<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, February 23, 2005; 3:10 PM

Assalamualaikum.

Lama juga aku tidak menulis - bukan sengaja sebaliknya keadaan yang tidak mengizinkan. Sabtu lepas aku ke Kuala Lipis untuk menyertai pertandingan golf amal bagi mengisi tabung PIBG Sekolah Kebangsaan Kuala Medang. Aku bersama Syahmy selamat sampai di lipis sekitar jam 2 petang. Pada hari yang sama juga, KDYMM Tuanku Sultan Pahang mengadakan lawatan ke Jerangsang. Daulat Tuanku dan semoga Allah lanjutkan usia KDYMM Tuanku!

Pukul 3, aku ke driving range. Punyalah panas sampai terhidrat badan, nasib baik tak pengsan.

Pertandingan pada hari ahad berjalan dengan lancar, walaupun keputusan tidak begitu menggembirakan. Penyertaan aku bolehlah dianggap sekadar untuk melengkapkan jadual. Kira oklah, baru 2 bulan lebih bergiat dalam sukan golf. Dengan handicap 24, aku mencatatkan 30 lebih pukulan di atas par. Hehehe..

Hari Isnin aku pulang ke kuantan. Oleh kerana aku tiba agak lewat dan ditambah dengan keletihan setelah memandu selama 4 jam, aku terus tertidur.

Hari ini, Selasa aku menghadiri Kursus Pemasangan Paip anjuran Jabatan Bekalan Air Pahang di Hotel Vistana, Kuantan. Hasilnya: aku menerima sekeping sijil yang pastinya berguna pada masa hadapan. Aku tidak sabar menanti hari esok kerana tiga perkara iaitu:
1)Piala FA : Pahang v Selangor
2)Champions League : Manchester United v AC Milan
3)Pemilihan MSSP Golf(tak main, cuma menjadi penonton)

Hati ini memang berdebar menantikan ketibaan hari rabu. Semoga pasukan Pahang berjaya menjinakkan Red Giants di Shah Alam. Prestasi pasukan kesayangan memang tidak begitu baik kebelakangan ini. Walaupun menang tipis 1-0 sabtu lepas, permainan yang ditonjolkan masih tidak sempurna dan begitu banyak ruang yang perlu diperbaiki. Semoga Pahang menang!

Esok pagi hendak ke Royal Pahang Golf Club - tengok budak-budak SK Kuala Medang . Semoga berjaya hendaknya.

Aku terbaca satu artikel yang menyatakan matahari sekarang sudah terbit dari arah barat di planet Marikh. Mungkin kiamat sudah begitu hampir. Kalau benar, maka panji islam akan berkibar megah di serata dunia tidak lama lagi.Hahaha...matilah segala jenis kafir.

Kepada Cunna, syabas. Sekarang sudah berniaga. Baru-baru ni ke genting dengan iki sekali ke - dulu dia pernah beritahu korang nak buat reunion kat sana.

|

Thursday, February 17, 2005; 3:02 PM

For two days I've been trying to wrap my head aroundhow to write this post. I've started it three times without coming close to saying what I was hoping to get across. Think it's because I've been trying to intellectualize something that just can't be - at least by me. See, its happening again.

My throat is killing me mercilessly and I have no idea why. Seriously! Woke this morning to the hugest shock. A turgid blister on my left thumb and a warpedly husky vocal. Unpleasantries to begin the day really. Then i looked at my phone but in my quasi-slumber I knocked the damn phone over and it fell onto the floor.

After I managed to get it up the damn thing was hanged at the opening in progress stage for the messages wth. So instinctively I pressed shut down but the damn phone wouldnt off. So I removed the batteries and this is so darn freaky even now as I recall. The light and words remained on screen while the battery was in my hand ! Scary. Woo Woo. So I reckoned it needed another fall to work again and i was so darn right. Plonk, inbox opened. Retarded lah this stupid phone.

Anyway, im in a better mood now because I just heard Gemilang. I decided that Jac from Malaysian Idol is honestly awesome. I wanna get her cd-singles. Its damn good.

Uhuk,uhuk. Throat is getting bad. Very tired. Can feel myself coming down with some kind of virus/infection and hopefully its not demam denggi.

|

Tuesday, February 15, 2005; 3:56 PM

Sabtu lepas aku ke stadium darul makmur. Pasukan kesayangan aku, pahang masih lagi dihantui badi kekalahan ketika bertemu pasukan perlis. Pahang tumbang 0-1. Memang segala-galanya tidak menjadi malam itu. Corak permainan cukup hambar walaupun pahang menurunkan kesebelasan utama. Malah, dua pemain import yang diturunkan hanya setaraf jikalau tidak lebih teruk daripada standard pemain tempatan.

Di pentas diraja, keberangkatan KDYMM Tuanku dan YTM Tengku Muda membuktikan sokongan baginda berdua terhadap skuad tok gajah tidak pernah luntur. Semoga pasukan pahang dapat mencatatkan kemenangan pada perlawanan seterusnya - hadiah untuk dipersembahkan kepada KDYMM Tuanku, KDYTM TM dan YTM Tengku Muda. Daulat Tuanku!

Kepada pihak yang sibuk menghentam kerabat diraja pahang mengenai isu perletakan jawatan dalam FAM, aku nasihatkan supaya berhati-hati dalam menyuarakan pendapat. Jangan sekali-kali kemuliaan kerabat diraja pahang diperleceh. Ingat, tegak bangsa kerana adat dan tegak adat kerana raja! Kita sendiri pastinya tidak suka atau gemar andai sultan kita dipersenda. Seharusnya tutur kata dan tulisan dikawal agar tidak mencemarkan institusi yang mulia ini.

Mengenai aktiviti harian pula, Ahad aku ke Kuala Lumpur. Hajat hendak ke cyber tapi terpaksa ditangguhkan setelah mendapat tahu bonda sakit. Malah bonda mungkin akan menjalani pembedahan. Semoga Allah selamatkan bonda!

Hari isnin, aku bangun agak lewat - sekitar jam 11. Malam semalam aku duduk bersengkang mata bagi menyokong manchester united. Alhamdulillah, United menang 2-0. Petang aku ke driving range. Kenalah rajin-rajin berlatih dek kerana hari pertandingan semakin hampir. Pertandingannya - hari AHAD.

Tadi sempat bertanya khabar dengan zi. Yang lain-lain tidak dapat dikesan. Kepada Zi, Patin, Ad, Lan dan Din - jangan risau. Aku takkan lupakan kenangan manis dan pahit (ad..kui kui kui) semasa kita bersama-sama. Mungkin sampai mati kot. Sebelum graduasi nanti kita sambung sidang parlimen yang sudah tertangguh sekian lama.

|

Saturday, February 12, 2005; 3:57 PM

Hari ini aku ke kuala lipis - ada majlis perkahwinan adik Dato Abdul Fatah, teman seperjuangan ayahanda yang juga merupakan pengerusi tetap pemuda umno malaysia. Selamat pengantin baru!

Aku bertolak jam 9 pagi dan pukul 6 petang balik semula ke kuantan. Pelan asal untuk bermain golf di lipis terpaksa dibatalkan - tak cukup korum. Apa nak buat, tunggu 20-02 jelah nampaknya.

Ada orang bertanya kenapa sudah lama tidak menulis mengenai isu-isu politik. Bukan tidak mahu cuma mungkin platformnya tidak sesuai - mentaliti komuniti politik tempatan masih tertutup. Wawasan 2020, hm....jauh sekali! Kasihan Tun Dr M yang dikasihi. Namun sekali lagi aku tegaskan apa yang dipaparkan adalah pandangan peribadi sejajar dengan hak yang diperuntukkan kepada aku dalam perlembagaan persekutuan.

Tadi sempat menelefon rafizan - gadis yang separuh awek dan separuh kawan sekolah. Sempat bergurau untuk menghantar rombongan meminang dan tampaknya dia tidak menolak. Yehaa...harap-harap begitulah. Ekekeke...

Kepada cunna, tahniah kerana telah berjaya mengadakan capaian arkib. Latar belakang pun sudah berubah - mungkin sempena awal muharam. Apa-apapun, selamat menyambut awal muharam.

Kepada iki, bila lagi nak mengemaskini blog. Takkan tsunami kot; Heh!




|

; 3:44 PM

Salam. Hari ini tidak banyak yang telah aku lakukan. Selesai solat jumaat, aku ke teluk chempedak - makan mcdonalds. Pukul 6 petang, aku ke starbucks dan malamnya aku mengadap televisyen. Memang bosan - bebudak semua pergi bercuti.

Tidak sabar rasanya untuk menunggu tibanya hari esok. Perlawanan penentuan antara Pahang menentang perlis akan berlangsung di Stadium Darul Makmur. Semoga Pahang berjaya mencatatkan kemenangan. Amuk Tok Gajah Amuk!

Aku ingin berkongsi cerita kelakar di bawah dengan para pembaca sekalian. Enjoy!


Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari bossnya....: Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (Maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi) Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut: Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, he is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa) Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya: Boss : Why didn't you come to work? Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (Maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

|

Thursday, February 10, 2005; 11:57 PM

Hari ini aku ke kuala lipis - ada majlis perkahwinan adik Dato Abdul Fatah, teman seperjuangan ayahanda yang juga merupakan pengerusi tetap pemuda umno malaysia. Selamat pengantin baru!

Aku bertolak jam 9 pagi dan pukul 6 petang balik semula ke kuantan. Pelan asal untuk bermain golf di lipis terpaksa dibatalkan - tak cukup korum. Apa nak buat, tunggu 20-02 jelah nampaknya.

Ada orang bertanya kenapa sudah lama tidak menulis mengenai isu-isu politik. Bukan tidak mahu cuma mungkin platformnya tidak sesuai - mentaliti komuniti politik tempatan masih tertutup. Wawasan 2020, hm....jauh sekali! Kasihan Tun Dr M yang dikasihi. Namun sekali lagi aku tegaskan apa yang dipaparkan adalah pandangan peribadi sejajar dengan hak yang diperuntukkan kepada aku dalam perlembagaan persekutuan.

Tadi sempat menelefon rafizan - gadis yang separuh awek dan separuh kawan sekolah. Sempat bergurau untuk menghantar rombongan meminang dan tampaknya dia tidak menolak. Yehaa...harap-harap begitulah. Ekekeke...

Kepada cunna, tahniah kerana telah berjaya mengadakan capaian arkib. Latar belakang pun sudah berubah - mungkin sempena awal muharam. Apa-apapun, selamat menyambut awal muharam.

Kepada iki, bila lagi nak mengemaskini blog. Takkan tsunami kot; Heh!




|

Wednesday, February 09, 2005; 2:10 PM

Salam.
Sebelum terlambat, aku nak ucapkan selamat tahun baru cina kepada rakan2 yang menyambutnya dan kepada sahabat muslim, selamat awal muharam. Ada ke selamat awal muharam...tibailah.
Memang lama aku tidak mencoret sesuatu di sini. Bukan tidak mahu cuma masa tidak mengizinkan.

Tahun ini tahun ayam. Aku dilahirkan dalam tahun ini - 1981 (mungkin sebab ini aku suka makan di restoran makanan segera).
Sekarang ini aku sudah mula bermain golf, handicap 24. Kira oklah bagi orang yang hanya baru bermain golf selama dua bulan. 20-2-04 aku akan menyertai pertandingan golf di kuala lipis, tak silap sempena bencana tsunami. Harap-harap bola aku terbang- bukan hanya tergolek.

Bagaimana agaknya kehidupan iki sekarang ini. Dua minggu lepas aku ke cyber - agak bosan melihatkan keadaan di rumah itu. Ke mana menghilangnya keceriaan dan keseronokan lalu.Hm...

13-03-04 ni ayu akan berkahwin. Gila awal! Ni sudah kira bahaya. Bila seorang sudah mula berkahwin, yang lain pasti akan menyusul. Huwaa.....bahaya ini. Aku mungkin 3 tahun lagi ....tunggu sehingga kedudukan kewangan stabil terlebih dahulu.

Hari kelepasan am macam ni memang bosan. Kawan-kawan semuanya sudah pergi bercuti. Aku sepatutnya ke sabah untuk bercuti. Tapi makin dekat tarikh nak pergi, makin malas pula rasanya. Akhirnya, rancangan bercuti bersama rakan telah dibatalkan atas dasar kemalasan yang tidak terhingga. :)

Oh ya, sekarang ni orang sibuk membincangkan hal serbuan Jawi ke atas sebuah pusat hiburan awam. Apa yang dibisingkan. Memang sudah sah arak tu haram - jadi siapa yang minum atau berada di majlis yang menghidangkan arak pandai-pandailah menjawab. Kalau kena tangkap diam jelah. Jangan nak bising. Bukan ke arak tu memang trang tang tang haram dalam islam. Pelik sungguh. Kerajaan pun satu. Sepatutnya sebagai pendukung islam hadhari, pertahankanlah jawi. Amal maaruf nahi mungkar. Biar apa pun alasan, minum arak tu haram dan tiada alasan yang boleh menghalalkannya. Lain kali, kalau nak minum, togoklah dalam rumah sendiri. Kalau tak pun, tukar agama. Jangan bikin malu agama sendiri. Aku harap kerajaan bertindak tegas terhadap sesetangah pihak yang terang-terang memalukan agama. Di mulut nyanyi lagu allah selamatkan malaysia tapi tangan pegang arak. Jangan islam hadhari jadi islam had hari sudahlah! Kita guna hukum islam ikut had-had yang ditentukan oleh akal dan nafsu kita sendiri.

Insyallah, selepas ini aku akan rajin-rajin mengemas-kini blog aku. Till then, be nice to each other.



|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS