<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, March 17, 2008; 6:59 PM

Nampaknya akhbar harian masih tidak belajar daripada kesilapan dahulu. Kebanyakan rakyat malaysia menolak untuk mendapatkan maklumat daripada akhbar arus perdana kerana kandungannya yang terlalu memualkan, sentiasa memuji pak lah walaupun beliau berbuat kesalahan. Hari ini, tekak aku loya apabila membaca pendapat dan kenyataan pemimpin umno baik di peringkat pusat, negeri mahupun pergerakan pemuda mengenai surat mukhriz.
Hentikanlah budaya menjilat sehingga kering. Kalau salah, katakan salah. Dan kalau betul, katakan betul.

Bukankah mukhriz hanya menyatakan pendapatnya selaku ahli umno dan seorang rakyat malaysia yang berbangsa melayu? pada pendapat beliau, pak lah gagal menjalankan tanggungjawab selaku perdana menteri dah seharusnya beliau berundur. Mukhriz tidak menghasut jauh sekali mencerca pak lah. Dia hanya menggunakan haknya selaku ahli umno untuk menyatakan pendapat.Jadi tidak timbul soal untuk dia minta maaf kerana selaku pemimpin , beliau pastinya mempuyai alasan untuk berpendapat sedemikian. Dalam hal ini, aku menyatakan sokongan penuh yang tidak berbelah bagi kepada saudara Datuk Mukhriz. Setiap ahli umno dan rakyat malaysia diberikan hak untuk mempunyai pendapat. Janganlah jadi bebal sangat! Kalau begini tindakan pemuda dalam mengatasi apa yang dikatakan kononnya "masalah" akibat daripada surat mukhriz, maka bolehlah pergerakan pemuda umno dan umno itu sendiri berkira-kira untuk menerima kekalahan yang lebih besar pada pilihanraya yang akan datang. Suara rakyat , suara keramat. Ingatlah wahai semua. Indahnya demokrasi ialah kerana suara ahli biasa seperti aku yang enteng ini mampu memberi kesan luar biasa kepada pemimpin yang merasakan diri mereka terlalu hebat. Aku setia kepada parti, bukan kepada pemimpin.

Khairy? Mana menghilangnya ahli parlimen rembau ini? Sebelum pilihan raya, bukan mainlah wajahnya akan terpampang di dada akhbar mahupun televisyen? Sebaik sahaja BN kalah majoriti 2/3, diam membisu, senyap menikus. Mana pergi kempen "pade doh" saudara? Itulah, sebelum sibuk hendak menjaga tepi kain orang, jaga dulu tepi kain sendiri. Dengar rungutan akar umbi UMNO, ambil tindakan dan bertindak secara proaktif, kemudian barulah boleh hendak sibuk-sibuk menawan negeri orang. Selesaikan dulu masalah dalaman umno. Dahlah naik jadi naib ketua pemuda umno secara tidak terhormat, menang tidak bertanding (selalunya dikhaskan kepada tokoh-tokoh yang begitu berjasa kepada umno sebagai tanda hormat), dan di boo .

Hairan juga aku memikirkan, sebelum pak lah bergelar tpm dan pm, apa jawatan khairy dalam pemuda. Daripada habuk ke berkepuk. From zero to hero. Kering sangatkah pemuda umno dengan tokoh-tokoh muda yang lebih lama berada dalam umno untuk ditonjolkan? Pening-pening. Tahun 2004, dah jadi naib ketua pemuda. Sebelum itu, ketua pemuda bahagian pun ttak merasa. Entah pernah hadir mesyuarat umno pun aku tak tahu. Itu tahan lagi, yang lebih menghairankan bagaimana dia menang dengan majoriti 5000 lebih undi setelah pengiraan semula sedangkan pada pengiraan awal, dia tewas. Dasyat, dasyat! Kalah ahli silap mata terkemuka. Walau apa pun, elok eloklah dalam dewan parlimen yang mulia. Ingat, anda akan berhadapan dengan 82 orang wakil pembangkang yang pastinya akan berasa begitu seronok untuk melontarkan soalan soalan berbisa. Sekarang barulah bertemu buku dan ruas.

Kepada Datuk Mukhriz, teruskan perjuangan anda. Saya sentiasa menyokong dan akan bersama-sama datuk dalam menghadapi situasi yang tidak menyenangkan ini. Peganglah kata-kata tun dr mahathir " hari ini, jalan ini pasti akan berliku, kerana hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. "

Hidup UMNO, Hidup Melayu, Hidup Islam

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS