<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d9601539\x26blogName\x3dRants+By+Mr+Pokko\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLACK\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://taufiqomar1.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com/\x26vt\x3d-2795159403410467322', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, April 18, 2005; 12:51 AM

Salam

Hoyeh!
Untuk kali pertama sejak aku kembali menulis, aku tidak sempat untuk mengemaskini cerita-cerita yang dipaparkan. Sabtu merupakan hari yang teramat sibuk, penuh dengan pelbagai aktiviti sama ada yang dirancang atau yang datang sengaja mengejut. Bagaimana harus aku mulakan tulisan pada kali ini. Hm...

Sabtu
Ayahanda ke Kuala Lipis sekitar jam 10 pagi. Sebelum itu, aku menghantar bonda ke mesyuarat perempuan islam (kalau tak silap) pada jam 8.30 pagi. Selesai urusan mengucapkan selamat jalan, aku terus sahaja kembali membungkuskan diri di atas katil sehingga jam 2.00 petang. Pada mulanya, saat-saat waktu terasa seperti malas untuk melangkah pergi.Andai aku bisa mempercepatkan masa, pasti aku sudah melakukannya. Namun sebaik sahaja aku berjaya menyakat ad, hidupku kembali ceria. Pada mulanya aku menyakat ad dengan rancangannya untuk keluar bersama seseorang supaya dia berada dalam keadaan yang tertekan. Alih-alih, dia menangis. Ad,,air mata anda membuatkan hidupku ini ceria. Lepas tu, rasa bosan kembali hadir. Dek kerana ketiadaan aktiviti lain, aku berkeputusan untuk terus sahaja menyambung tidur. Jam 5 petang aku terjaga daripada diulit mimpi akibat rasa takut yang menerjah kotak fikiranku.....takut menjadi bengap jikalau tidur selepas asar. Mandi dan mengonlinekan diri. Ad masih lagi tidak dapat dikesan. Merajuk agaknya.

Aku sengaja menghantar mesej kepada Daniar untuk bertanyakan lokasi beliauPucuk dicita ulam mendatang. Dia dan abangnya sedang dalam perjalanan ke Kuantan. Yehaa..ada juga teman pada malam Sabtu setelah ramai daripada rakan-rakan aku melarikan diri dari Kuantan dek penangan Fiesta Media Idola.

Pukul 7.oo malam aku ke Padang MPK 2 berdekatan Stadium Darul Makmur untuk bertemu daniar dan zambri. Selesai minum, aku mengikut mereka ke mesyuarat khas sayap remaja belia 4b negeri pahang. Daniar merupakan pengerusi sayap remaja belia 4b pahang. Aku pula hadir selaku penyemak kerana aku tidak menjawat sebarang jawatan. Kehadiran aku sekadar untuk memantau perjalanan mesyuarat sesebuah organisasi peringkat negeri bagi kegunaan aku pada masa hadapan. Lagipun, bila lagi aku hendak bergerak aktif dalam persatuan-persatuan belia.

Mesyuarat selesai sekitar jam 11.30 malam dan aku, daniar dan kawannya (sudah lupa nama) ke alif. Zambri sudah tidak dapat dikesan. Hilang daripada pengawasan radar.Duduk minum sambil berborak-borak sehingga jam 2.30 pagi. Setelah menghantar kawan daniar pulang, aku dan daniar berpusing-pusing di sekitar bandar kuantan untuk mencari hotel. Kebanyakan hotel sudah penuh ditempah bersempena dengan Fiesta media Idola 05. Mujurlah bertemu dengan sebuah apartmen a.k.a bugdet hotel di belakang restoran alif. Maka dapatlah dia bermalam. Dah dapat bilik, tekak pula kering. Kembali ke alif dan minum (daniar makan) sebelum pulang ke rumah pada jam 5.00 pagi. Phew! Hebat sungguh menjadi kelawar.

Tiba dirumah, aku sempat menelefon patin. Aduhai, patin, ad, zi, nabila and the gang sedang bersuka ria di A & W petaling jaya. Sila pulang wahai cik patin, nak video ke tak....Walaupun sudah didesak untuk pulang, dia hanya sampai di bilik sekitar jam 6.00 pagi di mana pada ketika itu aku sudahpun nyenyak tidur.

Ahad

Bangkit dari tidur pada jam 12.30 tengah hari dan terus menonton rancangan MELODI diikuti buletin 1.30. Selesai mandi, aku terus ke simple benteng untuk makan tengah hari bersama daniar, zambri dan ija. Aktiviti seterusnya: Tanjung Api kerana abg zambri dan daniar hendak beli udang. Belilah deme banyok mana pun! Kemudian rombongan bergerak ke Starbucks sebelum mereka menghantar aku pulang. Mereka kemudiannya meneruskan perjalanan ke Temerloh kerana ada hal yang perlu diselesaikan.

Malam, aku bersama hidzad ke driving range di Kelab Golf Diraja Pahang. 100 biji bola yang dibeli terasa seperti beribu. Sudah hampir 2 bulan aku tidak bermain golf. Kebanyakan daripada bola yang dipukul langsung tidak terbang. Biasalah, baru main kembali. Lama kelamaan pasti akan mengganas kembali. FORM IS TEMPORARY, CLASS IS PERMANENT
Sudah memukul bola, aku dan hidzad ke kopitiam. Bandar agak kosong dan ia begitu menyenangkan.

Sebentar tadi, Manchester United telah berjaya menumpaskan pasukan kesayangan iki, Newcastle dengan keputusan 4-1. Glory Glory Man United. Gembira tidak terhingga rasanya. Kemudian, aku menonton rancangan The Apprentice. Tak sabar rasanya untuk menunggu episod terakhir pada minggu hadapan.

Kepada ad, perlukah anda menangis apabila patin hendak pulang. Ish ish ish..dasyhat sungguh. Belajar-belajarlah kontrol emosi. Kalau payah sangat, pasang kepala paip kat mata tu. Wahaha...Ini ada satu berita gembira. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai aktiviti berakit dari Kuala Medang ke Kuala Lipis, anda boleh menghubungi saya secepat mungkin. Aktviti akan berlangsung pada 30-4-05 hingga 01-05-05.

Ahli-ahli dewan, marilah menyertainya. Bolehlah kita menyambung bercerita di sana. Till then, be nice to each other!


|

Saturday, April 16, 2005; 2:17 PM

Salam

Hoyeh!
Olong, Olong!

Letih. Akhirnya aku selamat sampai ke destinasi tercinta, Kuantan.

Pagi tadi, aku bangun sekitar jam 11.00. Bosan. Agaknya Ikhwan masih lagi dalam perjalanan ke cyber manakala baim dan heikal sedang enak diulit mimpi. Lantas aku terus sahaja mencapai note book yang memang tidak ditutup sejak semalam dan mula melayari laman-laman web. Hendak dimuat turun aplikasi program terkini, aku tidak nampak sebarang keperluan untuk berbuat demikian. Maka, berbolak-baliklah aku dari satu laman web ke laman web yang lain.

Selesai menunaikan solat jumaat, aku ke hb4 untuk makan tengah hari yang terkahir bersama-sama ad, patin dan zi untuk semester pengajian kali ini. Din tidak dapat dikesan; mungkin sedang sibuk melayani adik tercinta(adik betul ok, bukan adik yang satu lagi). Sudah menjadi kebiasaan, ada saja perkara yang hendak dibualkan atau digelakkan andai aku bertemu mereka. Sungguh jahat mereka ini kerana mengajar aku perkara yang bukan-bukan seperti mengeji dan mengumpat. Kuang kuang kuang. Kasihan diriku yang suci ini.

Jam 4.30 aku ke sekolah seri puteri, adik tersayang hendak pulang ke kuantan. Tiba di plaza tol gombak(peringatan: dilarang sama sekali untuk berborak-borak dan menjerit-jerit di plaza tol walaupun terserempak dengan orang yang dikenali) jam 7.00 malam dan kemudiannya berhenti sembahyang maghrib di Stesyen Petronas Karak. 8.00 malam: plaza tol karak (LPT). Disebabkan malam, aku terus saja menekan pedal minyak dan meluncurlah kereta aku membelah kesunyian malam. 140 km per jam . Maklumlah, sudah malam! Kebarangkalian kewujudan polis di celah-celah pokok atau hutan belantara pada waktu begini adalah sangat tipis.

Tiba-tiba, BEDEBUK. Kuang kuang kuang. Rupa-rupanya aku telah selamat menggilis biawak yang melintas lebuhraya. Isk isk isk, kasihan. Tapi dah ketentuan ilahi riwayat hidupnya ditamatkan dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Kalau telanggar patin lagi naya. Mau terbalik kereta aku dibuatnya. Tapi kalau patin pula yang mati, boleh pula dimasak gulai masam. Azie dan ad pasti akan teliur!

Disebabkan memandu dengan kelajuan yang melampau, aku tiba di rumah sekitar jam 9.40 malam. Awal 30 ke 50 minit daripada jangkamasa biasa. Syabas kepada diriku. Mandi, makan dan terus online. Makhluk yang wujud; zie (sibuklah nak taip surat ok...xm tak habis lagi), ad(update blog dengan cerita-cerita aneh) dan din(perlu ke sekarang ini memang serupa dan seiras ok). Patin tidak online. Dengar ceritanya, dia hendak belajar. Yolah tu. Kalau dah dijadikan untuk bergosip tu, gosip jugalah aktivitinya.

Belajar bersungguh-sungguh wahai zi dan patin kerana esok hadiah yang istimewa sedang menanti. Apa hadiahnya. Peluang untuk bersama-sama seseorang meluangkan masa bersama-sama.

Di kuantan ketika ini sedang berlangsung Fiesta Media Idola yang telah selamat dirasmikan oleh KDYMM Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah. Daulat Tuanku! Esok aku yakin bandar kuantan akan menjadi begitu sibuk. Ai, duduk dirumah berchat, tengok astro dan tidur sajalah aktiviti aku. Mujur malam ada perlawanan bola sepak, tidaklah bosan sangat.

Kali ini catatan harian aku kembali menjadi singkat kerana ketiadaan perkara-perkara yang menarik dan keletihan badan. Insyaallah, catatan esok akan lebih menarik. Dah macam pasaran saham, sekejap naik, sekejap turun. Till then, be nice to each other!

|

Friday, April 15, 2005; 2:02 PM

Salam.

Hoyeh!
Kembali bertemu. Hari ini memang teramat gila. Segala-galanya begitu gila buat aku. Jam 9.00 pagi sudah bangkit dari tempat peniduran yang begitu selesa kerana perlu bersiap untuk menghadiri sessi temuduga bersama telekom. Maka bersiaplah aku supaya tampak bersemangat dan bertenaga apabila melangkah masuk ke bilik temuduga. Cukur jambang, cukur misai, cuci muka menggunakan pencuci(hanya dilakukan apabila ada peristiwa penting), menggosok baju dan terakhir sekali mengilatkan kasut. Fuh! Tak kisahlah kerana memang jarang sekalipun aku melakukan kerja-kerja sebegini.

Aku berada di bangunan stad lebih kurang jam 10 pagi; kononnya nak tunjuk profesional dengan hadir setengah jam lebih awal daripada masa yang ditetapkan. Hasilnya, hampeh! Aku hanya ditemuduga oleh dua pegawai bahagian sumber manusia pada jam 12 tengah hari. Soalannya...1)kenapa hendak bekerja dengan telekom, 2)apa pengalaman anda dalam bidang jualan, 3)apa kelebihan anda, 4)jika anda diterima, apakah peluang-peluang perniagaan yang terdapat di Kuantan. Punyalah banyak sampai aku merasakan itulebih menjurus kepada sessi suai kenal yang membolehkan mereka melihat kemahiran berkomunikasi berbanding sessi temuduga formal. Jawapan aku sangat mudah. 1) Sebab hendak mencari sumber kewangan sendiri dan mengembangkan potensi diri, 2)menolong ibu mendapatkan kontrak,3)kemahiran untuk berinteraksi dengan pelbagai kaum yang dibuktikan dengan penyertaan aku dalam sukan boling (hanya 2 daripada pemain boling pahang ketika itu adalah melayu) dan kemampuan untuk memimpindan 4)Bidang pembinaan dan sukan.

Tak cukup dengan itu, pegawai turut sempat mengutarakan killer question, adakah anda yakin dengan kebolehan mendapatkan peluang perniagaan di Kuantan. Insyaallah boleh melalui hubungan baik antara aku dan kebanyakan pengurus pusat sukan di kuantan (kontraktor pun boleh diterima pakai). Maklumlah, sudah lebih 20 tahuun ayahanda menjadi ahli politik; banyaklah kenalan sama ada pada peringkat keluarga mahupun peribadi.

Ditanya lagi, apakah matlamat hidup anda. Senang sahaja, ingin menyambung perjuangan ayahanda dalam memartabatkan maruah bangsa melayu di luar bandar supaya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan masyarakat kota tidak kira bumiputera atau tidak. Aku percaya kepada hakikat bahawa seandainya masyarakat luar bandar diberi peluang untuk memajukan diri, mereka pastinya akan menjadi lebih baik berbanding masyarakat kota kerana kehidupan mereka masih lagi berpaksikan nilai-nilai kemasyarakatan yang tinggi. Tapi untuk merealisasikan cita-cita tersebut, aku memerlukan simpanan yang mencukupi untuk terjun ke bidang politik. Sebab itu, aku memerlukan kerja.

Selesai temuduga, aku ke bilik faidzal. Baru selesai peperiksaan kawan aku yang seorang ini. Hilang penat, kami ke tau cafe untuk makan tengah hari. Perlu ke kalau ketika sedang sibuk park kereta patin menelefon mengajak aku ke perpustakaan untuk bercerita. Wakakaka...ad tengah study rupa-rupanya. Pulun ad pulun! Nabila turut serta menzahirkan batang tubuhnya di situ. Kisah yang diceritakan sudah dapat diagak; kisah MEM tersayang. Rupa-rupanya ad telah dicium oleh Kak Umi. Itu tandanya kak Umi masih sayangkan ad. Sayang kak Umi!

Dek kerana sudah beramai-ramai begitu, maka aku, faidzal, ad, patin dan nabila terus sahaja ke tau cafe untuk makan tengah hari. Wow!sedapnya. Banyak juga topik yang diperbualkan ketika sedang ralik menjamu selera tetapi kebanyakannya berkisar kepada isu pengaktifan kembali Kelab Warisan. Sekitar jam 1.30 , kepulangan faidzal diganti dengan kehadiran duku. Cayalah duku, walaupun itu merupakan kali pertama kita bertentang mata tetapi kita tetap bersatu hati dalam isu ad. Gila seronok mendengar cerita mengenai kesilapan mengenal pasti stesen minyak yang berada di sebelah rumah walaupun sudah lebih 20 tahun tinggal di situ. Apelah mike, udoh pun namenye tempat rumoh, takkan la tak sedor cap mende stesen minyoknye.Ekekeke!

Pukul 2.30 ad ke dewan peperiksaan, aku pulang ke cyberia. Konon nak tidur tapi tak mata memang tersangat degil. Asyik nak terbuka je. Aku lawan juga. Tutup.Buka.Tutup.Buka.Akhirnya aku mencapai lap top dan terus online. Hah..ade patin sedang beristirehat. Buzz! Ting Tong! Sempat dalam 10 minit je berborak sebab dia hendak berhibernasi dek kerana terhidrat. Argh..bosan. Fikir punya fikir maka aku pun berkeputusan untuk memuat turun apa sahaja aplikasi sementara masih berada di cyberia. Hasilnya, agak update jugalah lap top aku ini.

Sekitar jam 6, aku memaksa ad, patin, zi dan din untuk segera bersiap bagi memulakan operasi pemutihan; penghantaran barang-barang ad ke balakong yang persis seperti mbak yang berkeliaran apabila diserbu pak polisi. Jabir hitam bapok beso! Tapi sebelum itu aku kena ke shah alam untuk hadir menyaksikan upacara penyampaian hadiah pertandingan bola sepak anjuran pemuda umno bahagian shah alam. Maka berbondong-bondonglah kami beserta dengan bagasi-bagasi kepunyaan ad (nak balik sedekad agaknya) ke shah alam sebelum ke balakong. Tapi sebelum itu, singgah makan asam laksa di putrajaya. Pepalih sedapnye weh!

Selesai aktiviti di shah alam, aku ke balakong. Sesat. Sesat. Sesat. Macam manalah ad boleh lupa. Mujurlah perut sudah berisi. Satu persatu u turn dilalui tetapi taman cheras mende entah masih belum dijumpai. Akhirnya bertemu juga kami dengan rumah mak cik ad setelah lima belas minit mencari. Selesai memunggah barang, ad mengutarakan idea untuk bersiar-siar di kuala lumpur.

Menononglah aku ke kuala lumpur tanpa arah tujuan sebelum menerima panggilan dariapda shahril. Singgah mengambil dia di bintang walk dan kemudiannya makan malam di cheras. Borak dan sembang lagi. Kalau nak ikut huruf, memang habis topik bermula a sampai ke z yang digosipkan. Dasyhat!

Dalam perjalanan pulang ke cyberjaya, keadaan menjadi semakin tidak terkawal. Din yang sebelumnya telah dipukul dengan manjanya di punggung oleh shahril tampak seperti sudah hilang kewarasan akalnya. Wahaha...memang riuh rendah. Patin dan zi turut sama menyumbang jenaka-jenaka yang memang telah berjaya menghilangkan suara aku. Syabas. Isu utama: Pengharaman penggunaan huruf t dalam sebarang urusan harian bagi kebaikan bersama. Isu ini telah diluluskan dengan undian majoriti dan dikuatkuasa serta merta bermula jam 8.30 malam lagi. Bayangkan t**** jadi eek. Olong, olong! Saki lagi peru aku.

Sampai di cyberjaya sekitar jam 2.00 pagi. Haida sudah selamat berada di Kuantan dan faidzal pula ke kuala lumpur. Apa lagi, balik ke d-68-b dan berchat sampai cerahlah. Din ,din. Hari ini sifat sebenar anda telah terserlah. Memang berbakat kalau ingin menjadi yang dipertua dewan yang berikutnya. Ganas dan berkualiti. Memang betul-betul penyu belimbing berkarah yang diperbuat daripada material yang berkualiti. Bakat anda memang terserlah ketika berseorangan di hadapan kl plaza. Usaha lagi dan anda pasti akan berjaya! Wahaha.

Ad, perlu ke berdiam seperti batu sepanjang perjalanan pulang. Atau sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Kui kui kui. Lepaklah, sekali sekala, dua kali dapat pahala. Terima kasih sebab belanja abang makan tadi. Adlah adik kesayangan abang. Ekeke.TC sekali!

Esok aku akan pulang ke kuantan. Aduh!bosannya. Mujurlah liga super akan bersambung tidak lama lagi. Semoga Pahang (gajah bukan penyu) akan muncul juara liga.

Ayahanda menelefon sebentar tadi bertanyakan mengenai sesi temu duga. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar. Sempat juga aku bertanya mengenai kes ayahanda. Semoga tuhan menunjukkan kebenaran. Amin.

Satu lagi, tadi aku bertemu dengan seseorang yang boleh dikatakan musuh jugalah. Memang dasar manusia tidak ingat jasa. Aku merupakan antara orang yang tolong dia ketika pemilihan src tetapi sekarang beri salam pun tidak berjawab. Berkatalah orang....dia tidak suka orang politik agaknya. Pergilah mampus..src tu politik la beb. Tipu dan bohonglah kalau src tu bukan politik. Telinga ini juga panas mendegarkan pengakuannya yang mana dia telah menduduki ujian ptd. Tang ini lagi bengap. Bukan ke ptd tu nanti akan bekerja dengan kerajaan. Mahu tak mahu kau akan terlibat juga dengan politik. Bodoh betul. Inilah akibatnya kalau bercakap menggunakan kepala lutut. Sekarang ini jadilah kau manusia hipokrit. Lantak. Memang padanlah kau menerima azab ilahi sebab menyombong tak tentu pasal. Kalau betul pun marah, jawablah salam. Apa kau ingat tinggi sangat ke nilai iman kau!

Kepada yang lelain, maaf kerana teremosi sedikit. Banyak dah menulis kali ini. Till then, be nice to each other!

|

Thursday, April 14, 2005; 2:11 PM

Salam

Letih lagi!Namun hati tetap puas. Hari ini aku aku keluar lebih awal, sekitar jam 2.30 petang. Selepas makan tengah hari di Tau Cafe (sentiasa teringat akan keenakan mee bandung), aku dan dan para ahli dewan ke puchong untuk bertemu Uncle Halim. Selepas menyerahkan sijil kursus induksi pendatang asing kepada uncle halim, kami terus ke KLCC.

Sampai di KLCC, terus sahaja aku ke kaunter tiket wayang TGV. Hajat di hati ingin menonton cerita inggeris tetapi dek kerana keterbatasan tiket, aku tonton sahaja cerita the eye 10. Ceritanya agak menarik kerana jalan cerita yang tidak membosankan. Namun kepada penggemar cerita seram seharusnya melupakan cerita ini kerana ia lebih menjurus kepada karya berbentuk komedi berbanding seram. Bolehlah bagi 3.5 bintang!

Selepas dapat tiket, aku ke KFC. Ada kisah menarik terjadi di KFC namun aku berpendapat ia tidak harus diceritakan kepada umum demi menjaga hati AD. Namun aku memang gembira melihatkan telatah cik ad di KLCC. Hoyeh! Kura-kura cik ad (pokko konon!) yang dibeli di puchong juga pasti akan mati kelemasan andai mengetahui kisah yang telah terjadi ke atas batang tubuh tuannya.

Malam kami ke kajang untuk makan satay. Sedapnya amat! Pulang ke cyberjaya pada jam 11.45 malam dan terus mengonlinekan diri. Malangnya, tiada makhluk yang boleh dikacau. Cuba menghubungi faidzal namun deringan telifon dibiarkan tidak berjawab. Haida pula sibuk belajar kerana khamis ada exam. Maka bersiaplah aku untuk tidur memandangkan esok aku ada sesi temuduga pada jam 10.30 pagi. Blog pada kali ini memang tidak sepanjang biasa kerana aku sudah tidak bertenaga lagi untuk mengarang. Letih dan mengantuk.

Mungkin esok aku akan kembali bertenaga untuk menulis seperti biasa. Till then, be nice to each other!

|

Wednesday, April 13, 2005; 2:10 PM

Salam.

Hari ini memang tersangat letih dek kerana jadual harianku yang penuh sejak dari pukul 9.00 pagi. Untuk kali kedua dalam bulan april aku bangun awal - sekitar jam 8 pagi. Selesai mandi aku terus ke celcom untuk bertanya khabar akan telefon satelit ayahanda yang sedang dibaiki. Berita kurang baik - hanya boleh diambil kembali pada pukul 3 petang. Aduh!Maka pulanglah diriku ini dengan hati yang begitu hampa.

Pergi ke pejabat pada jam 11.20 pagi dan pulang ke rumah pada jam 12.30. Sekejap bukan...biasalah kalau dah jadi pemandu peribadi bonda. Pulang ke rumah pukul 1 dan makan tengah hari bersama-sama ayahanda dan bonda. Selesai makan, aku ke Pejabat Dato Shahiruddin untuk mengambil surat sokongan. Terima kasih daun keladi!Insyaallah dengan izin ilahi dan berkat surat yang ditulis YB Dato, aku akan mudah mendapat kerja.

Jam 5 petang aku bertolak ke Kuala Lumpur. Tiba di cyberjaya pada jam 8.20 malam dan terus mencari ahli-ahli dewan. Ikan patin..ikan patin..wowowow...sungguh pelahap mereka itu. Selesai mereka bersantap, aku menghadapi dilema untuk mencari lokasi makan malam. Sudah lama aku tidak makan malam di kuala lumpur dan bandar-bandar yang sewaktu dengannya. Hajat di hati hendak ke uptown tapi terus ke kg baru. Sedap juga nasi lemak weh.

Malam tadi telinga aku sibuk mendengar luahan perasaan the triplet. Yesza..umpat F.M kembali berkumandang. Sibuk betul kita bersidang. Mentang-mentanglah sekarang ni dewan rakyat dan kebanyakan dewan undangan negeri sedang bersidang, maka kita pun hendak bersidang. Perlu ke. Habislah ad korek satu persatu cerita mengenai mem tersayang. Lebih kurang pukul 1 pagi baru aku pulang ke cyberjaya.

Kejutan: aku menerima hadiah. Wahaha..terima kasih la weh deme...dapat buaya ke dinosour. Entahlah..tapi yang penting namanya ialah RODONG(mungkin bersempena dengan wallet ad). Bercakap mengenai wallet ad, seronok sungguh hati aku melihatkan pujuk rayu ad. Wow..lebih kurang macam dah setahun tak disentuh. Apa yang lebih mengharukan ialah apabila mereka ini sanggup meconteng di atas kertas pembalut hadiah semata-mata untuk memeriahkan suasana. Gambar ikan patin tu yang paling mahal. Sekali lagi, terima kasih. Tag yang dibuat pun cantik nye amat. Cuma kalau ada gambar kawan kita yang seorang lagi pasti ian akan tampak lebih mantap. Ad, bab-bab mantap hanya aok yang memahaminya.

Zi, perlu ke nak pesan air buah sirap lim. Nasib baik bukan air sirap lim goh tong. Bagus!Blog anda sudah dikemaskini. Maju zi maju. Jangan toleh kebelakang dan pastikan langkahan anda semasa meluru ke hadapan sentiasa bersemangat.

Selesai menghantar pulang ad, patin dan din aku pergi bertemu Faidzal pula. Kami bercakap mengenai isu-isu semasa dan perjuangan politik masing-masing. Baguslah kalau hendak mengaktifkan kembali Kelab Warisan. Aku akan sentiasa memberi sokongan sedaya yang termampu. Insyaallah, kita akan berjaya menyatu padukan masyarakat melayu di mmu andai niat perjuangan kita itu adalah demi bangsa, agama dan negara.

Pulang ke townhouse cyberia sekitar jam 4.30 pagi. Budak-budak rumah masih sibuk menonton Champions League (Chelsea lwn Bayern Munich). Aku tak kisah sangat sebab aku tidak menggemari kedua-dua pasukan ini.

Sejuknya! Nampaknya hasrat untuk mengupload video semasa aku membuka hadiah terpaksa dibatalkan kerana mengantuk. Tunggu.....till then be nice to each other.

|

Tuesday, April 12, 2005; 2:39 PM

Salam.

Malam ini aku sekeluarga makan malam di Lemon Tree. Sudah lama kiranya kami sekeluarga tidak makan bersama-sama di luar. Entah apa sebabnya, tiba-tiba aku mendapat panggilan sekitar jam 8.30 malam; balik sebab nak makan di luar. Mungkin kerana untuk meraikan hari ulangtahun kelahiran kakak sulungku. Selamat Hari Jadi.

Kebetulan pula Dato Shahrudin makan di Lemon Tree juga. Dato Shahruddin merupakan antara sahabat ayahanda yang masih lagi menghubungi ayahanda. Kesempatan bertemu Dato digunakan sepenuhnya; aku mohon surat sokongan menyatakan aku pernah mewakili pahang dalam sukan tenpin boling. Surat ini memang sangat berguna apabila aku menghadiri temuduga memandangkan keputusan peperiksaan aku yang tidak begitu baik (second class lower). Tapi sebenarnya, 2.81 untuk atlet yang begitu aktif mewakili negeri dalam begitu banyak pertandingan baik di peringkat tempatan atau antarabangsa tidaklah begitu teruk. Kira-kira aku ini boleh dikategorikan dalam kategori Athelete With Brains.

Tadi aku mendapat panggilan daripada Encik Shahrizan yang mengesahkan sesi temuduga aku dengan telekom pada hari khamis jam 10 pagi. Alhamdulillah, dapat juga aku memohon sesi temuduga berkat hubungan mesra antara aku dengan beliau. Aku mula mengenali encik shahrizan ini sewaktu kes aku bersama bekas teman sebilik aku sewaktu di tahun pertama. Aku juga telah ke melaka untuk menghadiri program khas presiden yang turut dikendalikan oleh encik shahrizan.

Petang tadi aku ke kopitiam bersama-sama hakim. Sempat pekena segelas minuman aneh yang diperbuat daripada campuran air coke, kopi dan sedikit perahan limau. Pergh...terpaksalah telan sebab harganya boleh tahan mahalnya RM 5.90. Kami berborak-borak mengenai perkembangan skuad boling pahang dan juga perancangan politik aku.

Patin pula sibuk hendak menidurkan diri. Mungkin sebagai pelepas rindu setelah gosip antara baung dan d***** diketahui umum. Wakakaka,,akhirnya dapat juga patin bertemu dengan abang d*****.

Ad pula sibuk dengan aktiviti yang aku sendiri tidak tahu apa bendanya. Yang aku tahu, sebaik sahaja aku bertemu dengan the triplet aku akan menuntut hadiah yang dijanjikan. Bercakap mengenai ad juga, tadi aku telah selamat menulis testimonial kepada room mate tercinta. Ekekeke...aku harap dia sudi menerima testimonial tersebut.

Azie ke mana...sibuk berhempas pulas menghafal formula bagi kertas financial management agaknya. Aku faham sebab dulu aku sendiripun sekadar mendapat c. Selamat berjaya!

Din and the gang macam mana. Esok aku ke cyber wei...bila lagi nak belanja makan. Kalau boleh ajak lan lagi best. Ini merupakan peluang kita yang terakhir untuk bersidang sebelum sidang sessi 2004-2005 ditutup secara rasminya. Bersiap sedialah semua. Till then, be nice to each other!

|

Monday, April 11, 2005; 2:13 PM

Salam.

Hari ini memang aku tersangat letih. Tak tahu kenapa tetapi aura katil memang terasa teramat kuat.

Blog kesayangan tampaknya semakin siap. Galeri bergambar juga sudah boleh dilawati - silalah lawat andai ingin melihat pelbagai gambar. Sekarang ini aku dalam proses untuk menyiapkan album ketiga yang akan memaparkan gambar aku dan teman-teman d-68-b. Aku juga telah berjaya mengadakan bahagian baru yang bergerak-gerak yang mana ia memaparkan pandangan umum mengenai diriku. Lantaklah orang nak kata apa pun, yang penting hidup mesti gembira.

Petang tadi aku menemai Hidzad ke Tanjung Gelang; mencari pejabat tempat dia akan menjalani latihan amali selama 3 bulan. Akhirnya, kawan aku ini hanya tinggal satu semester lagi untuk menamatkan pengajian. Syabas la wei, lepas ini boleh belanja aku. Hidzad dan aku merupakan sahabat sejak darjah 4 (duduk sebelah menyebelah lagi dalam kelas hingga tingkatan 5). Aku pula telah letih mengemel resume ke pelbagai syarikat, antaranya MAS, BMW, Telekom, Security Commission dan Maybank. Agakan aku, antara banyak-banyak umpan yang telah aku taburkan pasti satu akan mengena. Balik dari Tanjung Gelang, kami bershooto. Pergh...keputusannya aku menang 5 daripada 6 perlawanan. Ternyata latihan yang diterima semasa berada di d-68-b telah membuahkan hasil.

Ad pula hari ini mengadu yang aku selalu mengacau. Biasalah ad, siapa lagi yang sudi mengacau ad kalau bukan abang. Ekekeke.....Patin dan Zi tidak dapat dikesan. Mungkin sedang menjadi kepompong atau sibuk belajar + bergosip. Tapi tadi teropong ajaibku mengesan mereka ini di Alamanda Putrajaya. Dengan ehem ehem. Wah wah wah..semakin MESRA (bab kata bob AF2) nampaknya mereka ini. Syabas juga diucapkan kepada zi dan ad kerana akhirnya blog mereka telah mula dilawati. Kalau boleh, rajin-rajin menulis supaya dapat keh baca kisah hidup anda semua yang sentiasa dibayangi oleh mem memasing. Hari ini juga aku sempat berchat dengan Lan setelah sekian lama. Kenapa diam sahaja - takkan merajuk membawa diri.

Bosan dan bosan dan bosan. Entah kenapa sekarang ini fikiranku asyik sahaja terbayang mengenai kemesraan para belia kuala medang. Bila lagi agaknya aku berpeluang untuk beraktiviti bersama-sama mereka. Dahulunya, hari minggu sebegini akan dihabiskan dengan bermain boling (dari pagi sampai ke malam). Sekarang, bermain hanya 2 game sudah begitu membosankan. Mungkin kerana aku sudah tidak sehandal dahulu. Nasiblah, karier sukan terpaksa dikorbankan bagi memberi tumpuan kepada agenda yang lebih utama: POLITIK.

Pukul 8 malam tadi aku sempat mengerling ke kaca televisyen. Wow! Gegaran susulan berukuran 6.8 pada skala rikter telah melanda sumatera sekali lagi. Gegaran turut dirasai di Lembah Kelang. Semoga Cyberjaya terlepas daripada menerima sebarang gegaran sepanjang aku berada di sana bermula selasa ini. Amin.

It has been quite some time since the last time i wrote something in English. A lot have been happening in the world lately and its not much to celebrate about. My triplet friends are still experiencing not so good ties with their emotional roomates, my throat is killing me, a repetition of same old boring days and a disastrous earthquake hit Indonesia. Indeed, not much to celebrate.

A special reminder to the triplet: it is important to differentiate between colleagues who are simply annoying and ones who are destructive. Never fear, for below, ive listed two types of colleagues that can poison(or at least screw up) the environment in your own room and i also tell you guys how to put them in their place once and for all.

Insecurity
----------
Insecure people boost their self-image by criticising others or by throwing tantrums. They are also keen to defend (justify, even) whatever they have done or said, even if they are not being directly criticised. This can also be a very dangerous sign because insecurity often comes with a good deal of paranoia.

Fix It
------
It may be difficult, but reassure them to build up their self esteem. Don;t snap back at them, but be assertive adn attempt to see the problem from their point of view. Ignore temper tantrums by remaining silent. if you attack them directly, they are likely to get very very defensive and hold a grudge.

Negative
---------
Negative people are very damaging because they affect those around them, and may be trying to protect themselves from future failure. Negative people can also be aggresive, bullying types who demand that things be done their way and always know best. Often you can start to identify the negative types two or three months into a new environment after everyones become used to your presence. They will usually sidle up to you and then, in a confidential tone, start griping about this or that aspect of the environment. if you take it to heart, you may become negative too. But be careful, many bullies are cowards who would prefer it if you fought their battles for them.

Fix it
-----
get them to explain whay they feel as they do, but dont waste time arguing. If the person is a bullying type and you can avoid dealing with them, perhaps it is best to steer clear as bullies rarely change. And if you escape them, another effective tactic is to ask them why they dont seek someone else.

And finally, to my dearest friend Hamizah, how;s life over there. Can i have your url since ive lost the one you gave a few months ago. Till then, be nice to each other

|

Sunday, April 10, 2005; 2:05 PM

Salam

Hoyeh

Sebelum apa-apa, ingin aku membuat sedikit pembetulan. Majlis konvokesyen aku akan berlangsung pada 7-8 dan bukannya 17-8 seperti yang diwar-warkan semalam. Entah mengapa aku boleh tersilap melihat tarikh - mungkin kerana terlalu gembira disebabkan usaha selama 5 tahun akhirnya membuahkan hasil. (Ad, kalau aok tu memang lah tak teruja sebegini sebab setiap tahun pun aok dapat buah!).

Akhirnya, aku telah berjaya menukar konsep blog. Sebenarnya, aku lebih menggemari blog terdahulu yang berkonsepkan klasik dengan menggabungkan warna hitam dan putih ; warna kegemaran aku yang juga merupakan warna kedaulatan bumi darul makmur yang tercinta ini. Tapi nak buat macam mana kalau dah ramai yang mengadu mengenai tahap kesukaran untuk membaca tulisanku. Maka dengan bangganya aku mempersembahkan blog yang berorientasikan informasi. Nah! Di dalamnya aku boleh menampal gambar-gambar menarik (tidak seperti blog terdahulu kerana ruang tulisan yang terbatas), shoutbox yang lebih besar supaya para pembaca dapat menulis dengan tidak perlu lagi menjegilkan mata. Namun apa yang membuatkan blog terbaru ini begitu berinformasi ialah dengan wujudnya ruangan jadual bulanan aku bagi membolehkan ahli-ahli dewan membuat perancangan!

Di sini juga aku sempat mempromosi kg kuala medang, kampung kesayanganku. Cunna, marilah datang ke sini, boleh kita melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti berkayak, berakit, mendaki gua, masuk hutan dan pelbagai. Moh la kite sesama ke Kuala Medang!www.kualamedang.com

PC aku hang pula - mungkin balasan kerana mentertawakan ad tempoh hari. Mujurlah pc, kalau note-book, menangislah aku atas kehilangan pelbagai koleksi berharga terutama Baywatch The Series. Hahahaha. Satu hari aku berhempas-pulas untuk membaikinya. Kononnya nak guna Linux tapi kalau windows xp pun dah takat nyawa-nyawa ikan, baiklah aku lupakan saja hajat yang menggunung itu. Dahlah server (dial-up) lembab hari ini. Nak upload gambar-gambar kenangan sepanjang kehidupan di MMU; cadangannya nak wujudkan ruangan galeri di blog ini. Insyaallah, sebaik sahaja selesai menampal-nampal gambar, aku aku wujudkan capaiannya di sini.

Sekarang ni tengah sibuk nak mencari ruang untuk mengupload resume. Kat mane weh! Deme yang tahu guane gaye bulehlah mesej keh dan jase wokme akan keh kenang hingga akhir zaman. :)

Bercakap mengenai bola, Manchester United tumpas lagi! Kali ini mereka tumbang kepada Norwich City di Carrow Road. Lupakan sahaja niat untuk muncul juara liga kerana ia memang tampak begitu mustahil. Sedih memang sedih kerana untuk tahun kedua berturut-turut manchester gagal untuk bergelar juara liga. Namun benar seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, dalam merah ada hijau, dalam kilat ada silau, dalam masjid ada surau. Sekurang-kurangnya aku boleh berbangga kerana pasukan kerdil yang menumbangkan gergasi bola sepak dunia ialah pasukan yang ditaja oleh syarikat konglomerat tempatan, Proton. Kalau ada rezeki, musim depan Norwich akan terus mempromosi jenama tempatan di persada antarabangsa. Hidup Malaysia!

Ibid! Tengah belajar ke. Apakah status rancangan berjalan-jalan selepas tamat belajar di MMU. Selamat berjalan dan kalau nak menghadiri temuduga, jangan lupa hubungi aku. Till then, be nice to each other!

|

Saturday, April 09, 2005; 2:19 PM

Salam

Hoyeh

Akhirnya aku telah mendapat kepastian akan tarikh majlis konvokesyen yang dinantikan. 17-8-05 bertempat di dewan sri negeri ayer keroh. Yehaa! Ayer Keroh..here i come!

Malam tadi - the triplet (zi, ad, patin) sibuk meluahkan perasaan masing-masing. Sedih ada, marah ada, kelakar pun ada. Entahlah, bukan aku tidak memahami keadaan mereka kerana aku juga pernah hidup ber-room mate-(dengan izin yang dipertua dewan). Tapi ketika ini jiwaku memang terasa sangat gembira- maka apa sahaja masalah akan ditolak ke tepi umpama memukul nyamuk yang hinggap di dahi patin (ikan ada dahi ke..ekekeke). Sabar jelah, beberapa hari lagi penyeksaan itu akan berlalu dan hari yang mendatang pasti akan menjanjikan kegembiraan andai kita mampu membiarkan sahaja memori pahit itu berlalu pergi.

Aku sendiri sebenarnya tidak begitu memahami masalah mereka yang begitu kompleks. Pada hemat abang long(wah!), lebih baik anak-anak kecil bercerita terus a.k.a bergosip secara langsung supaya mesej yang hendak disampaikan dapat difahami tanpa rasa sangsi (abg long kalau dalam bab putar memutar ini memang jaguh no 2, no 1 abe angkat kita!). Kalau mengikut perancangan, the triplet akan ke kuantan pada esok hari. Huwah! Baguslah, boleh kita berbicara hati ke hati(kalau ad t**** ke t****) selama mana yang kita mahu. Atau mungkin kita boleh pulang sebelum matahari terbenam supaya keh dapat mencari di mana titik jatuhnya sang mentari di ufuk barat (sukalah deme-deme, untuk kali pertama keh terkanyor!).

Hari Isnin aku akan ke Cyberjaya - banyak urusan yang perlu diselesaikan - menghadiri temuduga, mengemaskini biodata dan juga untuk mengaktifkan kad pintar bagi majlis konvokesyen. Namun, yang berada di puncak segala aktiviti ialah aktiviti membuka sidang dewan kali terkahir bagi sessi 2004-05. Harapan yang dipertua dewan hanya satu: ahli-ahli dewan telah menyiapkan diri dengan jawapan bagi soalan-soalan lisan dan tidak mengantuk.

Sekarang ini aku tengah memikirkan cara-cara untuk menambah pendapatan. Jual pisang goreng pun ok juga! Sekurang-kurangnya aku dapat menambah pendapatan bulanan melalui titik peluh sendiri dan bukannya bergantung kepada ihsan ayahanda dan bonda. Aku memang berharap sangat supaya permohonan aku untuk berkerja di kuala lumpur diterima oleh mana-mana syarikat pun. Maklumlah 2007 sudah mula mengintai dan aku perlu membuat persiapan rapi bagi menyambut ketibaannya.

Ikhwan masih lagi tidak mengupdate blognya. Mungkin sibuk belajar - sudah menjadi kebiasaan baginya untuk belajar pada minit-minit akhir. Dahulunya, aku juga begitu. Harapan hanya satu: selepas tamat tempoh berduka (minggu peperiksaan), kau akan kembali menulis. Till then, be nice to each other!

|

Friday, April 08, 2005; 2:03 PM

Salam.

Hari ini aku menerima berita yang menggembirakan. Dua daripada ahli dewan sudah mula berjinak-jinak dengan alam penulisan blog- satu anjakan paradigma. Tahniah - akhirnya anda semua telah menyedari akan kepentingan menulis dalam memupuk bakat bersidang. Ad atau nama glamernya ROS sekarang ini berada dalam proses mengemaskini latar blog miliknya. Agakan aku: berbunga-bunga dan penuh warna yang akan menyaksikan blog miliknya saling tak tumpah seperti tadika. Zi(wakil maran) tampak lebih bersahaja dalam memaparkan keinginan berblog. Mudah dan bergambar. Terpulanglah kepada kemahuan masing-masing kerana yang penting kita terus menulis. Patin bila lagi. Takkan sibuk melepaskan ekor yang tersangkut.

Ad nanti bolehlah bercerita mengenai kisah percintaan dengan ayam togel yang tak berkesudahan. Gosip: pc sudah diformat. Aduhai..kasihan.Hilanglah sudah segala koleksi tidak senonoh termasuk koleksi klasik : BAYWATCH. Aku di minta oleh ahli dewan untuk meluangkan masa bersama-sama mereka pada minggu hadapan, 15 dan 16 hb april. Insyaallah, sebaik sahaja selesai perbicaraan kes ayahanda di raub pada hari sebelumnya, aku akan sampai di sana. Ada apa-apa ke. Mungkin juga aku ingin dihadiahi sesuatu. Selama 5 tahun aku berada di cyberjaya, tidak pernah seseorang memberi aku hadiah. Ad, patin, zi, din dan lan...aku berharap kali ini akan ada kelainannya.

Ikhwan, silalah mengemaskini blog. Sempat berchat dengan mamat ni sebentar tadi, kononnya ingin menutup terus blog miliknya. Alasan yang diberi: dicerobohi orang yang tidak dikenali. Pedulikan semua itu. Sekurang-kurangnya pencerobohan itu menandakan blog ko masih dikunjungi makhluk bernyawa. Sudah lama jiwa aku ini tidak menyantap kisah-kisah aneh di d-68-b.

Kepada cunna - sekarang ni nampaknya semakin sibuk dengan perniagaannya. Tahniah dan syabas. Semoga lebih banyak usahawan bumiputera yang berjaya. Agak-agak kalau yb nak tempah dari kuantan, boleh tak.

Tahniah juga kepada pasukan Pahang yang telah berjaya mencuri satu mata di hong kong. Kekalkan semangat juang dan berikan persembahan yang terbaik apabila liga super bersambung semula hujung bulan ini.

Hidup aku hari ini agak membosankan. Semenjak pulang dari lipis, aku tidak lagi keluar merewang-rewng di bandar kuantan. Bukan penat tapi mungkin kerana rindukan kenangan manis sewaktu bersama-sama pemuda-pemudi kuala medang. Tambahan pula televisyen sering menyiarkan cerita-cerita yang menarik untuk ditontoni. Malah ketika aku menulis ini pun, The Bachelor sedang disiarkan di tv2. Esok hari Jumaat. Aku masih tidak mempunyai rancangan. Mungkin sahaja aku akan bermain golf bersama shahmy di Astana. Namun ia bergantung kepada keadaan cuaca dan kepada kadar kerajinan untuk bangkit pada esok pagi. Hari sabtu aku mungkin akan ke kuala lumpur (20%). Itupun kalau rajin. Kalau jadi, aku akan ke cyberjaya untuk mengganggu anak-anak pelajar mengulangkaji pelajaran. Till then, be nice to each other.

|

Thursday, April 07, 2005; 1:59 PM

Bertemu kembali.

Minggu depan aku akan ke raub; menghadiri perbicaraan ayahanda (setelah banyak kali ditunda) pada 13 dan 14 hb april. Harapan aku ialah semoga kebenaran akan terserlah pada hari perbicaraan. Kepada yang menganayai, percayalah kepada ketentuan ilahi, sesungguhnya doa orang yang difitnah tidak ada hijabnya dan mereka berada sungguh dekat dengan ilahi.

Aku juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pergerakan pemuda umno cawangan kuala medang atas kepercayaan yang telah diberi bagi mewakili pemuda cawangan ke persidangan pemuda bahagian. Aku merasa bangga dan terharu kerana ia merupakan mesyuarat kedua yang aku hadiri dan dalam usia setahun jagung, aku telah diberi peluang untuk menggalas tanggungjawab yang pada pemikiran aku sungguh besar ertinya.

Iki, apa khabar sekarang. Kali akhir aku bertemu dengan teman sebilik aku ialah pada pertengahan bulan mac.
Sempat juga aku mengajak mamat ni menemani aku pulang ke kuala medang untuk mesyuarat pemuda dan tanpa membantah dia bersetuju. Terima kasih daun keladi kerana sudi menemani walaupun aku tahu kau penat, maklumlah pukul 2.30 pagi baru sampai ke cyberjaya. Tapi sekurang-kurangnya kau berjaya menerobos ke dalam mesyuarat pemuda cawangan.

Bulan lepas juga aku telah berjaya meluangkan masa untuk ke genting bersama-sama lan, zi, patin dan ad. Rancangan asal untuk menonton wayang dan bersiar-siar terpaksa ditukar kerana keinginan untuk ke genting begitu membuak. Lagipun aku telah lama tidak bersama-sama ahli-ahli utama kelab warisan ini. Seperti biasa, kami bersidang, berstarbucks dan kemudiannya menonton filem ROBOT. Oh baby baby!

Cunna, suruh-suruhlah iki tu update blog. Ataupun suruh dia anjurkan trip perkhemahan. Bolehlah cunna ikut serta!

Hari ini juga aku ada terbaca artikel mengenai kemungkinan berlakunya satu lagi tsunami dalam jangka masa terdekat ini. Alam semesta sudahpun memberi tanda-tanda awal dan nampaknya rakyat malaysia perlu bersedia untuk menghadapi satu lagi ujian ilahi. Mujurlah aku berada di pantai timur, jikalau tidak pasti hidupku bertambah susah memandangkan keadaan rumah yang terletak hanya beberapa kilometer dari pantai teluk chempedak.

|

Wednesday, April 06, 2005; 1:38 PM

Salam

Sudah sebulan lebih aku tidak mengemaskini blog; bukan sengaja membiarkan ia tidak dikemaskini tetapi tuntutan harian yang lebih utama menyebabkan penceritaan kisah kehidupan terpaksa diketepikan.

Bulan mac yang lepas merupakan antara bulan yang paling menarik dalam lembaran kehidupan aku. Aktiviti yang dahulunya paling tidak digemari kini bertukar menjadi satu kegilaan. Mungkin benar kata kawan-kawan semasa aku masih di sekolah; TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Namun pada aku, satu-satunya faktor yang menyebabkan aku menggemari aktiviti berkhemah ialah kerana kemesraan belia-belia di kg Kuala Medang.

Selama dua minggu berturut-turut aku menjelajahi khazanah pusaka bumi tok gajah. Trip pertama: Jeram Tema dan Kg Lancang. Semasa di sana, aku berpeluang mencuba pelbagai jenis aktiviti yang selama ini hanya menjadi angan-angan. Menjala ikan pada jam 2 pagi, berkhemah di tepi pasir dan mengharungi arus sungai untuk menangkap ikan selama 30 minit memang menyeronokkan. Tapi kemuncak keseronokan adalah ketika menaiki perahu + berakit untuk menghilir selama 4 jam. Hasilnya, aku tampak seperti anak india. Walaupun kulit terbakar, aku pasti akan mengulangi aktiviti ini pada masa hadapan.

Trip kedua: memanjat gua bermit. Pelik! tapi itulah yang terjadi. Aku sanggup meninggalkan kehidupan di kota demi untuk berada dalam gua. Perkhemahan selama 3 hari terasa hanya seperti sehari.

Memang ramai yang terkejut melihatkan perubahan yang berlaku pada diriku. Dahulu aku memang tidak menggemari aktiviti begini. Malah sewaktu perkhemahan sulung pengakap bagi menerima lencana keahlian pun aku hanya mampu bertahan selama 3 jam sebelum pulang ke rumah. Aku percaya perubahan yang berlaku didorong oleh rasa cinta terhadap perjuangan ayahanda yang meluap-luap.

Bulan Mac juga menyaksikan aku menghadiri temuduga pertama di Dreamworks Inc. Aku rasa tak dapat. Maklumlah, dengan berbekalkan sijil kelas dua tidak banyak kerja yang boleh dipohon.

Cunna, bacalah tulisan ini. Selepas ini blog hamba akan sentiasa dikemaskini. Till then, be nice to each other.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS