<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, October 10, 2007; 11:56 PM

adoi..sibuk sungguh sekarang ini, maklumlah..raya bakal menjelang tiba satu dua hari saja lagi. Banyak yang hendak aku perkatakan, tetapi aku tidak fikir banyak yang aku boleh aku tulis pada kali ini kerana masa terlalu mencemburui aku.

Isnin lepas, aku pulang ke kampung kuala medang di kuala lipis untuk memuliakan kerberangkatan kebawah duli yang teramat mulia, tengku mahkota pahang tengku abdullah ibni sultan haji ahmad shah. Daulat tuanku! Patik bagi pihak ayahanda patik menjunjung kasih atas perkenan kebawah duli yang teramat mulia tuanku berangkat mencemar duli hadir di majlis tersebut. Sesungguhnya, kehadiran tuanku menambah memuliakan hari di bulan yang sedia mulia ini. Ampun tuanku!

Pesanan kepada mereka yang terlibat, apa lagi tindakan yang anda boleh lakukan? setelah anda berjaya menyekat kehadiran sekian ramai tokoh ke kampung kuala medang, ternyata kali ini anda tidak dapat berbuat apa apa. Itulah, sehebat mana pun kita, ada yang lebih hebat. Niat yang jahat tidak selalunya dapat diterjemahkan menjadi realiti dan tidak akan sekali kali allah itu membenarkan kejahatan mengatasi kebaikan untuk selamanya. Sekarang, usaha anda telah dapat dipatahkan. Aku tidak fikir anda dapat lagi berbuat onar seperti menelefon kepada panel hakim anugerah belia kebangsaan supaya tidak memenangkan persatuan belia 4b kampung kuala medang. Tidak ada seorangpun yang berotak manusia dan berakalkan insan akan terfikir untuk bertindak sedemikian, tidakkah dengan kemenangan kampung kuala medang letaknya dalam dun jelai di negeri pahang secara amnya akan memberi imej positif kepada dun jelai secara khususnya mengangkat martabat negeri pahang di arena kebangsaan? itulah, selalunya kalau kaduk naik junjung, perangainya pun tak ubah seperti orang kudung mendapat cincin. pangkat dan kuasa datangnya dari allah, dan kita hanya diberi amanah untuk menjalankan tanggungjawab dengan seeloknya, dan bukan untuk menjadi riak dan takbur dengan kuasa yang dipinjamkan Allah. Percayalah, kalau dah dasar pipit, pipitlah juga. jangan terbang terlalu tinggi kerana kalau jatuh, parah akibatnya, and its not the question of if, but when. and i do hope your tiny brain might be able to read between the lines, it is not that complicated sir.!

lagi?cerita ke ikea sudah habis diceritakan. Tapi usaha aku untuk mengubah suai bilik masih belum selesai. Aku akan terus mencari idea baru bagi membawa kelainan kepada keadaan bilik yang terlalu suram. Esok, isnyaallah, aku akan ke ssf home deco mart untuk membeli langsir baru.

Hari ini, aku berbuka puasa bersama sama dengan afiq, pa, adik dan abang. Perlu ke akibat ketidakseragaman informasi yang diterima, maka terlepaslah peluang untuk kami bersama sama berbuka di kfc. Untuk tidak mengeruhkan keadaan, aku meminta maaf kepada mereka yang terlibat. Tetapi deli france pun ok walaupun juadah hidangan agak aneh rupanya. Selesai berbuka di deli france, pa meneruskan perjalanan menuju ke premium lanes untuk menyambung perjuangannya yang belum selesai sementara aku ke rumah abang dan adik di bukit sekilau bagi menjemput mereka dan afiq ke starbux. Lebih kurang 10 minit, mereka bertiga pulang semula ke rumah kerana sekolah mereka belum cuti. Perlu ke tak cuti lagi?

Lebih kurang jam 11 malam, aku dan encik burung ke lemon tree sebelum aku terserempak dengan pa di timur. Perlu ke pa kata aku usha awek? oh...tidak sama sekali. Aku tidak akan mengusha begitu, sebab aku seorang lelaki budiman. Kalau hari terasa teringin, aku terus sahaja bertegur sapa tanpa perlu merasa segan. Kita kan lelaki, gentleman sikit bro! Perlu ke sekarang tulis ayat macam afizat? perlu ke...ekekekeke...Dan terima kasih kerana mengunjungi blog aku ini. Thanks bro.

Dilla, perlu ke nak beli cadar warna pink? tidak ok.Tema untuk tahun ini ialah kedaulatan negeri, makanya warna utamanya ialah hitam dan putih (seperti baju anda ketika menonton evan almighty).

Fadli? sudah lama aku tidak bertemu dengan mamat ni. Sekarang ini dia terlalu sibuk dengan pratikal dan urusan perniagaan dengan sepupunya, sampaikan mesej dan panggilan aku pun tidak berbalas, apatah lagi pelawaan untuk minum bersama. Takpelah, adat manusia, kadang kadang kita terlupa kita ada melukakan hati dan perasaan sahabat kerana kita terlalu asyik mencari kesalahan orang lain. Seperti biasa, tindakan itu kadangkala lebih menyakitkan daripada kata kata. Apa pun, aku tetap meletakkan diri aku yang bersalah, kerana tidak elok untuk menyalahkan orang lain walau dalam jua keadaan.

Wanie, bila lagi nak menyiapkan blog anda? Bagaimana pula dengan persiapan raya? Beres? Mujurlah aku dah siap mengemas rumah minggu lepas. Sekarang hanya tinggal final touch up sahaja. Oh ya, lupa pula aku. Tahniah kepada diri sendiri kerana telah lulus dalam peperiksaan menjadi pegawai tadbir dan diplomatik. Seronok sangat!

Mu..tahun ini beraya di mana? marilah ke kuantan dan beraya ke rumah. Boleh menyertai rombongan kawan kawan hamba yang lain. :)

Apabila bersinarnya cahaya,
Ramdahan yang mulia menjengah pergi,
syawal yang berkat hadir kembali,
Kegelapan mula diterangi,
Keimanan meningkat tinggi,
Jalan sesat dijauhi dihindari,
Jalan benar diberkati dihampiri,
Semoga aidilfitri diberkati,
Bersamalah kita renungi,
Akan kebesaran Ilahi.

"Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikan rahmat Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki Nya, dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar" - Surah Ali Imran, ayat 74.

Salam adilifitri ikhlas daripada saya, dan maaf zahir dan batin. Semoga aidilfitri kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim kita dan menjadikan kita lebih menyedari akan kekerdilan kita selaku makhluk ciptaan Yang Maha Esa.

Tersusun rapi jari jemari,
kemaafan kupohon setulus hati,
Kemuliaan Aidilfitri menjadi saksi,
aku menyesali silapku sendiri.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS