<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, May 10, 2008; 9:28 PM

Terkejut. Memualkan . Menjijikkan. Menghinakan. Itulah pendapat aku mengenai kenyataan dangkal ketua pemuda umno pahang untuk menjadikan adnan yaakob sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia. Pemikiran songsang yang dicetuskan merupakan tahap terendah bagi kebolehan seseorang untuk berfikir. Kalau pun ingin menjilat ketua, tidak payahlah mengeluarkan kenyataan yang boleh menunjukkan kelemahan kita untuk menggunakan otak secara optimum. Ketua pemuda malaysia? buatlah pungutan suara secara adil dan saksama, pastinya saudara akan mengetahu betapa hakikat adnan dibenci oleh rakyat pahang tidak dapat dilindungi lagi.

Sepanjang memimpin umno pahang, dia(tidak layak untuk dirujuk dengan kata ganti nama beliau) telah berjaya memecahbelahkan umno pahang. Jika tidak masakan ramai tokoh-tokoh politik pahang berasa begitu kecewa dengannyA Aku tidak begitu kisah akan tindakan adnan terhadap tokoh-tokoh tertentu di negeri pahang kerana ia merupakan sebahagian daripada permainan politik, tetapi apabila kebebalannya menjadikan kehidupan rakyat pahang terseksa, ia memang menyusahkan aku. Sepanjang kepimpinannnya, negeri pahang tidak ke mana. Bentangkan kepada rakyat apa hasil pentadbiran anda selama ini? tidak ada. malah aku tidak nampak sedikitpun idea-idea asli daripada adnan
untuk membangunkan negeri. melihat kepada caranya mentadbir, aku tidak fikir susah untuk mencari pengganti yang sama aras pemikirannya dengan adnan. malah aku yakin bersepah rakyat di negeri pahang yang boleh memimpin dengan jauh lebih baik. Jadi, mana rasionalnya idea khairuddin untuk menjadikan adnan sebagai ketua pergerakan pemuda umno malaysia sedangkan kepimpinannya di negeri pahang sendiri begitu lemah dan sering dipertikaikan.

Khairuddin juga perlu ingat, tugas untuk menentukan siapa yang dicalonkan oleh bahagia untuk sebarang jawatan adalah hak ahli bahagian terbabit. jadi, janganlah terlalu yakin kerana sekarang bukan zaman lembu dicucuk hidung dan jangan juga mnejadi begitu sombong.Aku sendiri akan memainkan peranan yang cukup aktif bagi memastikan adnan tidak berjaya dicalonkan oleh pemuda bahagian cameroh highlands. Kalau ahli tidak berkenan, menyalaklah anda sekuat mana pun, hasrat anda tidak akan kesampaian. dan aku yakin banyak lagi pemuda di bahagian-bahagian lain yang akan menolak sebarang usaha untuk menjadikan adnan sebagai calon bahagian masing-masing.

Kadang-kadang terfikir juga, mungkin ini tidak terdesak bagi seseorang yang akan meninggalkan dunia pemuda umno tidak lama lagi. Mungkin ini usaha terbaik yang boleh dilakukan agar dirinya terus dihargai memandangkan persaingan dalam umno bahagian merupakan satu pergolakan yang berlainan sama sekali daripada pergerakan pemuda. It;s a different ball game mate! so pack your things and be ready to be kicked out!

Ingin juga aku menyentuh mengenai kes karpal singh. Dalam aku bersetuju mengenai sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadapnya ekoran tindakannya menghina sultan perak, aku menjadi hairan apabila rosol wahid tidak dikenakan tindakan yang sama apabila menghina seri paduka baginda yang dipertuan agong. Apa bezanya mereka berdua ini? kita kena berlaku adil kerana islam itu adil. JAdi kalau kita menghukum karpal, seharusnya rosol juga dikenakan tindakan yang sama. Kenapa pak lah tidak meminta peguam negara untuk menyiasat kes rosol? penderhakaan tetap penderhakaan tidak kira ia dilakukan oleh siapa. Aku fikirkan kepimpinan umno telah sedar, rupanya makin tidak sedarkan diri. Hukum mereka seadil-adilnya. Aku sendiri jika diberi kuasa akan mengenakan hukuman yang sekeras-kerasnya terhadap penderhaka-penderhaka ini. Jangan sekali-kali menghina sultan-sultan melayu. Dan bagi rakyat pahang, marilah kita bersama-sama menyatakan taat setia terhadap kdymm tuanku sultan pahang, sultan haji Ahmad Shah dan kdytm tengku mahkota pahang, Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah. Daulat tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku. Amaran kepada mereka yang terfikir untuk menderhaka atau melakukan sesuatu yang boleh mencabar kedaulatan sultan aku, anda pasti akan menerima tentangan daripada aku dan bangsa melayu yang bernaung dibawah daulat tuanku sultan.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS