin umno pahang, dia(tidak layak untuk dirujuk dengan kata ganti nama beliau) telah berjaya memecahbelahkan umno pahang. Jika tidak masakan ramai tokoh-tokoh politik pahang berasa begitu kecewa dengannyA Aku tidak begitu kisah akan tindakan adnan terhadap tokoh-tokoh tertentu di negeri pahang kerana ia merupakan sebahagian daripada permainan politik, tetapi apabila kebebalannya menjadikan kehidupan rakyat pahang terseksa, ia memang menyusahkan aku. Sepanjang kepimpinannnya, negeri pahang tidak ke mana. Bentangkan kepada rakyat apa hasil pentadbiran anda selama ini? tidak ada. malah aku tidak nampak sedikitpun idea-idea asli daripada adnan
untuk membangunkan negeri. melihat kepada caranya mentadbir, aku tidak fikir susah untuk mencari pengganti yang sama aras pemikirannya dengan adnan. malah aku yakin bersepah rakyat di negeri pahang yang boleh memimpin dengan jauh lebih baik. Jadi, mana rasionalnya idea khairuddin untuk menjadikan adnan sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia sedangkan kepimpinannya di negeri pahang sendiri begitu lemah dan sering dipertikaikan.

Khairuddin juga perlu ingat, tugas untuk menentukan siapa yang dicalonkan oleh bahagia untuk sebarang jawatan adalah hak ahli bahagian terbabit. jadi, janganlah terlalu yakin kerana sekarang bukan zaman lembu dicucuk hidung dan jangan juga mnejadi begitu sombong.Aku sendiri akan memainkan peranan yang cukup aktif bagi memastikan adnan tidak berjaya dicalonkan oleh pemuda bahagian cameroh highlands. Kalau ahli tidak berkenan, menyalaklah anda sekuat mana pun, hasrat anda tidak akan kesampaian. dan aku yakin banyak lagi pemuda di bahagian-bahagian lain yang akan menolak sebarang usaha untuk menjadikan adnan sebagai calon bahagian masing-masing.

Kadang-kadang terfikir juga, mungkin ini tidak terdesak bagi seseorang yang akan meninggalkan dunia pemuda umno tidak lama lagi. Mungkin ini usaha terbaik yang boleh dilakukan agar dirinya terus dihargai memandangkan persaingan dalam umno bahagian merupakan satu pergolakan yang berlainan sama sekali daripada pergerakan pemuda. It;s a different ball game mate! so pack your things and be ready to be kicked out!

Ingin juga aku menyentuh mengenai kes karpal singh. Dalam aku bersetuju mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadapnya ekoran tindakannya menghina sultan perak, aku menjadi hairan apabila rosol wahid tidak dikenakan tindakan yang sama apabila menghina seri paduka baginda yang dipertuan agong. Apa bezanya mereka berdua ini? kita kena berlaku adil kerana islam itu adil. JAdi kalau kita menghukum karpal, seharusnya rosol juga dikenakan tindakan yang sama. Kenapa pak lah tidak meminta peguam negara untuk menyiasat kes rosol? penderhakaan tetap penderhakaan tidak kira ia dilakukan oleh siapa. Aku fikirkan kepimpinan umno telah sedar, rupanya makin tidak sedarkan diri. Hukum mereka seadil-adilnya. Aku sendiri jika diberi kuasa akan mengenakan hukuman yang sekeras-kerasnya terhadap penderhaka-penderhaka ini. Jangan sekali-kali menghina sultan-sultan melayu. Dan bagi rakyat pahang, marilah kita bersama-sama menyatakan taat setia terhadap kdymm tuanku sultan pahang, sultan haji Ahmad Shah dan kdytm tengku mahkota pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah. Daulat tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku. Amaran kepada mereka yang terfikir untuk menderhaka atau melakukan sesuatu yang boleh mencabar kedaulatan sultan aku, anda pasti akan menerima tentangan daripada aku dan bangsa melayu yang bernaung dibawah daulat tuanku sultan.

|

Tuesday, May 06, 2008; 12:23 PM

Assalamualaikum

Lama rasanya aku tidak menulis, bukan kerana tidak mahu tetapi masa tidak begitu mengizinkan. Dalam sebulan dua ini, banyak perkara yang menarik berlaku yang membuatkan diri aku terpanggil untuk memberi ulasan.

Pertamanya mengenai janji-janji kerajaan pakatan rakyat. Hukum dunia cukup mudah, untuk menyatakan orang salah, anda harus betul. tidak mungkin anda sendiri yang salah tetapi masih ada keberanian untuk menyatakan kesalahan orang lain. Islam sendiri menggariskan beberapa keperluan yang perlu dipatuhi semasa berdakwah terutama ketika membuat teguran. Andai kerajaan barisan nasional tidak mampu menunaikan janji, memang habis teruk dibelasah oleh ahli-ahli pembangkang. Tetapi ketika selangor melalui khalid bersetuju untuk tidak menurunkan cukai di selangor sepertimana yang dijanjikan ketika pilihanraya umum, kenapa tidak dihebahkan melalui harakah? AKu bukan pro umno, bukan juga pro pembangkang. Apa yang salah, tetap salah dan aku akan tetap mengkritik tidak kira ia tindakan barisan nasional atau pakatan rakyat. Apabila dituduh suratkhabar arus perdana sebagai mengampu, bukankah tindakan yang sama diambil oleh harakah.

Kenapa tidak didedahkan tindakan kurang ajar dan biadab mb perak terhadap sultan perak dalam harakah? Kenapa perlu berdiam diri? Aku sendiri pun tidak faham. Jadi apa bezanya harakah dengan utusan atau berita dalam menyampaikan berita yang hanya memaparkan kehebatan pihak masing-masing dan menyembunyikan kelemahan? Ketika din adam dan rosol wahid bertindak kurang ajar dengan menentang dymm yang dipertuan agong,harakah begitu handal mempertahankan kewibawaan institusi diraja. Kenapa apabila mb perak menderhaka dan ditambah pula dengan kebodohan karpal singh, harakah mendiamkan diri. Jadi apa bezanya harakah dengan media arus perdana yang lain?

Karpal singh kali ini bertindak dengan lebih memualkan apabila mempersoalkan tindakan dymm paduka tuanku sultan perak secara terbuka. Aku tidak teragak-agak untuk mengorbankan nyawa sendiri demi mempertahankan raja-raja melayu. Aku tahu sudah ada individu yang di buat laporan polis terhadapanya kerana mengugut karpal. Bukan semua orang akan tunduk kepada tindakan konfrantasi karpal.Ingat, masih ada pejuang melayu di malaysia pada hari ini.
Tindakan menghina mana-mana sultan dan raja melayu oleh mana-mana pihak adalah satu penderhakaan yang tidak boleh dimaafkan. Daulat tuanku, daulat tuanku, daulat tuanku!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS