<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, July 08, 2008; 9:49 PM

Assalamualaikum semua. aku terpanggil untuk menyatakan pendapat mengenai kemelut politik masa kini setelah dituntut untuk berbuat demikian oleh banyak pihak.

Mengenai anwar ibrahim, aku hanya meminta supaya dia bersumpah dengan al quran bagi menafikan tuduhan meliwat. Andai tidak, tidak salah rasanya jikalau aku berfikir mungkin tuduhan tersebut ada benarnya. Semoga Allah melindungi aku daripada azab Nya.
Cuma secara jujurnya, aku memang langsung tidak menghormati anwar ibrahim bukan kerana tuduhan liwat, tetapi kerana telah mengikuti perjalanan politiknya sejak dia mula memasuki UMNO. Tindak-tanduknya seperti sesumpah dan suka menyalahkan orang lain begitu memualkan aku. Aku tahu benar tahap moral kebanyakan ahli umno berada di tahap yang begitu memalukan, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak menyalak terhadap kesalahan orang lain. Sebaliknya anwar suka mencari kesalahan orang lain dan seterusnya mengeksploitasi isu tersebut untuk kepentingan peribadi sedangkan dia sendiri melakukan pelbagai kesalahan.

Berikut aku senaraikan antara keanehan perangai anwar yang menyebabkan aku langsung tidak menghormati dia.



1. Aku percaya kelakuan seseorang itu dalam menghadapi badai adalah petunjuk kepada kebenaran (innocence) dia dan juga keimanannya. Kenapa perlu lari ke kedutaan asing sebaik sahaja laporan polis dibuat jika tidak bersalah? Lelaki apakah ini yang membiarkan isterinya pula untuk memberi penjelasan kepada pihak media? Anwar Ibrahim sekali lagi menunjukkan belangnya. Sama selepas dibuang jawatan dalam kerajaan dan UMNO, beliau telah menyebabkan negara huru-hara dan kucar-kacir. Orang yang beriman akan bersabar dan menunggu proses perundangan untuk membersihkan nama dan diterangkan dari apa-apa kesalahan.

2. Anwar Ibrahim dahulu terkenal dengan sikap dan sentimen ketuanan Melayu yang amat menebal. Tiba-tiba sekarang dia adalah proponen untuk sebaliknya. Bagaimana nak percaya?

3. Anwar Ibrahim memulakan serangan terhadap Dr. Mahathir sewaktu tidak sabar mengambil-alih kuasa dengan menyahut slogan nepotisma dan kronisma. Siapakah Wan Azizah dan Nurul Izzah? Bagaimana nak percaya? Serangan beliau dipatahkan apabila Dr. M mengelurakan senarai pegangan saham syarikat-syarikat dimana ternyata Anwar Ibrahim dan keluarganya yang terbukti mengamalkan nepotisma dan kronisma.

4. Anwar Ibrahim bersumpah tidak akan lawan Allahyarham Tun Ghafar Baba; namun beliau melakukan sebaliknya. Malah dia sanggup memperkenalkan undang-undang rimba undi bonus semata-mata untuk mendapat pencalonan yang cukup.Bagaimana nak percaya?

5. Anwar Ibrahim telah disabitkan salah melakukan hubungan homoseksual tetapi terus menyatakan laporan perubatan, polis dan kehakiman yang berkonspirasi untuk mengada-adakan cerita. Bagaimana nak percaya? Khabarnya ramai rakyat Malaysia setuju dengan pendapat ini; oleh itu aku seru semua doktor, pegawai polis dan hakim untuk meletakkan jawatan. Tidak bermaruahlah kalau begitu.

6. Anwar Ibrahim perlu tunggu dan lihat perkembangan siasatan daripada tuduhan meliwat (sekali lagi). Aku juga sabar menanti. Namun begitu, kali ini, Anwar mungkin sendiri atau dengan dengan teman HINDRAFnya (Terrorist group) sahaja yang akan menjalankan demonstrasi jalanan sekali lagi...

Saya amat hairan kenapa

1. Kalau Anwar dituduh meliwat seorang lelaki, ramai orang tak percaya kerana mereka mengkhendaki bukti-bukti yang nyata dan sahih

TETAPI

2. Kalau Najib dituduh berzina dgn perempuan luar negara, ramai orang tidak mempersoalkannya walaupun tanpa bukti-bukti yang nyata dan sahih.

Ingin aku berkongsi potongan ayat al quran dan hadith nabi yang menerangkan mengenai zina dan liwat. Islam itu adil, maka hukum islam itu harus diguna pakai terhadap semua manusia sama ada untuk anwar, najib, mahathir atau siapa - siapa sahaja. Kenapa apabila tuduhan dibuat terhadap anwar, terus ditolak tetapi apabila mengenai najib atau pak lah , maka ia terus dianggap sebagai benar. Maksum ke anwar?

Oleh : Ust Zaharuddin Abd Rahman

…Menurut hukum Islam, semua individu Islam perlu berawas dalam mempercayai atau menyebarkan apa jua berita berkaitan zinanya seseorang dan juga liwat. Imam Ibn Qudamah dan lain-lain ulama silam yang berautoriti menyebut dengan jelas bahawa menuduh liwat tanpa saksi termasuk dalam hukum qazf. ( Al-Mughni, 9/72 ; Syarh Muntaha Al-Iradat, 3/599 ; Kasyyaf Al-Qina’, 6/433)

Imam Abi Ishak As-Shirazi As-Syafie berkata : ??? ???? ?? ?????? ??? ????? ???? ??????

Ertinya : Tidak diterima dalam tuduhan liwat kecuali empat saksi kerana ia adalah sama seperti zina dalam (keperluan saksinya) untuk disabitkan hukum” ( Al-Muhazzab, 3/332)

Tanpa berhati-hati, seseorang yang percaya dan menyebarkannya boleh jatuh dalam kesalahan Qazaf yang amat besar dosanya di sisi Islam.
Kesalahan ini dicatat oleh Allah swt :-

Ertinya : Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik ( An-Nur : 4)

Imam Al-Qurtubi berkata sebab turun ayat ini adalah antara kepada kes fitnah terhadap Sayidatina Aisyah ataupun kes Hilal bin Umaiyah (yang menuduh istreinya berzina) atau lainnya, namun yang terpenting hukumnya berjalan terus. Walalupun ayat kelihatan menyebut kesalahan menuduh zina dan liwat kepada sang wanita, namun tuduhan kepada lelaki juga termasuk dalam ayat ini secara sepakat ulama dan ijma ulama (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi).

Till then, be nice to each other!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS