<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, July 05, 2008; 12:05 AM

Assalamualaikum semua. Genap sebulan aku tidak mengarang, apatah lagi untuk berkongsi sebarang cetusan rasa. Kesibukan yang menjengah sejak kebelakangan ini mengekang daripada minda aku bebas untuk berkarya. Tiba-tiba sahaja aku terpanggil untuk menulis kembali pada malam ini, mungkin kerana keadaan muram di bandar kuantan pada awal pagi begini.

Satu bulan berlalu, tetapi hidupku masih lagi seperti biasa. Pencarian aku untuk wanita yang bakal melengkapi hatiku masih lagi belum berhasil, dan sesungguhnya aku sentiasa berharap agar Allah mempertemukan aku dengan wanita impian aku. Ciri -cirinya, tahu menghormati orang tua aku dan mencintai aku seadanya. Cukup mudah bukan? tetapi percayalah, sudah letih aku meredah dunia pencarian, beralaskan lantai berduri, berbumbungkan langit merekah, berselimutkan kedinginan malam dan bermandikan peluh dek terik mentari..tetapi masih lagi belum bertemu.

Politik? keadaan yang semakin kelam kabut menyebabkan aku semakin ingin menjauhi politik. Tetapi aku tidak fikir aku mampu untuk berbuat demikian kerana aku begitu percaya politik sudah begitu sebati dengan darah dagingku. Selangkah aku cuba menjauhi, dua langkah ia datang mendekati. 8hb Julai, aku akan menghadiri mesyuarat pergerakan pemuda cameron highlands, mensyuarat yang pertama kali seumpanya bagi diriku. A step foward? aku cuba untuk tidak menyimpan hasrat menggunung dalam jangka masa 3 tahun ini. Insyaallah, apabila masanya tiba kelak, akan aku majukan diri untuk tampil kehadapan menyahut amanah bangsa. Buat masa ini, aku lebih suka bertindak sebagai pemerhati, menimba ilmu sebanyak mungkin dan menjadikan segala apa yang bakal berlaku sebagai bekalan untuk menujahi arus politik yang ganas.

Anwar? memang secara kasarnya tuduhan yang dibuat terlalu mengaibkan. Cadangan pas untuk pihak yang menuduh mengemukakan saksi bagi menyokong tuduhan memang wajar, tetapi mereka juga seharusnya mendesak agar pihak yang membuat tuduhan yang sama terhadap mana-mana pemimpin untuk mengemukakan bukti. Kenapa perlu ada dua laras hukum yang berbeza? islam itu adil. kemukakan tuduhan dengan bukti. jikalau tidak, lebih baik berdiam diri daripada mendapat dosa. Aku begitu tertarik dengan cadangan mufti perlis supaya kedua-dua pihak yakni yang dituduh meliwat dan yang mengaku diliwat agar bersumpah menggunakan nama allah. Aku sebagai orang islam aku berpegang kepada sumpah terbabit walaupun aku tahu sumpah sedemikian tiada nilainya di sisi perundangan sivil negara. Pedulikanlah sistem kehakiman negara, yang penting anda telah bersaksikan Allah dan mereka yang berbohong dengan menggunakan nama Allah pasti akan mendapat kecelakaan yang besar. Tetapi persoalannya, adakah mereka berani? sehingga kini aku masih lagi tidak mendengar sumpah daripada anwar ibrahim untuk menafikan tuduhan liwat pada tahun 1998. Tidak berani? takut kerana salah, berani kerana benar!

Akuan bersumpah yang dibuat penyiasat persendirian saudara razak baginda juga sangat meragukan. Pada 1hb julai, tuduhan yang dibuat terhadap najib begitu hebat sehingga telah menggoncangkan tiang seri pentadbiran negara di putrajaya, dan juga telah mengaibkan keluarga beliau. Kemudian, pada 4hb, sebahagian daripada tuduhan terbabit ditarik balik. Tetapi, kesan aib telahpun diterima najib dan keluarganya. Seharusnya individu terbabit perlu berfikir dengan semasak-masaknya sebelum melemparkan tuduhan yang boleh mengaibkan seseorang. Mungkin selepas ini, segala kenyataan daripada penyiasat tersebut tidak boleh diguna pakai lagi kerana sering menukar kenyataan bersumpah. Atau mungkin juga dia layak digelar penyiasat sumpah-sumpah?

Till then, be nice to each other!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS