<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, March 12, 2008; 5:26 PM

Kata orang-orang tua, baik berhenti makan sebelum kenyang. Bidalan indah ini kalau diperhalusi oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO, nescaya segala masalah yang melanda parti keramat UMNO tika ini akan selesai.

Pilihanraya 2008 baru saja melabuhkan tirainya. Dan hasilnya, gagasan perkongsian kuasa barisan nasional yang telah memerintah sekian lama hancur musnah akibat penangan tangan pak lah dalam masa 4 tahun. Ada yang menasihatkan aku supaya tidak menzahirkan pemikiran yang kritis begini terhadap pimpinan tertinggi parti - tetapi bukankah aku juga telah diberi hak oleh parti untuk menyuarakan pandangan ? dan ternyata pandangan aku ini bukan hanya satu ilusi yang disulam dengan seribu kedengkian, tetapi sebenarnya adalah manisfestasi hasrat ahli di peringkat akar umbi.

Apa yang salahnya? salahkah kalau aku berkata bahawa barisan nasional telah kalah dengan teruk pada pilihanraya yang lepas? atau aku ada menghasut rakyat untuk menjatuhkan pak lah. aku di sini hanya mampu menzahirkan pendapat sendiri, yang tidak tertakluk oleh mana-mana tekanan. Bukan setakat pak lah, semua pemimpin umno perlu bermuhasabah mulai sekarang. Kalau betul kita ini disayangi rakyat, tidaklah kita kehilangan kedah, selangor, perak dan kuala lumpur. Kelantan? lupakan saja angan-angan mat jenin tersebut. Berpijak di bumi yang nyata. Nah sekarang, ternyata golongan muda dan pengundi atas pagar memilih untuk mengundi parti alternatif sebagai tanda protes terhadap kelemahan sistem pentadbiran sekarang. Perlu di ingat, aku mengkritik individu, dan bukannya parti. Taat setia kepada parti tidak akan luntur walau apa terjadi, tetapi pemimpin yang hebat akan aku sanjung, yang lemah jangan jadi seperti kaduk naik junjung.

Keputusan Pilihan Raya Ke-12 baru-baru ini mempunyai seribu erti yang perlu difikirkan dengan sedalam-dalamnya oleh orang Melayu khususnya. Kita sudah kehilangan Singapura 43 tahun dahulu, dan dalam tempoh itu orang-orang Melayu secara tidak langsung tertindas tanpa disedari.

Tidak ada kuota menteri penuh Melayu, azan tidak boleh dilaungkan di luar masjid, bahasa Melayu menjadi bahasa ketiga, orang Melayu tidak dibenarkan memegang jawatan tertinggi dalam tentera dan polis, mereka menuntut Pulau Batu Putih sebagai milik mereka dan pelbagai lagi ketuanan bangsa Melayu yang sudah lenyap di tanah Singapura.

Apabila sudah hilang, tiada harapan lagi untuk kita mendapatkannya semula.Sebab itulah orang-orang Melayu perlu sedar dan bangun dari tidur dengan kesilapan memberi undi kepada pembangkang terutamanya DAP. Mungkin ada pihak berkata kenyataan ini berbau perkauman, tetapi kita tidak sedar kain rentang parti DAP menyatakan “Undi MCA Bermakna Undi UMNO/Melayu”, atau dalam akhbar-akhbar berbahasa Cina mereka menulis “ Undilah calon-calon Cina sahaja”.

Kita orang Melayu terlalu bertolak-ansur dan terlalu berlembut sehingga kempen-kempen seperti di atas walaupun berbau perkauman tetapi tidak ada tindakan diambil.

Apabila kita pula orang Melayu menyatakan perkara yang sama, kita pula dituduh sebagai memainkan api perkauman sedangkan semua itu permainan mereka untuk menjatuhkan kita orang Melayu.

Apabila mereka memainkan isu hak ketuanan bangsa Melayu dan umat Islam, pernahkah mereka memikirkan perasaan kita umat Islam. Mereka tidak pernah peduli apa itu OSA, ISA, ataupun Akta Hasutan sebab itu akhbar mereka bebas dan berani.

Apabila ini terjadi, mengapa pucuk pimpinan umno tidak mahu mengambil tanggungjawab yang sepenuhnya. Lihat MCA, MIC dan Gerakan, kesemua pemimpin mereka memikul penuh kekalahan di atas bahu mereka dengan menolak jawatan kabinet. Presiden UMNO? Masyaallah.

Aku tahu akan ada pihak yang mempersoalkan tentang kesetiaan ahli-ahli UMNO yang sepatutnya perlu berdiri teguh dibelakang Presiden parti sebagai tanda kesetiaan dan tanggungjawab bersama terutama disaat-saat parti dirindungi malang diatas kekalahan besar yang menempah sejarah pilihanraya Malaysia kali ini.

Kita agak hairan bagaimana ketika Barisan Nasional menang besar dulu masing-masing berebut-rebut mengaitkan kemenangan itu dengan “the Feels Good Factor” yang dikaitkan dengan kehebatan personaliti Presiden parti yang dikatakan menjadi faktur utama tarikan pengundi kepada Barisan Nasional, tetapi kenapa bila kekalahan ini berlaku walaupun faktur utama itu yang masih digunakan tetapi masing-masing termasuk semua penganalisa politik cuba mengelakan diri dari mengaitkan kekalahan ini dengan faktur utama itu walaupun rakyat jelata sudah tidak segan silu lagi mengatakan yang mereka menolak BN kali ini adalah kerana mereka tidak yakin lagi dengan kepimpinan Perdana Menteri Abdullah Badawi.

Tidak ada mana-mana individu dalam parti ini boleh mendakwa yang mereka mempunyai hak mutlak untuk mendapat kesetiaan ahli-ahli melainkan hak mutlak itu hanya harus diberikan kepada parti sahaja. Oleh yang demikian, setiap ahli-ahli UMNO perlu tahu dimanakah kesetiaan mereka patut diletak diantara memilih kesetiaan kepada individu atau kesetiaan kepada parti, sudah tentu kesetiaan kepada parti mendahului daripada kesetiaan kepada mana-mana individu sekali pun terhadap Presiden parti itu sendiri apatah lagi jika Presiden parti ini yang menjadi punca utama kekalahan parti.

Seoarang Presiden parti yang berintrigriti tinggi seharusnya sanggup memikul tanggung jawab ini dengan mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan diri mereka sendiri, mereka seharusnya sedar jika diri mereka itu sudah menjadi liabiliti dan beban kepada parti seharusnya mereka perlu memberi laluan kepada rakan-rakan lain untuk mengambil-alih tugas bagi memulihkan imej parti dengan sebeberapa segera. Jika mereka masih berdegil dengan mementingkan agenda peribadi mereka sendiri, layakkah mereka ini mendapat kesetiaan ahli-ahli parti yang ternyata sudah teraniya kerana terpaksa menghadapi pihak lawan dalam keadaan menanggung imej yang buruk disebabkan kesetiaan kepada seorang individu yang ternyata ditolak rakyat itu.

Apakah ahli-ahli UMNO ini sanggup mengorbankan parti yang telah menjadi peneraju utama pemerintahan negara sejak sekian lama semata-mata kerana mahu mendahului kesetiaan mereka kepada seorang Presiden parti yang ternyata gagal mempertahankan keutuhan parti walaupun dalam masa yang begitu singkat beliau berkuasa. Kita tidak dapat bayangkan betapa teruk lagi kesan yang akan diterima oleh parti jika individu seperti ini dibiarkan lebih lama berkuasa, sedangkan baru empat tahun beliau berkuasa parti sudah dilanda malang. Maka untuk itu, ahli-ahli parti tidak ada pilihan lain melainkan mendahului usaha mereka menyelamatkan parti dari menyelamatkan kepentingan individu ini agar semangat sayangkan parti akan kembali segar semula.

Kesetian sejati tidak dapat dipaksa atau dibeli dengan wang ringgit kerana apa yang boleh dibeli itu hanya mampu kekal buat sementara waktu saja, cuma yang mampu kekal adalah kesetiaan yang diberi dengan keikhlasan hati yang seharusnya juga ditimba-balas dengan pemimpin yang ikhlas menjaga parti mendahuli kepentingan diri mereka sendiri. Oleh itu, elaklah diri kita dari menjadi penyokong yang membawa rebah dan sokonglah dari hati yang benar-benar ikhlas, bukan atas sebab jawatan yang sedang menanti kita seperti mana sikap yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Half Past Six Dollah sekarang.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS