<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Tuesday, September 06, 2005; 9:06 PM

Assalamualaikum

Memang sudah begitu lama aku menyepikan diri daripada menulis sesuatu di sini. Aku sengaja berkeputusan begitu memandangkan jadual harianku yang tampaknya semakin sibuk dari satu hari ke hari yang lain. Tambahan pula, aku sendiri yang terasa malas untuk menekan punat bagi menghidupkan lap top kesayangan bagi menulis atau bercerita.

Dalam masa dua atau tiga bulan yang lepas, pelbagai perkara sama ada suka atau duka telah menghiasi sejarah kehidupanku. Yang paling aku tidak dapat lupakan ialah bagaiman persahabatan aku dengan seorang remaja belasan tahun tatkala ini boleh diumpamakan seperti telur di hujung tanduk. Memulakan cerita, aku sememangnya telah berkrisis dengan remaja yang aku panggil sebagai h sejak tahun lepas lagi, secara tepatnya sebelum dia menduduki peperiksaan spm. Kerana disebabkan perbezaan umur yang besar iaitu sebanyak 6 tahun, kami melihat perkara yang sama daripada perspektif yang berbeza. Namun, insinden yang benar benar telah mengubah secara langsung persahabatan kami ialah apabila dia memaksa aku untuk menerima seorang perempuan sebagai teman wanitanya. Aku mempunyai hak untuk menerima atau tidak dan juga menggemari atau tidak seseorang. Aku lebih mengenali perempuan tersebut berbandingnya (mungkin hanya tafsiran..namun aku tetap yakin) dan sumpah, memang tidak sekali kali aku dapat menerimanya walaupun hanya mendengar namanya. Untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai teman wanitanya merupakan haknya yang perlu aku hormati, dan begitulah pendirianku sehingga kini. Namun apa haknya untuk memaksa aku menerima perempuan tersebut sebagai teman wanitanya. Perlukah aku mengorbankan prinsip hidupku selama ini hanya semata mata ingin menurut kemahuan seorang remaja yang belum tentu masa depannya. Dan pada aku, prinsip prinsip aku inilah yang telah membantu aku mengharungi kehidupanku selama ini.

Dan perkara ini sentiasa sahaja menjadi duri dalam daging dalam persahabatan kami. Dan yang terbaru, aku dituduhnya pula sebagai seorang yang sensitif. Perlu diperjelaskan di sini, aku mengaku aku merupakan seorang anak yang manja. Tetapi untuk mengatakan salah untuk sesorang menjadi anak yang manja adalah salah. Aku memang dibesarkan dalam sebuah keluarga yang kuat aturan disiplinnya dan ketika aku berumur berada di peringkat awal remaja, kehidupan aku memang dikongkong dan dikawal sepenuhnya oleh kedua ibu bapaku. Aku juga tidak pernah ke sekolah berasrama penuh atau berjauhan daripada keluarga untuk satu jangka masa yang lama. Dan ini telah menyebabkan aku menjadi seorang yang begitu manja dengan kedua ibu bapaku. Aku tidak nampak sebarang masalah andai aku tidak begitu pandai bergaul dengan remaja kini kerana aku memang tidak pernah mempunyai pengalaman sebegitu. Tapi, sekurang kurangnya aku kini telah berjaya menjadi insan yang berguna setakat ini, berasal daripada keluarga yang baik, mempunyai pendidikan yang mencukupi dan memiliki rangkaian kawan yang pada hemat aku, cukup banyak. Apa yang saudara ada, belajar pun entah ke mana, budi bahasa jauh sekali, malahan memang terlalu keji untuk meneruskan pertanyaan tersebut.

Berkata lagi sang h ini, aku ni memang menyusahkan kawan dan memeritkan mereka. Sehinggakan kalau sehari aku tidak ke bandar bersama h, pa dan apek, mereka akan terasa begitu gembira. Penjelasan: Fikirkan kembali keadaan keadaan yang lepas, tidak ada sebab untuk aku merajuk dengan anda semua. Terasa sedikit tu memang ada, kerana sebagai manusia, aku juga punya perasaan dan hanya binatang yang tidak terasa. Tapi aku abaikan sahaja kalau terasa sedikit kerana itu memang asam garam persahabatan. Malah aku percaya aku juga pernah menyebabkan anda semua terasa. Jadi, adil. Tak tahulah pula aku kalau saudara h mempunyai hati yang begitu mulia, tidak pernah terasa. Mengenai aku menyusahkan andai keluar bersama, aku sendiri berasa hairan. Kalau betul aku ini menyusahkan, lupakan sahaja. Kenapa perlu diajak keluar juga. Abaikan sahaja aku, hidup anda semua pasti akan gembira. Aku langsung tidak mempunyai pertalian saudara dengan anda semua, jadi untuk apa anda menanggung beban menjunjung persahabatan yang pada pandangan kaca mata anda begitu menyiksakan. Pada aku, berkawan dengan h ini yang menyusahkan aku. Namun aku pendam sahaja, kerana fikirkan persahabatan. Lapangkan dada, pusatkan fikiran, kenapa aku ingin berkawan dengan h. Tidak ada kebaikan langsung dari apa segi sekalipun, kecuali menambah seorang lagi kawan dalam senarai kawan aku yang sudah banyak(sekurang kurangnya tidaklah jemu dalam mengharungi kehidupan seharian). Aku telah banyak berkorban untuk bersama anda. Jadi, jangan sekali kali memainkan sentimen ramai yang ingin meninggalkan aku kerana tidak tahan dengan perangaiku. Aku setuju, aku tidak 100 peratus sempurna. Dan memang ada perangai aku yang menjengkelkan. Tapi, bukan semua perangai anda digemari orang. Ada juga perkara yang anda buat dibenci oleh insan lain, tetapi kami diamkan sahaja. Jadi di sini, adil. Diberitahu lagi, sudah mengenali aku selama 4 tahun. Pada aku, kalau dihitung jumlah hari kami bertemu, setahun pun tidak sampai. Dia tidak pernah mengharungi susah dan senang bersama aku, jadi apa asasnya untuk dia mengaku sebagai kawan baikku. Hairan...hairan....

Memang benar, aku yang bersalah kerana terlalu kerap berlakon merajuk dan memainkan perasaan orang. Tapi itu hanyalah sekadar bertujuan untuk bergurau. Untuk apa aku merajuk dengan mereka ini, tidak mendatangkan sebarang faedah langsung.H berkata: kalau duduk dengan kitaorang, berguraulah, macam mana aku dengan pa. Tapi berkata juga akan si H: kalau kau bergurau, aku akan terasa. Kontradiktif yang nyata, suruh bergurau, tetapi kalau bergurau hanya akan menyakitkan hati. Apa ni, janganlah mabuk sangat! Hasilnya, aku berkeputusan untuk tidak bertemu supaya mengurangkan percakapan dan seterusnya tidak menyakitkan hati. Maka berkatalah h sekali lagi dengan bodoh sombongnya: aku rela berundur diri daripada menjadi kawan. Kalau itu kehendaknya, baguslah, tidak perlu lagi untuk aku mendukung biawak hidup. Tapi perlu diperjelaskan di sini, aku hanya ingin mengurangkan percakapan, bukan tidak ingin berkawan. Inilah yang dinamakan mentaliti remaja pra matang.

Oklah, dikesempatan lain aku bercerita lagi mengenai perihal si h. Kepada patin, takziah kerana kakak dimasukkan ke hospital. Tapi itulah, koi dah kabo, kalau dah ikan tu buatlah cara ikan, janganlah sekali kali ingin bernafas menggunakan paru paru, kan ke dah masuk air. Gunalah insang seadanya. Hahaha...zie, yoyoyoy...sekarang ni sudah menjadi kutu kat, semakin mesra dengan abe tersayang. Ade apa apa ke. Cik ad, waktu berkabung sudah tamat tampaknya. Nyum nyum nyum....

Ok ok...till then, be nice to each other!

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS