<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://draft.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, October 16, 2007; 11:25 PM

huargh...mengantuk gila. had a very hectic day. bangun pukul 2 petang dan hajat awal hendak ke gimnasium pada jam 3 petang. Alih alih, aku mendapat sms dari fadli pada jam 2.40 petang menjemput aku ke rumahnya pada jam 3.00 petang. Maka, tidaklah dapat aku ke gimnasium kerana ingin memuliakan tuntutan sahabat. Tiba di rumah encik fadli, hakim, apek, iqbal dan hanif sudah berada di meja makan. Adik dan abang tiba tidak lama kemudian disusuli ketibaan maisara(ye kot!) dan kakaknya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dilla dan wanie. Soalannya sekarang, perlu ke berbaju kurung ..wakakakaka. Aku tak berkesempatan menikmati mee calong air tangan mak fadli kerana terdapatnya unsur negatif dalam kuah mee tersebut. Maka, aku berkeputusan untuk hanya menikmati kuih muih dan air gas. Pa,iqbal dan hanif pulang dahulu, meninggalkan aku dan hakim bersama sama dilla dan wanie di rumah fadli. Perlu ke mak fadli membuka kembali koleksi berita dan gambar aku ketika bermain boling. Aku tak pandai, hanya nasib yang membantu melonjakkan nama aku. Aku langsung tidak sebaris dengan juara juara masa kini seperti fadli dan pa. Aku hanya pemain biasa yang hadir untuk memenuhi jadual pertandingan. :). Apa pun, terima kasih atas ingatan auntie ita.

Selesai urusan di rumah fadli, aku dan hakim ke megamall. Hakim terus sahaja meluru ke kedai cermin mata untuk membantu kakaknya memilih cermin mata baru. Perlu ke dah ada cermin mata tapi masih sempat menyambar dua kotak kanta sesentuh. Aih, bahaya tu. Aku dan hakim kemudiannya ke rumah dilla untuk membuat kunjungan raya dan setibanya kami disana, pa, iqbal dan hanif sekali lagi mendahului kami. Perlu ke pa nak pergi ke rumah dilla secara senyap2..ekeke..gurau je. Perlu ke mak dilla kata umur aku baru 22 tahun. Terima kasih cik (oppss!) puan murni atas pujian tersebut. ladies and gents, do remember that i am a very young guy! muahahhaa. Wanie, perlu la bergambar dengan fadli, kerul dan pa. Pasti seronok kan. Terutama gambar dengan pa. Ekekeke, anda berdua kelihatan begitu secocok sekali.

Malam, aku ke rumah kawan di sungai isap untuk beraya. Persoalannya, ada seorang budak yang aku pasti baru berumur tidak lebih dari 20 tahun kelihatan begitu sedih dan murung kerana tidak memiliki ketinggian yang diidamkan. Kasihan sungguh aku melihatnya diejek oleh rakan rakan sebayanya yang tinggi tinggi belaka setelah tidak mampu menjejakkan kaki ke lantai ketika cuba bergaya dengan motosikal berkuasa besar. Aiseh saudara, janganlah terlalu sedih. Ketinggian itu bukanlah satu faktor yang begitu penting untuk meneruskan kehidupan, lainlah kalau kita mempunyai hajat untuk menjadi model mahupun pramugara. Kasihan aku melihat dia begitu sugul, dan sempat merungut kepada aku akibat tertekan selalu dipanggil pendek. Aduh, cetek sungguh pemikiran budak ni.

Para pembaca, aku ingin berkongsi pengalaman aku membesar dalam keadaan aku tidak tinggi. Ekekeke..aku hanya memiliki ketinggian sekita 1.63 m hingga 1.65 m, satu paras yang boleh dipanggil sebagai pendek. But, do i look like i care? nope, and i wont let this stupid factor to influence my in any possible ways. Waktu sekolah, aku memang selalu kena ejek sebab rendah. Biasalah, budak budak sekolah. Malahan, aku juga sering di panggil dengan pelbagai gelaran oleh rakan rakan serumah ketika aku menuntut di universiti. Tapi, aku tidak pernah sekali kali membiarkan faktor ketinggian mempengaruhi hala tuju dan matlamat hidup yang telah aku tetapkan. Sebenarnya, aku amat berterima kasih kepada nama nama timangan yang tidak elok begini kerana telah menjadikan aku seperti pada hari ini. Aku dulu bukan sahaja pendek, malah gelap dan tidak langsung pandai bercakap bahasa inggeris. Hasil ejekan orang, aku bertekad untuk menjadikan kritikan itu sebagai asas untuk berjaya, dan akhirnya aku berjaya seperti sekarang. Perlu ke nak tinggi tinggi adik? tidak ok. Memanglah kalau orang tinggi ni nampak bergaya ketika menggayakan apa jua pakaian, tapi bukan itu sahaja tujuan kita hidup di dunia ini. Kalau tinggi tapi akhlak rendah, apa guna!
Awek, aduh! ini tidak langsung menjadi masalah. Zaman muda ni memanglah kita sibuk dengan handsome, tinggi, macho dan ntah apa apa lagi, tapi bila dah kahwin nanti, semua tu tak berguna dah.

Aku tak tinggi, tapi aku bahagia. Aku ada kereta, rumah, duit, kawan-kawan, karier dan hala tuju dalam hidup. Malah, tidak keterlaluan aku memiliki banyak kelebihan berbanding kawan kawan aku yang tinggi. Yesza, siapa kata orang rendah tak boleh memimpin. Bersepah orang rendah yang memegang jawatan tinggi sama ada dalam kerajaan mahupun swasta. Tak percaya, tengok saja yang memegang tampuk pemerintahan kerajaan negeri pahang, menteri besarnya yang memiliki ketinggian yang hampir sama dengan aku. wakakaka...jadi adik yang kecewa dengan hidup sebab rendah, aku harap kau baca blog aku ni(*sebab aku dah kasi alamat*), dan sedar tinggi tu tidak langsung diambil kira dalam banyak aspek kehidupan. Bukan aku dengki, tapi itu kenyataannya. Kita jangan asyik pandang yang negatif tentang diri kita. Tumpukan kepada yang positif, bina kekuatan di situ supaya kelemahan kita dapat ditutup. Kau tak percaya? pergilah cari kawan kawan aku. Hakim, fadli, pa, hanif dan iqbal semuanya tinggi tinggi belaka. Aku selalu je lepak dengan mereka, dan tidak pernah sekalipun aku berasa iri hati kerana mereka tinggi dan aku rendah. Perlu ke nak berfikir begitu, kerana aku percaya aku sebenarnya memiliki kehidupan yang begitu menarik dan menggembirakan aku walaupun aku rendah. Macam duduk kat celah menara berkembar klcc pun ada kadang kadang.wakakaka. seronok sangat. Perlu ke nak tinggi nak main boling? beli baju berjenama?memandu kereta mewah? memiliki wang dalam akaun bank?mendapat awek yang cantik?dan banyak lagi..ekekeke...tidak ok. Jadi, bukalah minda tu. Cuma kita tidak dapatlah menjadi pramugara, peragawan mahupun pemain bola keranjang. Juga kita tidak dapat untuk bergaya dengan pakaian orang putih yang besar saiznya (karang pakai baju serupa macam maharaja cina..ekekek) dan juga mencapai siling dengan mudah. Soalannya, perlu ke semua itu kalau kita boleh hidup gembira. Kita patut bersyukur kerana dikurniakan anggota badan yang sempurna, dan juga pacaindera yang berfungsi dengan elok. Satu perkara adik yang kecewa, aku tengok kau pandai berkata kata . Aku yakin separuh daripada kawan kau yang tinggi tu tak petah berbicara seperti kau. Apa kata kalau kau mula membina kekuatan diri dengan memfokuskan kepada kebolehan kau untuk berkata kata dengan spontan. Adik, ramai di luar sana yang sanggup menghabiskan beribu ringgit semata mata untuk menjadi yakin ketika berbicara seperti kita. Malah, kau patut guna kebolehan itu untuk mengorat awek. Yang tinggi tinggi tu harapkan fizikal je, tapi tak berani berdepan dengan awek. Baik kau jadi genlte, ayat awek. Lagipun, aku percaya perempuan sukakan kepada lelaki yang gentleman, bukan badan saja besar tapi segannya, allah saja yang tahu. (perhatian:bukan semua perempuan).

Allah itu maha adil dan dia tidak akan menjadikan makhluknya hanya untuk disia siakan oleh Nya. Pasti ada kebaikan di sebalik keburukan.
Biarlah kita jadi rendang, kerana manusia itu suka berteduh di bawah pohon yang rendang. Sekurang kurangnya, kita dah dapat pahala. :)

Kepada fadi dan dilla, terima kasih atas layanan mesra dan undangan ke rumah masing masing. Kepada pa, maaf kalau cakap kasar tadi sebab aku tengah sedih. Kepada adik yang kecewa sebab rendah, minumlah susu banyak banyak. Wakakaka.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS