<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, September 22, 2008; 12:24 PM

And she did it again. After weeks of deception orchestrated by his husband, now it is her turn to parade the illusion of forming a new government.PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail said that more Barisan Nasional Members of Parliament were keen to cross over to the Pakatan Rakyat. Hm..as far as i;m concerned, 16 september was a history, and the legally elected barisan nasional government still is in power. You can say all that you want as the fact remains clear.

Oh lupa, sedih benar membaca rayuan Kak Wan kepada kaum ibu di Permatang Pauh seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com. Kata Kak wan, apa salah Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjadi mangsa politik kebencian. Mengapa keluarga Kak Wan harus menerima kempen kotor BN.

Kak Wan bertanya lagi, apakah tiada langsung jasa Datuk Seri Anwar kepada negara dan bangsa.

Kak Wan,

Memang sedih mendengar rintihan ini.

Soalnya, apakah pula perasaan Tun Dr. Mahathir ketika Anwar, Kak Wan dan para penyokong reformasi membuat pelbagai tuduhan dan gelaran? Mahafiraun, mahazalim, penghina hukum Allah, ada hubungan sulit dengan perempuan Cina, tidak solat subuh dan sebagainya.

Apakah Tun Dr. Mahathir dan keluarganya tiada jasa kepada negara? Apakah mereka tiada maruah dan harga diri seperti Kak Wan sekeluarga?

Demikian juga siapa yang memulakan taktik politik benci dan menyerang peribadi di Ijok? Bukankah Datuk Seri Anwar mempeloporinya?

Tanpa bukti, tanpa saksi, tanpa mangsa yang bercakap, hukuman telah dijatuhkan ke atas Datuk Seri Najib oleh Anwar. Seantero pekan Ijok dijaja oleh PKR bahawa Najib mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya.

Menggunakan penyokong kuatnya Raja Petra Kamaruddin, Anwar membuat tuduhan lagi kononnya Datin Seri Rosmah terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Mujur Datuk Seri Najib tidak mudah melatah lalu kepada Allah diserahi agar membuat pertimbangan. Dengan nasihat Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, dengan lafaz demi Allah, "Wallahhi, Wabillahhi, watallahi, saya tiada hubungan dengan gadis bernama Altantuya Saribu" terucap di hadapan ribuan penduduk Ijok.

Namun itu tidak menghalang Anwar terus membuat tuduhan dan fitnah. Itu juga tidak menghalang para penyokong PKR menjerit nama Altantuya setiap kali nampak kelibat Najib.

Apakah Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tiada anak-anak dan keluarga yang terasa malu dengan tuduhan dan fitnah tersebut? Apakah mereka tiada kawan dan sahabat di sekolah?

Apakah maruah hanya milik keluarga Kak Wan sahaja?

Sumpah Saiful bukan bertujuan menjatuhkan maruah Datuk Seri Anwar. Apa pilihan Saiful lagi jika aduannya kepada Polis telah pula dikatakan satu fitnah. Apa pilihan Saiful apabila tanpa menunggu proses undang-undang, Datuk Seri Anwar menyalahgunakan undang-undang Syariah membuat aduan qazaf di pejabat Jabatan Agama Islam wilayah Persekutuan (JAWI).

Apa pilihan Saiful selain bersumpah jika aduan qazaf oleh Anwar memerlukan mangsa mengemukakan empat orang saksi melihat zakar anwar masuk ke dalam dubur saiful?

Apakah Kak Wan fikir Saiful dan keluarganya tidak mempunyai maruah apabila dituduh membuat fitnah dan menjadi alat konspirasi orang tertentu untuk memburukan Anwar?

Bukankah parti Kak Wan sendiri yang memulakan kempen memburukkan Saiful sebaik sahaja beliau membuat laporan polis?

Sudahlah Kak Wan, jangan berlakon lagi seolah-olah keluarga Kak Wan yang menjadi mangsa. Sedangkan keluarga Kak Wanlah yang menjadi penghuru hara politik negara.

Jika diungkit lagi, apakah keluarga Tan Sri Rahim Tamby Chik juga tiada maruah dan harga diri apabila Anwar menggunakan media dibawahnya membuat pelbagai tuduhan terhadapnya suatu ketika dulu?

Yang terbaik sekarang ini ialah meminta Anwar bersumpah atau bermubahalah dengan Saiful. Pasti ramai umat Islam akan lebih percaya Anwar berbanding saiful. Soalnya beranikah Anwar?

Atau sekurang-kurangnya beranikah Kak Wan bersumpah bahawa tiada tahu langsung mengenai tabie luar biasa Anwar ini?

inilah contoh ajaran islam yang diamalkan setengah pihak. kononnya, mereka lebih islam, dan aku selaku orang umno tidak islam. apakah mereka tidak faham apa itu islam? islam bermakna penyerahan diri secara mutlak kepada allah. jadi, segala tindakan, pemikiran dan aspek kehidupan haruslah disandarkan kepada allah. bagi mereka, islam itu hanya menunaikan solat, mengucap dua kalimah syahadah, berpuasa, zakat dan menunaikan haji. kemudiannya akan berjubah, berketayap dan menyimpan sedikit janggut. ini saja islam. bagaimana pula dengan cara hidup bermasyarakat? cara menjalani kehidupan seharian? cara berbicara dan adab sesama manusia? bukanlah allah telah berfirman dalam kitab al quran dengan menyatakan bahawa kitab al quran itu diturunkan untuk menjadi petunjuk. jadi bongkarlah rahsia kitab suci ini? islamkah kita jikalau dengan sewenang-wenangnya menabur fitnah tanpa bukti? menghina dan mengaibkan orang lain? bercakap kasar dan sentiasa inginkan pergaduhan? bukankah islam itu aman?

aku tahu akan ada orang yang berkata, umno melakukan semua kejahatan di atas. aku tidak pernah berkata tidak. tapi, untuk mereka berkata pas dan pkr itu menurut islam merupakan satu pembohongan yang nyata. perkara begini tetap berlaku dalam pas dan pkr. sudahlah, sebelum kita sibuk menyalahkan orang lain, baik kita perbaiki diri sendiri. tak percaya? aku memilih untuk tidak percaya tuduhan liwat ke atas anwar ibrahim kerana tidak dapat dibuktikan mengikut hukum islam tetapi aku juga menolak tuduhan najib itu hindu hanya berdasarkan keterangan akaun bersumpah seorang individu. buktikan melalui kaedah agama tuduhan melulu terbabit. jikalau tidak, maka anwar ibrahim telah berdosa kerana memfitnah najib. aneh bukan, kalau melibatkan dia, habis di rujuk pakar agama. tapi kalau fitnah ke atas musuh politik, tanpa merujuk kepada kaedah agama, dengan selamba dia mengeluarkan kata-kata nista. Islam? adakah islam mengajar tindakan sebegini?

ada tafsir surah al quran berbunyi "dan celakalah mereka yang mengumpat dan membilang harta sambil bangga". bercakap tetapi berbohong juga merupakan ciri orang munafik. jadi kalau dia menuduh orang lain tidak islam, islamkah dia? aku tahu, ramai orang lagi yang berperangai sebegitu tapi sekurang kurangnya mereka tidak menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri. apa hukumnya orang yang islam separuh, dan tidak islam separuh? kalau ikut nik aziz, haram, sebab itu dia tolak umno.kalau itu sandarannya, kita kena tolak anwar juga.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS