<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Sunday, November 30, 2008; 3:38 PM

Assalamualaikum.

Kongress tahunan pkr sedang berlangsung di shah alam dan kepada iki yang aku percaya sekarang sedang sibuk mengikuti perhimpunan tersebut, ucapan selamat berkongres daripada aku. kita mungkin berlainan fahaman politik tapi aku pasti kita cukup matang dalam meletakkan persahabatan pada tempat yang sepatutnya.

takziah kepada keluarga datuk razali ahli parlimen terengganu. aku tidak faham dengan tindakan segelintir penyokong pembangkang yang bersorak gembira atas peluang mereka untuk merampas satu lagi kerusi parlimen. beradablah sedikit, ahli parlimen terbabit belum lagi dikebumikan tetapi anda semua sudah bercakap buruk mengenainya. apa kaitan kematiannya dengan sebarang pegangan politik. kalau dah ajal, masuklah parti mana pun tetap akan mati. bukankah allah dah memberi jaminan mati itu pasti? ilmu agama aku tidak sehebat individu tertentu tetapi sekurang kurangnya aku tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran islam apatah lagi tindakan yang boleh mendatangkan aib kepada agama islam itu sendiri. aku cukup tidak faham dengan tuduhan bahawasanya kematian itu sebagai balasan allah terhadap orang umno. kalau begitu hipotesisnya, bolehkah aku berkata kematian allayarham fadzil noor juga adalah kerana balasan dia menjadi ahli pas? ish..aku sendiri pun fikir ia tidak logik sebab soal kematian adalah ketentuan allah, siapa kita untuk mengatakan demikian? ahli umno yang panjang umur pun turut tidak terlepas daripada kata nista. tun dr mahathir dikatakan tidak akan mati kerana mengadakan perjanjian dengan syaitan, dan ada juga yang mengatakan beliau akan hidup lama untuk melihat segala dosanya dibalas. pelik. pendek umul dipersoal, panjang umur pun dipersoal. kalau begitu, lebih baik pihak-pihak yang berkenaan mengeluarkan tempoh sesuai untuk seseorang meninggal mengikut pemikiran dangkal mereka. yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. perbezaan ideologi politik seharusnya tidak menghilangkan asas agama. orang meninggal, hormatilah . usai urusan pengkebumian, nak berkempen macam nak mati, persilankanlah. tapi biasalah, matlamat menghalalkan cara. jadi untuk mencapai cita-cita, apa saja boleh dilakukan walaupun ia bertentangan dengan ajaran agama. aku setuju umno tidak menjadikan agama islam sebagai dasar perjuangan, tetapi kalau kita yang ingin merubah merupakan golongan yang lebih teruk daripada yang golongan yang ingin diubah, baik kita fokus terhadap usaha pembaharuan diri sendiri.

bercakap mengenai matlamat menghalalkan cara, teringat pula aku kepada anwar ibrahim. anwar, dulu kini selamanya. Bunyinya mungkin semacam slogan UMNO, tetapi tidak. Ia nya berkisar perihal saudara Anwar yang beliau sendiri canangkan akan menukar dan menumbangkan kerajaan sekarang menjadi kerajaan baru mengikut pintu belakang semalam. Tarikh yang dinantikan itu, bukan tarikh yang dicipta atau ditentukan oleh BN mahupun dari DAP dan juga PAS, tetapi ia nya ditentukan oleh Anwar sendiri.



Sehingga ke hari ini, kerajaan masih belum ditumbangkan. Apa dah jadi? Dimanakah MP-MP yang dikatakan bakal melompat tersebut? Hairan. Namun begitu Anwar masih lagi bersandiwara dan beliau mengatakan beliau mempunyai bilangan yang cukup. Sandiwara terbaru?



Ini bukanlah kali pertama saudara Anwar membuat kenyataan yang boleh dikatakan "flip-flop". Jika kita singkap beberapa tahun dahulu, Anwar sungguh suka membuat kenyataan baru yang bertentangan dengan kenyataan lama beliau.



Knowing the way the institutions have been controlled by the executive, I don't think a release would have been possible unless the Prime Minister had made it clear he had no intention of interfering [with the judiciary].

- Anwar Ibrahim 6/9/2004



Ini yang dikatakan pada majalah time yang tidak ada kena mengena dengan parti-parti Malaysia(mungkin PKR). Apa yang dimaksudkan Anwar adalah, beliau beterima kasih kepada PakLah kerana tidak mencampuri urusan penghakiman(kes liwat-1). Namun begitu selepas empat tahun berlalu, beliau membuat kenyataan yang berbeza pula.



I have sufficient evidence to show that the decision (to charge) will not be done without the personal instruction from the prime minister, Their involvement further undermines the credibility of the case and proves that the entire conspiracy hatched against me is politically motivated

- Anwar Ibrahim 6/8/2008



Kali ini, beliau mengatakan PakLah secara langsung terlibat dengan aduan kes liwat pembantunya sendiri. Mengapa begitu marah pada PakLah? Tidak lama kemudian, beliau membuat kenyataan sanggup bersumpah dengan nama Allah bagi membersihkah nama baiknya.



Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan

- Anwar Ibrahim 07/07/2008

Sebulan kemudian,



Saya tidak akan bersumpah berhubung tuduhan liwat terhadap saya

- Anwar Ibrahim 16/08/2008



Ini pula keterangan beliau tentang ingin bekerja sama dengan pihak polis bagi mempermudahkan siasatan terhadap aduan liwat Saiful.



Take my DNA, take my hair. My hair is everywhere, except this part

- Anwar Ibrahim 01/07/2008



Seperti biasa, selang beberapa hari, Anwar memutar belit dan enggan memberi sampel DNA dirinya.



Keengganan kami untuk menyerahkan sampel DNA terbukti benar dan tepat

- Anwar Ibrahim 29/07/2008



Ini merupakah beberapa contoh, bagaimana apabila beliau berhujah dan memberi keterangan, isi-isi yang dibentangkan hari ini tidak sejajar dengan apa yang dikatakan sebelum ini dan mungkin akan datang. Dan ini membawa kita kepada isi penting artikel kali ini, tanggal 16hb September. Tarikh yang begitu keramat kepada PR khususnya PKR lebih khusus kepada saudara Anwar sendiri.



Tapi apa yang dinantikan datang dan pergi, berikut merupakan lagi beberapa kenyataan Anwar sebelum dan semasa diambang 16 Sept,



Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan

- Anwar Ibrahim 15/09/2008



Begitu yakin sekali bukan? Tetapi apabila tiba tarikh 16 Sept? Apa pula alasan beliau?



Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya. Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok.

- Anwar Ibrahim 16/09/2008



Nampaknya Anwar memberi peluang pula kepada PakLah supaya menyerahkan kuasa pula? Dilaporkan juga Anwar telah memberi senarai nama-nama mereka yang bakal lompat kepada PakLah. Apa yang saya hairan, jikalau benar beliau mempunyai jumlahnya, mengapa tidak siarkan sahaja kepada media? Bukankah selepas mengambil alih, nama tersebut akan dipaparkan juga? Lucu bukan? Nampaknya tertangguh lagilah pelan perangcangan impiannya menjadi PM ke-6.


Rasulullah SAW pernah bersabda



Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya

- HR Bukhari dan Muslim

Ciri-ciri Orang Munafik:



1. Apabila berkata maka dia akan berkata bohong/dusta.
2. Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
3. Bila diberi kepercayaan/amanat maka dia akan mengkhianatinya.



Jika sesorang itu mempunyai ciri-ciri seperti yang disebut oleh Rasullullah, maka kita boleh memanggil orang itu seorang yang munafik! Persoalannya, sanggupkah kita berjuang untuk orang munafik? Sanggupkah kita bersekongkol dengan orang munafik? Sanggupkah kita angkat seorang munafik menjadi pemimpin kita? Fikirkanlah dengan masak-masak.



Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik


- al-Ahzab:48


jadi kalau orang umno tidak boleh dijadikan sahabat kerana munafik, apa pula hukumnya ke atas orang yang terang terangan menipu. lying is lying and there is no two other ways about it. tidak ada sebarang alasan untuk menjustifikasikan perbuatan menipu. umno menipu = munafik. anwar menipu = untuk kebaikan ummah? ada mata pandang, ada telinga dengan, ada akal fikir.

|

Friday, November 28, 2008; 11:36 AM

isu ketuanan melayu ditimbulkan lagi tapi kali ini ia bukannya datang daripada pihak pembangkang, sebaliknya daripada pihak pemerintah barisan nasional sendiri. aku sendiri pun tidak faham kenapa istilah ketuanan melayu itu dilihat sebagai satu ancaman kepada pihak-pihak tertentu. konsep ketuanan melayu menekankan kepada usaha untuk menggemilangkan kembali bangsa melayu tanpa mengambil hak-hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Seharusnya, budaya melayu itu menjadi asas kepada pembentukan budaya malaysia sesuai dengan kedudukan orang melayu di alam nusantara sebelah sini, sambil mana-mana aspek kebudayaan bangsa lain yang sesuai boleh terus diguna pakai. Bahasa melayu harus menjadi bahasa utama walau dalam apa jua keadaan selagi kita berpijaK di bumi malaysia. jangan menjadi kurang ajar seperti gobind anak karpal yang selalu berbahasa inggeris ketika berada dalam dewan rakyat. Apa masalahnya anda untuk berbahasa melayu? kalau anda sendiri tidak menghormati perlembagaan, bolehkah anda mengharapkan orang lain untuk mematuhinya? dan hukum ini juga terpakai kepada mana-mana pemimpin sama ada dari pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Disebut juga kononnya lim guan eng merupakan pemimpin contoh kerana menghormati semua agama dan menyamaratakan kesemua ajaran agama utama di malaysia. mungkin agama dia membenarkan dia untuk ikut serta sambil membaca doa atau mentera mengikut ajaran agama terbabit tetapi kita tidak boleh mengharapkan tindakan yang serupa daripada pemimpin islam/melayu kita. Orang islam dilarang menyekutukan allah. melawat dan turut serta dalam upacara keagamaan adalah dua perkara yang berbeza. jadi adakah orang islam/melayu itu jumud kerana tidak turut serta dalam upacara keagamaan yang memuja tuhan selain dari allah? dan ia akan dibandingkan dengan tindakan bukan islam turut serta dalam membesarkan allah. kalau diaorang nak buat, terpulang . kita selaku orang islam tidak boleh melakukan perbuatan yang membatalkan akidah. itu tidak bermaksud orang islam itu jumud.

dan banyak lagi ajaran islam yang dicabar oleh orang yang tidak berkenaan. ini semua boleh dielakkan andai kita meletakkan kepentingan agama mengatasi segalanya. ayat quran jangan dibantah, sunah rasulullah harus diikuti. Jangan terus menekan orang islam/melayu kerana tahap kesabaran kami ada batasannya.

|

Tuesday, November 25, 2008; 3:47 PM

assalamualaikum and good day to all.

oleh kerana aku masih lagi demam, aku tidak bercadang untuk memanjangkan penulisan. aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada YB Aman atas kejayaan beliau menjawat jawatan ketua bahagian dalam pemilihan baru-baru ini. Kepada yang tewas, hormatilah suara demokrasi seperti yang telah diputuskan oleh perwakilan. jangan kita menjadi bebal dengan terus menghentam dan mengagalkan usaha ketua bahagian yang baru kerana kita merasakan diri kita terlalu hebat. Aku, setelah tewas dalam pemilihan pemuda telah bertekad untuk tidak menganggu atau merosakkan segala perancangan ketua bahagian aku iaitu wan rosdy. perwakilan telah memilih dia dan aku menghormati suara perwakilan. Tetapi perlu diingat, menghormati suara perwakilan dan menghormati wan rosdy adalah dua perkara yang berbeza. Insyaallah, sampai hayat terakhir aku tidak sekali kali akan menghormati dia. maka terpaksa aku tunggu 3 tahun lagi sebelum aku boleh bertanding semula. Dalam tempoh 3 tahun ini, aku akan terus berkhidmat sedaya yang mungkin tanpa mengganggu gugat kepimpinan ketua bahagian. Insyaallah, amanat perwakilan akan terus dijunjung sehingga ia dipulangkan kembali 3 tahun daripada sekarang.Itulah indahnya demokrasi, bersetuju untuk tidak bersetuju.

Sepanjang aku sakit, aku kerap juga melayari blog penulis-penulis maya yang lain. Seronok juga membaca buah fikiran mereka. cuma ada ketikanya aku agak bingung melihatkan penulisan sesetengah pihak . Kita boleh mengkritik orang, tetapi kita tidak boleh dikritik. tidak mungkin kita benar sentiasa. memang benar, kita boleh menjawab tuduhan melulu yang dilemparkan kepada kita tetapi ia perlu dibuat berlandaskan fakta, bukannya auta. jangan heret emosi dalam perbincangan mahupun penulisan.

masa telah sampai untuk aku ke starbucks bagi mendapatkan segelas caramel macchiato suam bagi melegakan radang tekak. till then, be nice to each other!

|

Tuesday, November 18, 2008; 12:32 PM

KEBELAKANGAN ini banyak benar pihak yang menyoal siapakah Melayu? Apakah Melayu? Dari mana asalnya mereka? Penduduk asalkah mereka di negara ini? Ataupun, sekadar pendatang? Hakikat persoalan ini timbul sejak sekian lama dahulu tidak disangkal lagi. Pelbagai kajian, dari segala sudut pandangan dan perspektif, bahkan metodologi digunakan, untuk merungkai satu pertanyaan yang penulis kira sebenarnya begitu mudah dan jelas.

Sungguhpun demikian, peralihan masa, perubahan landskap politik dan atas kepentingan-kepentingan yang tertentu, sesuatu yang kelihatannya tidak seharusnya timbul, ditimbulkan semula. Penulis tertarik untuk tampil menghuraikan beberapa perkara yang berkaitan dengan Melayu.

Sejarah bangsa Melayu sudah cukup lama. Dua konan Melayu teragung, Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah memerihalkan dengan cukup jelas banyak perkara yang bersangkutan dengan Melayu. Ia ada dibuat secara langsung, dengan menerangkan dan memberikan gambaran-gambaran secara terperinci, manakala sesetengahnya perlu dirumuskan dahulu untuk kita memperoleh maklumat yang lengkap, yang lebih menyeluruh.

Terbentuknya Kerajaan Melayu Melaka merupakan satu hal yang sukar ditolak. Seandainya, digunakan premis mudah menyatakan karya sastera seumpama Sejarah Melayu, yang bukannya sebuah penulisan sejarah secara mutlaknya, merupakan cereka yang mudah dinafikan kebenarannya, catatan sejarah Kesultanan Melayu Melaka tercatat lebih daripada itu.

Banyak buku yang non kreatif, yang bersifat kajian atau penyelidikan - sekiranya konan Sejarah Melayu dikatakan sebuah karya separa kreatif atau kreatif - membuktikan bahawa Kesultanan Melayu Melaka wujud dan amat gilang-gemilang. Pemerintahannya teratur, hubungan dagang dan diplomatiknya dengan dunia luar luas, termasuk hubungannya dengan Kerajaan China yang dikenali besar dan tertua.

Dalam hal ini, Hashim Hj. Musa (Pemerkasaan Tamadun Melayu Malaysia: Menghadapi Globalisasi Barat, Penerbit Universiti Malaya, 2004) memetik Liang Liji (1996), menyentuh hubungan Empayar Melaka-Dinasti Ming Abad ke-15, yang menurutnya, "Hubungan antara China dengan alam Melayu sudah lama wujud, iaitu sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117S.M). Semasa pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu, dan mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka."

Catatan ini jelas akan kewujudan Kerajaan Melayu Melaka. Bukti ini penting untuk dikaitkan kemudiannya dengan Melayu, yang apakah hubungannya dengan bangsa pendatang.


Orang-orang Melayu dengan itu terbukti jelas sudah pun mendiami Melaka, dan semua wilayahnya. Melaka diketahui umum berada di Alam Melayu atau disebut juga Malay Archipelago. Alam Melayu meliputi kawasan luas seluruh Nusantara.

Hashim Hj. Musa memetik tulisan Sinom Elegant, A Pyrrhic Victory: The Asian Millenium, Far Eastern Economic Review, Jun 10, 1999 yang menyatakan, "Five centuries ago Malacca hosted 2,000 ships each day, as many as crowd in modern-day Singapore, which boast of being one of the three busiest ports (in the world)…it was a place where Gujratis, Tamils and Bengalis from India lived and traded in cure harmony with Malays, Chinese and Arabs; a city of 100,000 where 84 languages could be heard in the markets. The Malay sultans who ruled Malacca ensured that the Straits (of Malacca) was free from pirates. Goods could be stored safely in hundred of well-guarded godowns, and in case of disputes, the city's law were administrated fairly to both Malaccans dan foreigners (hlm. 136)

Orang-orang Melayu bukan sahaja gemilang di Melaka, malahan bertebaran di seluruh kawasan Nusantara. Dengan yang demikian, tanpa diragukan lagi merekalah yang telah menjadi penduduk asalnya.

Bangsa Melayu telah membina tamadun dan peradaban yang tinggi. Sehubungan dengan ini, penulis suka memetik pandangan A. Aziz Deraman (Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia) yang berbunyi, "Sejarah ketamadunan Melayu yang panjang meninggalkan pusaka kebudayaan yang amat tinggi mutu dan nilainya. Sebagai tamadun yang tinggi, dunia menyaksikan suatu kronologi peradaban yang bermula dari prasejarah menempuhi zaman Seriwijaya, Majapahit, Campa, dan memancarkan cahaya kegemilangannya pada zaman kerajaan Melayu Melaka pada abad ke-15. Melaka sebagai empayar besar, berpengaruh di seluruh Tanah Melayu dan di Sumatera, bertindak sebagai pusat perdagangan antarabangsa yang menghubungkan Barat dengan Timur, pusat penyebaran ilmu, serta disegani oleh semua."

Jelas, catatan tentang Melaka sudah cukup mantap untuk dijadikan bukti kukuh akan kewujudan tamadun dan peradaban Melayu itu. Dengan keterangan di atas, wilayah Melayu itu diketahui luas, sebagaimana yang disebut lebih awal, ia meliputi wilayah yang dinamakan Nusantara.

A. Aziz Deraman selanjutnya menghuraikan, "…bahawa bangsa rumpun Melayu dilandasi oleh ketentuan identiti wilayah ini sebagai Alam Melayu. Wilayah itu jugalah menyerlahkan entiti geografi dan kebudayaan yang satu dengan pengalaman sejarah yang hampir serupa. Apa-apa sahaja nama yang diberikan kepadanya Yavadwipa, Golden Chersonese, Malay Archipelago, Tanah Jawi atau segala nama kuno merupakan petanda wujudnya kesatuan, keutuhan wilayah budaya, dan kewujudan sesuatu entiti dengan struktur dalamannya jelas bersifat Melayu."

Melayu di sini juga harus difahami bukan dalam konteks ras atau kaum. Melayu itu juga bukan lagi satu etnik. Melayu sudah mencakupi satu entiti budaya. Konsep Melayu ialah konsep budaya dan entiti budaya itu. Ia tidak bergantung pada kapasiti ras, etnik atau kaum lagi.

A. Aziz Deraman mengakui, bahawa dari segi fizikal atau rupa bentuk Melayu itu sudah berubah, "Bangsa serumpun Melayu tidak lagi dapat diasaskan pada biologi kerana mungkin sebagai individu kita tidak lagi memiliki seratus peratus darah warisan asli. Kewujudan bangsa terlihat dalam dunia kesarjanaan sebagai satu unit sosiobudaya dengan segala sempadan sejarah dan ketamadunannya…". Hal ini biasa, sementelahan ia berlaku dalam wilayah yang luas, dan kemunculan pelbagai suku dari daerah yang bertaburan itu.


Logik bahawa orang-orang Melayu berasal dari pulau Sumatera atau kepulauan lainnya sebagai contoh, sekali gus merupakan logik yang tertolak, dan dangkal. Mereka sebenarnya bergerak atau 'mengalir', tentunya dari satu penempatan ke satu penempatan, dari satu daerah ke satu daerah yang lain, atau dari satu wilayah ke satu wilayah yang dipilihnya. (Realiti ini tidak ubahnya sebagaimana keadaan penduduk dari Kelantan, pada masa kini mengalir ke Terengganu, Pahang bahkan hingga ke Rompin atau ke Kedah dan Perlis di sebelah utara yang membentuk pengaliran atas kapasiti rakyat negara ini. Mereka bukan pendatang.)

Namun, pergerakan atau pengaliran ini masih di dalam satu lingkungan yang sama, yakni Alam Melayu tersebut. Ia berlaku atas pelbagai faktor, antaranya perkahwinan. Disebutkan bahawa setelah Islam datang ke Melaka, dan Melaka menjadi pusat pengembangan Islam yang sangat disegani, berlakulah perkahwinan antara penghuni wilayah-wilayah ini. Pergerakan dan pengaliran yang terjadi ini sudah pasti tidak boleh sama sekali dilihat sebagai pergerakan 'pendatang'.

Pendatang tidak menubuhkan kerajaan. Sejarah kemasukan beberapa etnik ke negara ini sejak zaman-berzaman, yang pada pendapat Hashim Hj. Musa dikatakannya berlaku dalam dua gelombang besar, iaitu pada era pra penjajah dan pada zaman penjajah masih disifatkan sebagai pendatang. Ini disebabkan mereka tidak membentuk atau menubuhkan kerajaan. Mereka mungkin sudah mengasosiasikan diri ke dalam kelompok masyarakat setempat. Sifat asosiasi itu memungkinkan status mereka berubah sehinggakan mereka kemudiannya diterima sebagai Melayu. Definisi Melayu dalam Perlembagaan pula jelas diketahui umum.

Perkara 160, mentafsirkan "Melayu ertinya seseorang yang menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu, menurut adat istiadat Melayu" (Perlembagaan Malaysia, 1986).

Menyifatkan Melayu sebagai pendatang merupakan satu pemesongan fakta yang terang-terangan tidak berasas. Menyamakan keberadaan mereka di dalam lingkungan wilayah mereka sendiri dengan pergerakan etnik yang lain adalah satu pendustaan kebenaran sejarah ketamadunan dan peradaban yang tidak seharusnya diperkotak-katikkan. Ia kelak akan memberi senario yang salah, dari sudut apa-apa pun, tentang penduduk asal Alam Melayu ini. Orang-orang Melayu itu difahami sebagai latar belakang kebudayaannya amatlah besar, wilayahnya yang bertaburan luas, mereka mungkin daripada suku keturunan yang berlainan, ada Minang, ada Aceh, ada Jawa dan ada Bugis, atau lain-lainnya. Tetapi, merekalah Melayu, Melayu yang sangat luas pengertiannya, dalam konsep entiti budaya itu.

Bersandarkan hakikat bahawa Alam Melayu didiami sejak zaman-berzaman, kepelbagaian suku yang mewarna-warnikan kebudayaannya, kedudukan Melayu sebagai bangsa yang bertamadun serta tinggi peradabannya, melihatkan pembentukan kerajaan-kerajaannya, bukti kewujudan Kesultanan Melayu Melaka yang besar di abad ke-15, sejarah pengaliran umatnya yang bertali arus menjejari wilayahnya, dan pengertian Melayu menurut peruntukan Perlembagaan sangat jelas membuktikan bahawa Melayu bukanlah pendatang. Ia tidak menepati sama sekali ciri-ciri atau sifat watak kependatangan itu.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS