<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Thursday, September 27, 2007; 2:18 AM

hari ni takda apa yang menarik berlaku. tahniah kepada pa sebab menang lagi ..rm4500. banyak tu. boleh la belanja aku makan.

secara tiba tiba, aku rasa terpanggil untuk membicarakan mengenai perkembangan bola sepak tempatan. Dan seperti biasa, nama baginda Sultan Ahmad Shah pasti tidak dapat lari daripada disebut setiap kali kita membincangkan isu bola sepak tempatan.

Aku sebenarnya tidak bersetuju kebawah duli yang maha mulia tuanku sultan pahang dipersalahkan setiap kali bola sepak malaysia menemui kegagalan. Baginda sebenarnya telah melakukan yang termampu dalam membangunkan bola sepak tempatan. Usaha baginda seharusnya dijunjung dan dipuji, bukannya dikeji . Selesai saja kejohanan bola sepak piala asia, baginda secara khususnya dan fam secara amnya telah menerima cacian yang melampui batas kemanusiaan. Apakah semua yang terjadi itu kerana salah baginda? Apakah apabila kita gagal untuk mengutip walau satu mata sekalipun, itu disebabkan kelemahan baginda? Allah mengurniakan akal kepada kita supaya kita boleh berfikir, dan akal itu yang membezakan kita dengan makhluk ciptaannya yang lain.

Mari kita berfikir secara rasional, jikalau baginda dipersalahkan kerana kegagalan skuad kebangsaan beraksi dengan cemerlang, sehingga timbul desakan supaya baginda berundur dari menerajui FAM, maka bolehlah disimpulkan bahawasanya kita menyetujui hakikat bahawasanya baginda harus bertanggungjawab terhadap pasukan kebangsaan. Jika kenyataan itu diterima sebagai benar, maka kenapa tidak ada pula pihak yang memuji dan berterima kasih kepada baginda setelah pasukan kebangsaan kita beraksi dengan cemerlang pada kejohanan piala juara belia dan pestabola merdeka. kenapa apabila tumpas, baginda diperlakukan seolah2 baginda tidak menyumbang langsung kepada pembangunan bola sepak tempatan, tetapi apabila kita mencatatkan kemenangan, kita diam menyepi? Seharusnya baginda dipuji kerana kemenangan itu, seperti mana baginda dikeji setiap kali kita kalah.

Kita seharusnya bersyukur kerana diberikan peluang untuk bernaung dibawah kepimpinan kebawah duli yang maha mulia tuanku sultan pahang. Baginda telah berjaya menjenamakan liga malaysia, dan menjadikannya sebagai antara liga terbaik di asia, walaupun tidak pada mutu permainannya. Tapi itu bukan salah baginda. Itu salah para pemain yang mewakili negara. Apabila baginda meminta kita bersabar dan menunggu hasil program pembangunan remaja FAM, kita menolak dengan penuh keegoan. Nah, sekarang sudah terbukti bahawasanya skuad remaja kebangsaan memang mempunyai harapan, dan sistem pembangunan bola sepak kita memang tidak mempunyai masalah yang serius.

Aku memang menyalahkan pemain 100 peratus. Mereka yang bermain sambil lewa. Main macam tak makan nasi. Langsung tidak ada semangat patriotik, yang ada hanya semangat wang.Mentang mentang tidak dibayar, main pun macam nak tak nak je. Ramai yang kata, kalau dah aku pandai sangat, kenapa aku sendiri tak main. Aku tak pandai main bola sepak. Tapi aku tahu, kalau mereka tidak langsung ada semangat cintakan negara, baik gantung but sahaja. Tak payah nak sakitkan hati rakyat. Bersepah lagi rakyat malaysia yang sanggup untuk menyarung jersi negara hanya kerana cintakan negara dan tidak perlu dibayar.

Aku memang berterima kasih kepada Tuanku Sultan Pahang kerana memilih untuk kekal menerajui FAM. Jasa dan pengorbanan baginda memang tidak mampu untuk kita balas . Dan aku sentiasa mendoakan agar baginda diberi kekuatan untuk terus memimpin FAM dan membawa seribu lagi kejayaan kepada skuad kebangsaan. Mungkin aku merupakan antara segelintir rakyat malaysia yang berfikiran begini, tetapi sebagai rakyat tuanku, aku tetap akan setia untuk mempertahankan baginda daripada menerima layanan yang tidak sepatutnya Baginda terima.

Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS