<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, September 26, 2008; 2:06 AM

good day peeps. had a blasting thursday - everything went perfectly according to plan. by the way, this piece of thought really caught my attention - selalunya aku tak pernah akan mencabar penulisan rakan seperjuangan blog lain kerana kita bebas untuk berpegang kepada apa juga prinsip semasa berkarya. namun, petikan yang aku ambil daripada blog seorang penyokong parti keadilan menyebabkan aku terasa terpanggil untuk menjawab satu persatu tuduhan yang dilemparkan. lagipun, bukan aku hendak sangat, selalunya aku memilih untuk membiarkan apa sahaja tohmahan berlalu pergi - sekali lagi prinsip demokrasi memainkan peranan yang penting di sini - kebebasan bersuara , tetapi kali ini si penulis terbabit yang meminta penyokong umno untuk menjawab. jadi untuk tidak menghampakannya, dan juga menjadikan budaya anwar yakni apabila selalunya lari daripada memberi jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan (untung juga - kadang - kadang tu wartawan pula yang di maki walaupun soalan yang ditanya tidaklah memerlukan dia membuka kitab untuk memberi jawapan), aku cuba untuk menjawab tohmahan
bukan melalui apa yang diperkhabarkan oleh umno/bn kepada aku, tetapi melalui pemikiran dan penelitian aku sendiri.

berikut di paparkan petikan blog penyokong keadilan tersebut:
" Apakah beliau gila?. Orang gila pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari semua kaum. Namun ini berlaku, Anwar dikatakan "Bapa Perpaduan" yang telah berjaya menyatupadukan antara sesama kaum di Malaysia ini agar duduk dibawah satu bumbung. Jika dulu orang Cina dalam DAP tidak boleh menerima Idealogi Islam PAS. Kini sebaliknya berlaku, bukan sahaja masyarakat kaum Cina boleh menerima parti Islam itu. Malahan juga bagi masyarakat kaum India di negara ini. Apakah Anwar gila?. Maka itu apakah beliau gila bila 16 September gagal, sedangkan rakyat semua tahu kerajaan membawa lari beberapa orang Ahli Parlimen mereka ke Taiwan baru-baru ini?. Bukankah itu semua adalah masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan. Jika Anwar gila menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat, mengapakah Pak Lah tidak berani menyahut cabaran agar diadakan Sidang Khas Parlimen untuk berdebat "usul undi tak percaya" kepada Perdana Menteri. Jika Anwar gila, mengapa mereka semua "takut" dan "kecut perut" bila pemimpin Pakatan Rakyat ingin adakan perundingan untuk berbincang hal ini. Sidang Khas Parlimen bukanlah kerja "gila", sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan. Maka itu jika Pak Lah yakin beliau tidak gila dan mendapat sokongan padu daripada ahli parlimen BN dan rakyat, belaiu harus berani dan bertanggungjawab untuk adakan sidang khas itu. Mengapa beliau takut?

Ini semua perlu dijawab oleh penyokong UMNO dan BN yang begitu seronok melihat situasi semasa sekarang ini. Kata orang "Biarlah Anwar gila tetapi beliau diterima dan disokong oleh segenap lapisan rakyat berbilang kaum di negara ini". Biarlah Pak Lah, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO tidak gila sekalipun, namun kelibat mereka kini amat dibenci dan dikutuk oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab "orang gila" seperti Anwar untuk melakukan perubahan dan mengambil alih tampuk kerajaan demi masa depan generasi akan datang. Gila kita, adalah untuk perubahan dan membawa dimensi baru dalam sistem pentadbiran. Namun gila mereka lebih dasyat kerana mereka "gila kuasa" dan masih mahu pertahankan biarpun sudah ditolak olah rakyat secara keseluruhannya. Pak Lah lebih gila kerana beliau bukan sahaja ditolak oleh pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO, penyokong pembangkang malahan juga ahli UMNO sendiri !!

[Semoga selepas ini, ramai dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional akan "Gila" melihat perubahan yang bakal terlaksana di bumi Malaysia tercinta ini. Jika bukan sekarang, esok lusa tulat dan pada masa-masa yang akan datang. Biarkan mereka tidur tak lena dan fobia dengan tarikh-tarikh keramat yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ini nanti]."

Insyaallah, aku akan cuba untuk menjawab tuduhan tuduhan terbabit.

1." Apakah beliau gila?. Orang gila pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari semua kaum. Namun ini berlaku, Anwar dikatakan "Bapa Perpaduan" yang telah berjaya menyatupadukan antara sesama kaum di Malaysia ini agar duduk dibawah satu bumbung. Jika dulu orang Cina dalam DAP tidak boleh menerima Idealogi Islam PAS. Kini sebaliknya berlaku, bukan sahaja masyarakat kaum Cina boleh menerima parti Islam itu. Malahan juga bagi masyarakat kaum India di negara ini." Melalui pemahaman aku, dulu cina dalam dap tidak terima ideologi Islam PAS, tapi sekarang sudah terima, sebab penulis menggunakan perkataan sebaliknya untuk menggambarkan ada perubahan dalam sokongan. Kalau aku menafikan penerimaan dap terhadap ideologi pas, pastinya penulis akan menempelak dengan mengatakan aku terlalu taksub dengan umno/bn. baiklah, aku kemukakan ucapan lim kit siang, penasihat dap pada ceramah pertama ahli parlimen, ahli exco dan ahli dewan undangan negeri dap bertempat di Dewan Chin Woo, Ipoh pada 12th April 2008.

"Islamic state - MCA/Gerakan should stop hypocrisy and double standards

(Speech 2 at the first Public Ceramah/Consultation with DAP MPs, Excos, State Assemblymen at Chin Woo Hall, Ipoh on Saturday, 12th April 2008)

In the past few days, MCA and Gerakan leaders have suddenly found their voice and become quite articulate, as if to prove to Malaysians that after the March 8 “political tsunamii” they have learnt their lesson and are breaking away from their past culture of silence and subservience in the Barisan Nasional.

But this is not really the case, as they continue as captive as before March 8 to Umno political hegemony.

MCA and Gerakan leaders, including the MCA President, Datuk Ong Ka Ting, seems to be competing among themselves to lash out at the DAP for misleading the Chinese in Malaysia in the last general election over PAS’ Islamic state agenda.

MCA and Gerakan leaders should stop applying double standards on the Islamic State issue. When on Sept. 29, 2001, the then Prime Minister, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad declared that Malaysia was an Islamic state, unilaterally, arbitrarily and unconstitutionally abrogating the cardinal nation-building principle in the Constitution and Merdeka “social contract” that Malaysia is a multi-religious and secular state with Islam as the official religion but not an Islamic State, there was not only no objection from MCA and Gerakan leaders – they gave immediate public support.

Similarly last year, when the Prime Minister, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi and Deputy Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak trampled on the Malaysian Constitution and the 1957 “social contract” and declared Malaysia as an Islamic state, there was not a whimper of opposition or protest from Ong Ka Ting and the other MCA, Gerakan and Barisan Nasional Cabinet Ministers and leaders.

It is the height of irresponsibility and hypocrisy for MCA and Gerakan leaders to demand that the DAP must come out openly about our stand on Malaysia as an Islamic state, when it is the MCA and Gerakan which should stop its hypocritical, opportunistic and unprincipled stand on the Islamic state.

DAP’s stand of Malaysia as a secular state and opposition to Malaysia becoming an Islamic state, violating the secular basis and commitment of the 1957 Merdeka Constitution and “social contract”, is so crystal clear and unmistakable that only the most ignorant or unprincipled can question it.

It is not the DAP which must come out clearly on its stand on Malaysia as an Islamic state – as it is the MCA and Gerakan which had betrayed their party founding principles on Malaysia as a secular state and not an Islamic state.

For a start, MCA and Gerakan leaders should stop applying double standards on the Islamic State issue and they should ask Abdullah and Najib to withdraw their declaration that Malaysia is an Islamic state and return to the founding principles of the 1957 Merdeka Constitution and “social contract” on the secular basis and character of Malaysia, which was not questioned even by Barisan Nasional leaders until Mahathir’s “929 Declaration” on Sept. 29, 2001.

Recently, the statement by some PAS leaders on Islamic state have created “waves” in the country as well as among the three political parties, DAP, PAS and PKR.

DAP leaders had said throughout the recent general election campaign that DAP and PAS had no links or relationship as the DAP had always remain steadfast in our commitment to preserve the secular basis of Malaysia as agreed by the forefathers of the major communities on the attainment of independence and nationhood half a century ago and our rejection of Malaysia as an Islamic state.

The results of the March 8, 2008 general election, which which came like a political tsunami, ending the Barisan Nasional’s unbroken two-thirds parliamentary majority and brought down the Barisan Nasional in five states, sent out a clear verdict – that the majority of Malaysians want far-reaching changes in the country and the people want DAP, PAS and PKR to co-operate to effect these changes.

This message is most clear in Perak and Selangor where without the co-operation of the three parties to form a coalition government, power would have to be returned to the Barisan Nasional.

This message has been vindicated just now when I asked the thousand people gathered at this DAP Public Ceramah/Consultation here tonight whether they support the formation of a DAP-PKR-PAS coalition government in Perak to effect the changes Malaysians of all races and religions desire, and there was an unanimous show of hands in support.

There was another massive show of hands of support to demonstrate that the changes that voters want in the March 8 political tsunami is for accountability, integrity, justice, democracy and good governance and not for Islamic state or hudud laws – as the majority not only of non-Malays but also of Malays are clearly not in support of Malaysia becoming an Islamic state.

The co-operation of DAP, PAS and PKR in the proposed Pakatan Rakyat is clear and specific on the common goals of accountability, integrity, justice, democracy and good governance and not for an Islamic state or hudud laws.

There is a great difference between the DAP’s relationship with PAS and PKR on the one hand and the MCA and Gerakan with UMNO in Barisan Nasional on the other.

DAP’s relationship with PAS and PKR is one of equals while MCA and Gerakan’s role in BN is a subservient one totally subject to Umno’s political hegemony.

In Pakatan Rakyat, DAP makes it clear that our stand on Malaysia as a secular state and our objection to turn Malaysia into an Islamic state is a fundamental principle which is not open to compromise – while MCA and Gerakan had compromised away this principle in the Barisan Nasional by accepting the public declarations of Mahathir, Abdullah and Najib of Malaysia as an Islamic state.

DAP, PKR and PAS are working on a common statement of principles as the basis for co-operation of the three political parties in Pakatan Rakyat at state and national levels so that there could be no mistake or misunderstanding on the basis of co-operation of the three political parties – and that such a co-operation has nothing thing to do with the issue of Islamic state or hudud laws.

In 2001, an earlier attempt to create an opposition front comprising four political parties, DAP, PKR, PAS and Parti Rakyat in the form of an Alternative Front failed because of the breach of the common programme “Towards A Just Malaysia” when PAS unilaterally went ahead to push its programme of an Islamic state.

If the proposed Pakatan Rakyat is to survive and succeed in fulfilling the trust and hopes of the people as expressed in the March 8 “political tsunami”, then it must not repeat the mistakes of the Alternative Front, and must fully commit the constituent parties to the principles of justice, freedom, democracy and good governance, and not allow it to be used as an excuse to pursue separate agendas such as an Islamic state or hudud laws.

Bagaimana? masih lagi dengan kenyataan dap menyokong ideologi penubuhan pas. Atau saudara perlukan juga maksud ideologi? mungkin perbezaan maksud menyebabkan kekeliruan, maka aku ingin mengguna pakai maksud yang diberikan oleh kamus dewan bahas dan pustaka. ideologi bermaksud sistem kepercayaan yang menjadi asas kepada tingkah laku seseorang. Pada lazimnya ia merujuk kepada set kepercayaan yang menggerakkan suatu pergerakkan politik dan sosial. Nah, bukankah ideologi parti pas ialah islam, menegakkan hukum allah , menubuhkan negara islam. aku salah atau penulis yang terlepas pandang fakta penting begini. bukankah dap sudah banyak kali menegaskan bahawasanya dap tidak sekali-kali akan menyokong penubuhan negara islam. usahkan hendak ditubuhkan negara islam, menamakan malaysia sebagai sebuah negara islam pun ditentang, kerana mengikut pemahaman dap, malaysia ialah sebuah negara sekular dengan islam sebagai agama rasmi.jadi, dari mana datangnya dap menyokong ideologi pas? ataupun aku yang silap mengenai ideologi pas. mari kita lihat apa yang tertulis dalam laman web wikipedia mengenai ideologi pas. Parti Islam Se-Malaysia (Jawi: ڤرتي اسلام س-مليسيا, juga PAS) adalah sebuah parti pergerakan Islam di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden parti, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi bin Awang. PAS cuba mengimbangi perjuangan nasionalisme UMNO sebagai sebuah parti yang mendokong Islam. Bukankah pas itu berbeza dengan umno kerana pas berteraskan islam sepertimana yang didakwa parti terbabit. Jadi, bagaimana sekarang? maksud ideologi dah di beri, ideologi pas juga turut disertakan sekali. Masih percaya dengan hipotesis anda yang pertama wahai si penulis? mari kita lihat apa pula yang diperkatakan oleh laman web rasmi parti islam terbabit mengenai ideologi mereka. "Hal ini tergambar daripada hasrat Dr Burhanuddin,

”Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telah dan terusmenerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi Islam yang maha suci”. Lihat, bukankah ideologi pas sendiri berteraskan islam? jadi apa sudah jadi? sama ada anda berbohong dengan menyatakan hipotesis di atas, atau aku yang berbohong dengan menggunakan kata-kata yang dipetik daripada tokoh tokoh besar daripada dap dan pas.

Oh, mungkin islam bukan sepenuhnya mengenai negara islam. masih banyak lagi aspek mengenai islam yang perlu diperkatakan. islam sangat menyeluruh dan tidak adil untuk aku berkata bahawasanya dap tidak bersetuju dengan ideologi pas semata-mata kerana menolak hukum hudud dan perlaksanaan negara islam. aku sokong, sokong sepenuh penuhnya akan hukum hudud hanyalah sebahagian daripada perlaksanaan hukum islam. tapi aku kemukakan pula satu persoalan di sini. bukankah umno itu kafir kerana ia mengekalkan hukum penjajah, dan mejadikan agama suku dan politik suku, serta menolak hukum allah. jadi apa beza dengan dap. mereka tidak pernah bersetuju dengan hudud dan pas merupakan pejuang islam yang pastinya hukum hudud memainkan peranan penting dalam mewujudkan sebuah negara islam? jikalau tidak, aku sudah boleh kata malaysia ialah sebuah negara islam walaupun tidak berhukum hudud kerana hakikatnya pada hari ini, malaysia tidak mengamalkan hudud. tapi pas yang kata kalau malaysia ialah negara islam, hukum hudud patut dilaksanakan, nak laksanakan di kelantan pun di halang kerajaan umno/bn. jadi aku tak nampak macam mana nak kata dap dah boleh terima ideologi parti pas.pening pening,,jadi sekarang siapa yang berbohong?

2. Berkata lagi lim kit siang "What DAP is opposed to is for any breach of the Merdeka social contract that Malaysia was founded be a multi-racial, multi-religious, democratic and secular nation with Islam as the official religion but not an Islamic state." faham? maksudnya biarlah islam itu jadi agama rasmi (kosmetik bak kata pas), tetapi tidak terhadap penubuhan negara islam. apa jadi? jadilah macam sekarang. apa beza antara negara islam dengan negara sekular tetapi islam sebagai agama rasmi? pada aku tidak ada beza kerana setakat ini, kita bebas menjalankan ibadah dan kebanyakan aspek islam diterapkan dalam urusan pentadbiran, perniagaan dan perhubungan. tapi itu pandangan peribadi aku, dan aku bukan ulama (dan aku bukan keluarkan fatwa - cuma menyatakan pendapat). jadi kalau dah dap bantah negara islam, dan pas pun dah setuju dengan tuntutan dap supaya penubuhan negara islam tidak menjadi perjuangan mereka, maka apa beza dengan apa yang ada pada hari ini? atau mungkin juga perjuangan menegakkan agama islam itu berbeza dengan perjuangan menubuhkan negara islam. kalau begitu, pertanyaan aku pula kepada penulis, apakah dap akan bersetuju sekiranya mereka yang murtad di bunuh? bukankah itu hukum hudud? agakan aku dap pasti akan melenting kerana tidak mempedulikan hak kebebasan seseorang. lihat saja kes lina joy? jadi dap ternyata menentang hukum hudud, dan hukum hudud merupakan sebahagian daripada ajaran islam, dan yang lebih penting merupakan perintah allah yang harus dipatuhi. bukankah islam itu bermaksud berserah diri kepada allah. jadi, kalau kita mengingkari hukumnya, kita tidak lagi islam. jadi kalau mengikut pemahaman aku, dap dah terima ideologi pas, maksudnya tiada lagi kemahuan pas untuk menjalankan hukum hudud dalam negara islam. mungkinkah pas begitu? makin pening hanya kerana hipotesis penulis yang tidak berlandaskan fakta dan kebenaran.

ada pula yang berkata, kerajaan sekarang sering melanggar hukum allah. aku tidak pernah kata tidak. dan apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang boleh diperdebatkan pada kesempatan yang lain ..tetapi untuk rekod aku tidak pernah bersetuju. tetapi persoalannya apa kaitan tindakan kerajaan sekarang dengan hujah dap menolak hukum hudud?dosa masing masing. dua dua salah, tetapi sekurang kurangnya aku tidak pernah mengatakan dap menerima ideologi perjuangan islam pas. jadi, menjadi tanggungjawab penulis untuk membuktikan hipotesis terbabit benar. pening pening.

3. "Apakah Anwar gila?. Maka itu apakah beliau gila bila 16 September gagal, sedangkan rakyat semua tahu kerajaan membawa lari beberapa orang Ahli Parlimen mereka ke Taiwan baru-baru ini?. Bukankah itu semua adalah masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan. Jika Anwar gila menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat, mengapakah Pak Lah tidak berani menyahut cabaran agar diadakan Sidang Khas Parlimen untuk berdebat "usul undi tak percaya" kepada Perdana Menteri. Jika Anwar gila, mengapa mereka semua "takut" dan "kecut perut" bila pemimpin Pakatan Rakyat ingin adakan perundingan untuk berbincang hal ini. Sidang Khas Parlimen bukanlah kerja "gila", sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan"

jawapan aku: tiada siapa yang meminta anwar meletakkan tarikh untuk menubuhkan kerajaan, dia sendiri yang memandai berbuat demikian. siapa yang kata dia gila? aku cuma kata dia menipu. bukti benar. kalau 16hb terjadi, maka dia benar. kalau gagal, maka dia menipu. masalah teknikal? kalau begitu, berilah tempoh masa, dan bukannya tarikh secara tepat. takkan aspek perancangan sebegini mudah pun tak pandai. macam mana nak mentadbir negara. lari ke taiwan? bawalah ke bulan sekalipun , kalau dah nekad tetap akan keluar bn. lagipun, bukankah lebih mudah untuk mereka mengumumkan keluar bn di luar negara, susah kerajaan nak tahan isa seperti didakwa. umum keluar, anwar jadi pm, mansuhkan isa. susah sangat ke? mengenai senarai nama ahli parlimen bn yang kononnya akan melompat, lagi baik diumumkan kepada dunia. biar dunia tahu siapa yang terbabit, sekurang-kurangnya bila kena tahan isa nanti, banyak campurtangan pihak asing. cuma yang melucukan aku, alasan yang diberikan ialah kerana inginkan peralihan kuasa secara aman. pening pening. aku pasti sangat, kalau ada senarai nama, dah lama dia tawan putrajaya dan halau pak lah. bukan kah dah ada majoriti? penyokongnya pun turut sama akan berarak ke sri perdana. sejak bila pandai aman? kalau aman, tidak merusuh seperti di tahun 1998. perlembagaan pula yang disentuh. baca ke tidak? bukankah perdana menteri mempunyai hak untuk memanggil atau tidak memanggil satu satu sidang khas parlimen? jadi ikutlah. lagipun, 13/10 ada sessi perbahasan belanjawan. bukan lama sangat dah, tunggu jelah. kata nak aman. bukan masalah pak lah takut, kalau anwar benar, pergilah menghadap agong . pasti baginda akan lantik anwar jadi pm. kenapa pula pak lah yang takut? anwar yang patut membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti sebab staus quo ialah pak lah ialah perdana menteri malaysia , dipilih atas sokongan majoriti ahli parlimen. nak cabar status quo, kemukakan bukti. jika tidak, status quo lama kekal kerana ia dilakukan secara sah dan mengikut perlembagaan. susah sangat ke? umpama aku pergi ke rumah penulis, tiba-tiba aku tuntut rumahnya yang dibeli secara sah. bila di minta bukti, aku kata nanti - akan diumumkan nanti. jadi selagi takda bukti, rumah tu kekal milik penulis. kalau aku sibuk-sibuk buat demonstrasi tuntut rumah tu tanpa bukti, memang aku tak betul meroyan agaknya. nak cabar hak milik di mahkamah, kena bagi bukti. kalau setakat cakap je tanpa mengemukakan bukti dah membuktikan kebenaran, maka kayalah aku kerana banyak lagi rumah bakal jadi milik aku dengan hanya membuat dakwaan tanpa bukti. lagipun anwar sendiri yang berkata bahawa si pihak penuduh yakni saiful yang perlu membuktikan bahawasanya dia diliwat, dan bukan yang tertuduh membuktikan dia tidak meliwat. prinsip yang sama diguna pakai. anwar perlu bukti dia dapat sokongan, bukan pak lah yang perlu buktikan dia tak hilang sokongan. apa yang aku tahu, kalau kita janji nak bayar ansuran pada 16, maka kita kena bayar pada atau sebelum tarikh tersebut. kalau lewat, kena denda. kenapa? sebab kita dah langgar perjanjian. apapun sebabnya tidak kisah, yang penting dah langgar perjanjian. maka kita seorang yang mungkir.sebab itu , sebelum berjanji, rancang elok-elok. jangan dengan riak kata akan tubuh kerajaan pada 16. tak faham maksud insyaallah? mungkin nik aziz boleh tolong perjelaskan.

ada juga penulis mengkhabarkan mengenai kononnya si saiful kini menderita penyakit kelamin. aku tidak pasti sama ada benar atau tidak, tetapi cara penulis menutup ayat tuduhannya sangat memualkan. tanpa usul periksa, beliau membuat tuduhan. dan sebagai nota kaki, dia berkata kalau benar jadikan tauladan, kalau tidak jadikan sempadan. nampak sangat dia sendiri tidak yakin dengan kesahihan berita terbabit. kalau tidak benar, bukankah itu fitnah. dosa fitnah? aku yakin ilmu agama penulis cukup tinggi untuk memahami besarnya dosa fitnah. pelik bukan, kalau soal anwar, minta jangan percaya kerana fitnah, tapi kalau fitnah melibatkan orang lain, tidak kisah pula. apakah hukum islam hanya terpakai untuk kes anwar?

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu. jadi, jangan suka menulis atau memaparkan berita yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya. berdosa. tidak kira siapa, anwar, saiful dan yang lain kerana hukum allah terpakai ke atas semua makhluk. kalau tidak, jadilah agama suku, yang lain suku. nak kafir mengikut kata nik aziz?

akhir sekali, aku pula ingin melemparkan satu soalan kepada penulis selaku pendokong ideologi keadilan. apakah pendirian parti keadilan terhadap penubuhan interfaith commission? bersetuju dengan penubuhan ifc bermaksud menolak ajaran islam secara total kerana antara tuntutan ifc ialah membenarkan perkahwinan antara islam dan bukan islam tanpa mewajibkan yang bukan islam menukar agamanya terhadap islam. sebarang pencabulan terhadap asas agama membawa kepada jatuhnya hukum kafir. menentang pula bermaksud keadilan tidak mempraktikan ideologi hak kesamarataan dalam masyarakat. dap menyokong kerana itu ia merupakan antara penyokong kuat lina joy untuk menukar agama atas dasar kebebasan bersuara. pas menentang sebarang usaha pencabulan terhadap kesucian islam termasuk membenarkan orang islam menukar agama. apa pendirian keadilan? aku mahukan kenyataan bertulis daripada keadilan mengenai pendirian mereka. baru boleh lihat telatah dap dan pas.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS