<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, September 10, 2005; 11:38 PM

Salam

Hari malang untuk arena sukan berterusan lagi; sekurang kurangnya yang melibatkan pasukan yang aku sokong. Selepas Pahang tewas kepada perlis melalui kiraan agregat, malaysia pula dibelasah 7 0 oleh Thailand. Hari ini pula, Manchester United hanya mampu seri dengan Manchester City di Old Trafford. Dugaan, dugaan. Tapi aku peecaya dengan ketentuan Ilahi, di sebalik kedukaan sebenarnya tersembunyi seribu kegembiraan. Hanya masa yang akan menentukan segalanya.

Sudah seminggu aku tidak keluar merewang rewang di bandar kuantan; atau lebih tepat tidak menghabiskan masa secara tidak berfaedah di bandar. Semenjak kes remaja pra matang tempoh hari, aku sudah tidak lagi sior(memetik kata ad) untuk melepak di bandar. Selama ini aku hanya ke megamall untuk keluar bersama sama pa, apek and the gang dan kemudian menyaksikan mereka bermain boling. Sekarang, semua perasaan tersebut sudah terbang dibawa putaran puting beliung yang ganas.

Memang benar aku sudah melupakan tragedi remaja pra matang, namun hati aku yang terluka masih belum benar benar terubat. Aku sendiri tidak pasti bila aku akan dapat kembali seperti dulu apabila bersama mereka. Nah, sekarang kamu akan melihat personaliti aku yang sama sekali berbeza dengan apa yang pernah anda saksikan sebelumnya. Anda mahu melihat diri aku yang sebenarnya bukan..maka bersaksilah wahai segala kejadian alam, aku tidak akan sekali kali bertindak seperti dahulu lagi. Akan akan cuba untuk melupakan tragedi yang lepas dan hanya memandang ke hadapan. Hidup mesti gembira. Sebenarnya, hidup aku memang terasa begitu bermakna setelah tidak lagi perlu memikirkan bagaimana untuk menjaga hubungan dengan remaja pra matang tersebut. Malahan, tidak perlu lagi aku memikirkan pandangan negatif orang tiap kali aku keluar bersamanya. Hahaha...sungguh lucu (culu mengikut kamus patin) apabila mengenangkan betapa peritnya untuk menjadi temanku seperti yang didakwa remaja pra matang. Hadapilah kenyataan, memang aku tidak 100% sempurna namun aku masih mempunyai rangkaian sahabat yang mencukupi andai anda berkeputusan untuk memutuskan persahabatan. Anda hanya mengenali aku selama beberapa bulan, dan dengan itu anda tidak begitu mengenali diriku dan kemampuan aku untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Benar, acapkali aku kelihatan sombong dan memang aku berkeputusan untuk bertindak sedemikian kerana kebanyakan daripada kawan yang ingin anda kenalkan tidak layak dibuat teman, tetapi aku korbankan prinsip hidup demi menjaga persahabatan(walaupun hanya sekali dua).

Berkawan biar seribu, bermusuh jangan sekali! Aku juga percaya kepada pepatah keramat ini tetapi berkawan yang dimaksudkan ialah insan! Dan takrifan perkataan insan itu sendiri subjektif; yakni tertakluk kepada corak pemikiran unik yang dimiliki setiap individu. Maka, andai aku ini begitu susah untuk dibuat kawan, mengapa masih ada lagi yang ingin bersahabat. Tidak keterlaluan untuk aku nyatakan, sahabat yang aku miliki jumlahnya mampu menaikkan atau menjatuhkan aku (terbukti bahawa aku bukan kera sumbang!).

Entahlah, biarlah masa sahaja yang menetukan segalanya. Aku sekarang pun cukup gembira dengan perjalanan hidupku. Kepada pa, apek dan iqbal sekali lagi aku menyusun jari memohon kemaafan atas segala tindak tanduk aku yang telah menyusahkan kalian. Aku setuju bahawasanya tindakan aku menjadikan kalian selaku bahan eksperimen adalah tidak bermoral. Minta maaf! Sokongan aku terhadap kalian dalam sukan boling akan tetap membara dan pandangan aku terhadap kalian tetap utuh seperti dulu. Kalian merupakan golongan remaja yang berbudi bahasa, bersopan santun, tahu menghormati orang tua dan tidak meninggi diri, dan nilai nilai inilah yang akan aku diingati olehku sehingga ke akhir hayat. Kisah yang lalu usah diungkit dan semoga Allah memberkati perjalanan persahabatan kita pada masa akan datang. Amin.

Ad, apa sudah jadi. Takutkan hantu ke. Ish ish ish,,perlulah ada hantu di MMU tu. Tadi sempat berborak mengenai kisah The Return of Umi. Kasihan, mungkin dah memang nasib aok bertemankan orang sebegitu seumur hidup. Sekurang kurangnya kali ini aok ada pasangan, tidak perlu lagi bersusah payah menangkis serangan bertali arus lawan secara solo. Jimat tenaga weh! Kenapa minggu ini tak balik seperti makhluk payung terjun zi dan ikan patin. Mentang mentanglah af dah habis (syukur, sekurang kurangnya tidak lagi kedengaran teriakan sumbang MAWI), tak sior nok ke peghok ye. Apelah. Tadi teman keluor dengan mat, kawan sekolah yang baru balik dari kl. Bapoklah ganasnya, sampai kuantan hari sabtu, ahad dah nak ke kuala lumpur semula. Letih,letih! Tapi kita dulu pun aktif macam tu gak. Portable Warisan Clan. Hahaha! Kita siap merantau dan menjelajah suku semenanjung lagi.

Waktu ngan mat tadi, koi ke kedai imran. Minum air sirap sambil mendengar kisah kerjanya; mungkin hendak ditukar ke vietnam. Alhamdulillah, murah rezeki. Lepas tu sibuk bercerita mengenai teman teman yang sudah mendirikan rumah tangga. Aish, muda lagi kita ni, buat apa kahwin awal awal. Kalau koi kahwin awal sangat, tak boleh dah nak bermesra ngan cik ad yang jelita lagi montok. Wahaha. Oklah, berhenti di sini dahulu. Jumpa lagi di kesempatan lain.

Till then, be nice to each other!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS