<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, September 13, 2008; 10:47 PM

Assalamualaikum semua. sudah lama rasanya tidak berkongsi cetusan rasa hati bersama semua. apa khabar? harap sihat semuanya dan diberi kekuatan oleh ilahi untuk meneruskan ibadah puasa dengan penuh tawaduk dan syukur.

pening, itu merupakan perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan pendapat aku mengenai keadaan politik tanah air kini. semakin hari, semakin ligat pasak kekusutan menerjah pemikiran ini. Apa yang telah terjadi, adakah kiamat semakin hampir. Aku sendiri sebenarnya sudah muak dengan politik yang terlalu berlebih baik oleh barisan nasional ataupun pakatan rakyat. sedarkah mereka semua ini, dalam keadaan mereka (melayu) bercakaran sesama sendiri, kaum bukan melayu sekarang sedang bertepuk tangan. bangsa malaysia? aku bersifat perkauman? ah..lupakan saja angan-angan kita untuk menjadi satu bangsa progresif dalam merealitikan wawasan 2020. hakikat yang benar pasti akan menyelubungi kepalsuan yang dicipta. Bukankah Allah sendiri telah berfirman dalam kitabullah, dengan tegas menyatakan apabila datang yang benar, maka yang batil akan terhapus sama sekali.

Letak ke tepi sebentar kepentingan politik dan junjunglah kepentingan agama dan bangsa. mahu percaya atau tidak, itu terpulang kepada diri anda sendiri. Tetapi yang pasti hubungan antara kaum sebenarnya semakin teruk, dan bukannya semakin elok sepeti yang dicanangkan oleh pakatan rakyat. memang benar, rakyat malaysia kita telah semakin berani bersuara tetapi kita harus mengerti dan tahu di mana letaknya batasan sama ada yang wujud secara bertulis ataupun berlandaskan norma bangsa. Adakah kebebasan bersuara termasuk dalam kebiadapan kita mencelah mengenai hal dalaman agama lain? Mencabar hak ketuanan melayu seperti yang telah dipersetujui mereka terdahulu? mempersoalkan hak dan akidah umat islam? there is a fine line between bravery and stupidity. bare that at the back of your head.

Dan yang lebih menjelekkan lagi apabila hak-hak orang melayu dan islam mula dipersoalkan oleh orang islam/melayu itu sendiri. Sedih! Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap orang melayu yang kini memegang kuasa pemerintahan di bumi melayu seolah-olah apa yang telah mereka lakukan selama ini salah dan tidak ada benarnya. Kini, dap yang diapit oleh keadilan dan pas semakin biadab. tatkala umno dan pas berperang mengenai siapa yang selayaknya memperjuangkan bangsa melayu, dap dan keadilan dengan rakusnya mencabul satu demi satu hak ketuanan melayu. anwar ibrahim? bolehkah dia menjadi pemimpin yang disegani. Aku 100% tidak yakin kerana bukan sehari dua baru aku mengenali anwar ibrahim, tapi telah lama sejak dia mula menjengah ke dunia umno. segala percakapan, tindak tanduk dan pemikirannya masih lagi segar tersemat dalam memori aku. Bukankah antara sifat orang munafik itu apabila bercakap ia berbohong? nah,,anwar ibrahim bukan setakat sekali dua berbohong. tetapi it is his second nature. aku tahu, orang akan menyatakan pemimpin umno juga berbohong dan aku tidak pernah sekali menafikan hal itu. tidak seperti penyokong pembangkang yang menganggap pemimpin mereka maksum, aku sedar akan kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin umno. tapi sekurang-kurangnya, pemimpin umno tidak menuding jari terhadap kesalahan orang lain tatkala diri sendiri sibuk bergelumang dengan dosa. bukankah kita wajib memperbetulkan diri sendiri sebelum diri orang lain? aku sendiri tidak faham pemikiran jenis apa yang dimiliki oleh sesetengah orang. salah tetap salah, benar tetap benar. perbuatan yang salah walaupun acapkali diulang tetap salah, dan tetap tidak akan menjadi benar. begitu juga dengan pas, kenapa fatwa yang dijatuhkan kepada umno dahulu kala kini tidak lagi terpakai atas mereka? bukankah mereka yang berkata menjalinkan hubungan dengan kafir adalah haram, maka apakah hukum hubungan dengan dap? bukankah arak itu haram dan harus dihapuskan dengna serta merta, jadi apakah hukumnya kilang arak yang masih tersergam indah di shah alam? benar ia dibina pada zaman pemerintahan umno, tetapi kalau dulu sibuk melolong mengenai hukum islam, maka robohkanlah dengan segera. Ketika umno memerintah, bukan main lagi tuntutan dibuat supaya kilang arak tersebut dirobohkan sebagai bukti menegakkan agama islam?

Anwar Ibrahim, tokoh yang dikagumi pembangkang, selama 17 tahun pernah berada dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) dan untuk selama 1 tahun juga, beliau meminta rakyat Malaysia memberi keyakinan dan kepercayaan mereka kepadanya. Ramai yang berbuat demikian. Hari ini, Anwar sekali lagi meminta rakyat Malaysia untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau, Dap dan Pas.

Tetapi apakah yang dikatakannya ketika itu> Mungkin apa yang diperkatakannya pada Pilihan Raya Umum 1995, iaitu kali terakhir beliau (dia?) mengetuai kempen BN, wajar diimbas kembali.

Hampir 13 tahun lalu, iaitu pada 21 April 1995, ketika berkempen di Banting, Selangor, Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, antara lain berkata:

"Pemimpin DAP, Pas dan Parti Melayu Semangat 46 (S46) gila kuasa hingga mereka sanggup memperdayakan rakyat untuk mencapai matlamat politik mereka. Pemimpin seperti ini yang mudah berbohong,hanya berminat kepada kuasa dan tidak mengendahkan kepentingan rakyat dan negara."

Mengenai ikrar untuk memansuhkan cukai seperti dilaungkan DAP, Pas dan Parti Semangat 46 yang sudah dibubarkan, Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan, pada 23 April 1995 antara lain pula berkata:

"Jika kita mansuhkan cukai, di mana kita akan mendapat sumber kewangan untuk membiayai projek pembangunan seperti membina sekolah dan masjid? Mereka boleh membuat janji tetapi kita harus bertanya pada diri sendiri sama ada mereka mempunyai keupayaan untuk memenuhi janji mereka."

Hari ini, Anwar berkata, pakatan pembangkang akan menurunkan harga minyak, yang diberi subsidi dengan banyaknya oleh kerajaanm jika mereka berkuasa.

Mengenai BN, pada 13 April 1995, Anwar antara lain berkata "Rakyat harus menggunakan rekod cemerlang kerajaan untuk mengukur sejauh mana kecekapan kerajaan BN mentadbir negara. Tidak seperti pembangkang yang suka membuat janji kosong, negara di bawah BN, dihormati di seluruh dunia. Kita tidak seharusnya menjadi warganegara yang tidak bersyukur seperti pembangkang."

Mengenai Pas, parti sekutunya kuatnya, dan diketuai Datuk Seri Hadi Awang ketika itu, Anwar antara lain pernah menyatakan:

"Rakyat harus menolak Pas kerana ia gagal untuk menjaga kebajikan orang Islam di negara ini. Ketidakjujuran perjuangan Pas terbukti daripada kerjasamanya dengan DAP untuk menafikan hak masa depan yang lebih cerah bagi orang Melayu. Pemimpin Pas mendakwa bahawa mereka berjuang untuk memartabatkan Islam dan integriti orang Melayu di hadapan penyokong mereka di Terengganu dan Kelantan kerana ini adalah negeri Melayu tetapi di Pulau Pinang mereka sanggup bekerjasama dengan DAP bagi mengkhianti orang Melayu."

Hari ini, Pas masih menjaja propaganda dengan tema yang sama di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu, dan bekerjasama dengan DAP di Pulau Pinang. Hadi Awang masih Presiden Pas.

Apakah pandangannya terhadap DAP dan Pas pada amnya? Dalam mesejnya kepada pengundi pada 1995, Anwar berkata:

"Parti-parti pembangkang mencetuskan sentimen perkauman untuk mengganggu keharmonian Pas dan Semangat 46 menimbulkan sentimen perkauman di kalangan orang melayu ,manakala sekutu mereka DAP dalam usaha memancing undi masyarakat Cina, cuba untuk mencetuskan kebencian terhadap kerajaan dan orang melayu. Kita tidak sepatutnya diperalatkan oleh parti pembangkang."

Dan bagaimana pula dengan sekutunya sekarang, Lim Kit Siang dari DAP?

"Kita tidak akan bertolak ansur dengan DAP, yang memainkan sentimen perkauman. Saya memberi amaran kepada Kit Siang agar jangan bermain api kerana orang Melayu tidak bodoh dan kesabaran mereka ada hadnya. Tidak seperti mereka (pakatan pembangkang ketika itu), BN sentiasa konsisten pendiriannya untuk membantu semua rakyat Malaysia."

Selama 17 tahun berkuasa, anwar ibrahim memperjuangkan banyak perkara. Hari ini beliau mengambil pendirian berbeza. BN disebalik beberapa kekurangan, masih konsisten. Kenapa semasa sebelum menjawat jawatan, isu memali dan auku begitu kerap meniti di bibir anwar. tetapi setelah menjadi sebahagian daripada kerajaan, selama 17 tahun, sedikitpun isu ini tidak disebut. Malah auku digunakan secara maksimum untuk menonjolkan imejnya. Jadi apakah kita hendak lupakan segala apa yang Anwar lakukan hanya kerana dia mengaku sekarang, sudah melakukan kesilapan selama 17 tahun itu? Bukankah kalau kita hendak menukar sesuatu, kita perlu pastikan penggantinya harus lebih baik? aku tahu mahathir, abdullah badawi, najib dan sekutunya banyak melakukan kesalahan, tetapi apa bezanya anwar? oportunis politik yang pandai menggunakan keadaan semasa untuk kepentingan diri sendiri.

Tersenryum aku sendirian memikirkan apa pandangan anwar mengenai isu kebiadapan teresa kok terhadap agama aku, yakni agama islam? tidak bersalah? mungkin juga memandangkan dia hanya mengguna pakai haknya dalam perlembagaan. selepas ini, mungkin agama islam akan berjaya disamaratakan dengan agama lain dalam ifc. your take anwar?

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS