<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, April 05, 2008; 6:04 PM

Assalamualaikum .

Maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog dengan lebih awal lagi kerana aku terlalu sibuk dengan tuntutan kerja.

Seminggu dua ini, banyak perkara telah berlaku dalam UMNO. Minggu lepas, aku pulang ke sungai koyan untuk menghadiri sesi taklimat nan yaakob dengan umno bahagian cameron highlands. Harapan untuk mencari kebenaran setelah berminggu-minggu dalam kekalutan politik ternyata tidak kesampaian. Apa yang nan lakukan hanya mengulangi apa yang dilakukannya sebelum pilihanraya. Aku berharap benar dia dapat mengupas isu-isu terkini dengan penuh matang, menjawab segala tuduhan terhadap beliau dan umno dan menyelesaikan kekeliruan ahli ahli umno. hampeh! tanpa segan silu, dia memberi ucapan tanpa mempedulikan keadaan semasa, dengan bongkak dan sombong, dia terus menipu ahli umno. insaflah nan. padanlah dia sedap dibelasah di jerantut dan lipis.

wan rosdi, ahli exco yang baru dilantik bertindak dengan lebih memualkan. Apa perlunya dicium tangan nan yaakob setiap kali memberi cenderamata kepadanya? dimanakah kredibiliti anda sebagai seorang pemimpin. kalau sekali boleh diterima juga, ini beberapa kali. kalaupun ingin meneruskan budaya mengampu, janganlah terlalu jelas. ditipunya juga ahli umno bahagian cameron highlands dengan mengatakan bahawa suasana politik di pahang hening sahaja ketika pembubaran parlimen, pengumuman senarai calon dan sepanjang tempoh pilihanraya. yb, sekarang orang sudah bijak pandai. janganlah fikir boleh sahaja aku ditipu hidup-hidup begitu. Satu malaysia tahu, pahang merupakan negeri terakhir yang mengumumkan senarai calon pilihanraya sedangkan pak lah seminggu dua sebelum itu telah berkata senarai calon akan diumumkan awal supaya persiapan jentera pilihanraya dapat berjalan dengan lancar. Kenapa lewat diumumkan? Kenapa?

Sebenarnya, perubahan secara menyeluruh perlu dilakukan terhadap umno. Budaya mengampu dalam parti harus dihapuskan. pemimpin yang ternyata tidak mampu memimpin, harus berhenti tidak kira anda merupakan kroni kepada mana-mana pemimpin. Pemimpin yang dilantik perlu menyatakan dengan jelas visi dan misi dalam membangunkan umno dan bahagian. Bentangkan pelan pembangunan untuk penggal pemerintahan anda kepada rakyat. Zaman untuk memimpin dengan penuh kesombongan telah berlalu.

Pucuk pimpinan sama ada di peringkat pusat mahupun bahagian, perlu mengambil kira hasrat dan pemikiran orang muda. Ingat, dalam pilihanraya yang lepas saluran mengundi yang memuatkan undi golongan muda ternyata tidak memihak kepada umno. Kenapa? kerana orang muda sudah meluat dengan gelagat pemimpin mereka. Ada yang baru sepenggal menjadi yb, perangai dah macam dunia ini dia yang punya.

Presiden umno perlu dipilih oleh ahli-ahli diperingkat cawangan lagi. setiap cawangan yang bermesyuarat perlu memilih antara calon a dan calon b. setiap cawangan diseluruh negara perlu menjalankan proses pemilihan yang sama . Ini akan membolehkan hak setiap ahli di peringkat cawangan dapat diterjemahkan kepada satu bentuk undi yang mendukung sistem demokrasi. Begitu juga dengan pemilihan ketua bahagian, dan pengerusi perhubungan umno negeri. Aku bersetuju dengan gesaan datuk ahmad tajuddin, setiausaha badan perhubungan umno negeri pahang agar ahli diberi kebebasan untuk memilih pengerusi badan perhubungan mereka sendiri. Amalan lantikan oleh presiden seharusnya dihapuskan sama sekali.

Kepada nan yaakob, kalau betul ingin mendapat maklum balas daripada peringkat bahagian, ubahlah cara. Jawab isu yang dikemukan dengan telus, dan jangan asyik menyatakan difitnah dalam blog. Rakyat kini sudah cerdik. Jikalau anda mampu menafikan tuduhan dengan bukti yang jelas, nyata anda akan dihormati. Pesan aku juga kepada nan dan wan rosdi, bentangkanlah pelan pembangunan negeri dan dun jelai kepada umum. Sekarang bukan zamam nak perintah suka-suka. Setiap cukai rakyat harus digunakan dengan sebaiknya. Dan seharusnya, selaku seorang pemimpin yang berkaliber,anda pasti sudah ada pelan induk untuk bagaimana membangunkan kawasan.

Ini sudah penggal ketiga pemerintahan nan di pahang. apa kemajuan yang telah anda bawa kepada negeri pahang? bentangkanlah kalau ada.

pak lah, bila nak memohon maaf kepada agong? sekurang kurangnya karpal singh walaupun dah melakukan kesalahan, telah memohon ampun dari agong. pak lah dan konconya rosol wahid bila lagi? ingat, tegak melayu kerana adatnya? siapa yang menderhaka memang patut dihina dan dikeji. aku pasti hishamuddin pasti sudah tidak sabar untuk menghunus keris sang saka bangsanya bagi menusuk penderhaka-penderhaka bangsa ini.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS