<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, July 06, 2005; 10:01 PM

Salam

Dimulakan tulisan pada hari ini dengan segala puji buat yang Maha Esa atas limpah perkenaan dan kurnia Nya yang telah memberi peluang untuk aku meneruskan kehidupan. Alhamdulillah. Persoalan yang dilontar oleh ad sewaktu perbincangan kami semalam hanya boleh dijawab dengan sekuntum senyuman. Bukan aku tidak mahu menulis dalam bahasa melayu, dan aku akur akan keutamaan bahasa melayu berbanding bahasa bahasa lain seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Namun, aku memilih untuk menulis dalam bahasa inggeris atas justifikasi yang satu, iaitu untuk memastikan kemahiran berbahasa inggeris tidak lenyap ditelan waktu. Sejarah telah membuktikan bahawa apa jua kemahiran yang kita miliki akan lenyap andai diperap tanpa diuji tahap keberkesannya.

Aku memilih untuk menulis setiap dua hari sekali atas konsensus pemikiran, keupayaan dah gerak hatiku. Tampaknya, hasrat untuk berkongsi suka duka secebis perjalanan hidup setiap hari terpaksa diketepikan dahulu; kesibukan memenuhi tuntutan hidup dan kesukaran untuk mencari ruang yang boleh dikongsi bersama para pembaca. Ini tidak bereerti perjalanan hidupku suram dan lesu umpama air yang mengalir tenang, tapi lebih kepada usaha untuk memastikan cerita atau kisah yang ingin dipaparkan dapat membantu mendekatkan diriku kepada para pembaca. Aku berpegang teguh kepada satu kepercayaan; penulis dapat menterjemahkan sikap dan sifatnya yang sebenar melalui tulisan. Sebenarnya, inilah cara terbaik bagi kita insan yang lemah untuk menyelami dasar hati sesorang.

Semalam, pasukan kesayangan tumpas untuk kesekian kalinya dalam perjuangan mereka. Tewas 2 3 kepada telekom melaka telah menyebabkan keegoan pahang selaku pasukan elit bola sepak tanah air semakin teruk tercalar. Dan, pahang mampu memastikan jutaan hati peminatnya kekal terluka andai tumpas ketika menentang perak pada perlawanan terakhir liga super musim ini. Kepada Zainal, berundurlah secara terhormat sebelum anda diterjah keluar dari bumi darul makmur dalam keadaan yang hina. Sabtu ini, pastinya kain kain rentang yang meminta supaya anda berundur akan terpapar megah untuk tatapan umum. Fahamilah isi hati kami dan berfikirlah menggunakan otak di kepala dan bukannya otak di lutut.

Zie, ad dan insun; hayatilah perjuangan yang dijunjung oleh saudara faidzal. Semoga penglibatan anda semua dapat menjadi pemangkin dalam usaha pengukuhan bangsa melayu.

Soalan “Siapakah aku sebagai seorang Melayu?” sudah menjadi soalan rumit yang boleh membuat ramai di antara kita tergamam dan tidak mampu menjawab. Sekiranya akta tidak menyebut bahawa seorang Melayu itu adalah seorang yang beragama Islam dan mengamalkan adat budaya Melayu, pastinya kita masih lagi mengambil masa yang lama untuk menjawab soalan “Siapakah aku sebagai seorang Melayu?”

Melayu hari ini tidak mempunyai Kod Bangsa sendiri. Adalah lebih mudah sekiranya kita hidup di Zaman Kesultanan Melayu Melaka kerana Adat Temenggong dijadikan sebagai Kod Melayu harian yang digunakan dalam pelbagai senario kehidupan sebagai seorang Melayu. Kod sesuatu bangsa adalah dasar penting sebagai pemacu kebangkitan bangsa tersebut. Seperti kebangkitan bangsa-bangsa lain di dunia, doktrin Nazi merupakan pemacu kebangkitan Bangsa Jerman di zaman Hitler, Bangsa Jepun pula sehingga hari ini masih berpegangkan kepada Konsep Bushido, Bangsa China dengan falsafah Confucsius dan Bangsa Yahudi dengan Doktrin Zionis.

Tanpa mengenal diri sendiri, bangsa Melayu akan menjadi di antara bangsa di dunia yang mudah dipengaruhi dan lemah. Terimalah hakikat bahawa Bangsa Melayu pada hari ini adalah seumpama orang buta yang teraba-raba untuk mencari jalan pulang ke rumah.

Daripada masalah sumbang muharam, penagihan dadah, masalah GRO dan seribu satu lagi isu generik yang membelenggu Bangsa Melayu itu sendiri, Bangsa Melayu hanya dapat bergantung kepada pemimpin-pemimpin yang dipilih untuk menyelesaikan masalah-masalah ini. Malangnya, harapkan pagar, pagar makan padi. Kebergantungan Bangsa Melayu kepada pemimpin-pemimpin politik yang terus mengamalkan budaya rasuah dan politik wang akhirnya menjadikan Bangsa Melayu terus lemah.


Kajian membuktikan bahawa di zaman kegemilangan Melayu Melaka, kehebatan saudagar dari Timur Tengah memang terserlah. Mereka bukan hanya pedagang-pedagang yang pintar dan bijaksana malahan mempunyai budi pekerti yang mulia dan sentiasa berdisiplin dalam mentadbir-urus perdagangan mereka. Inilah sahsiah yang disanjung tinggi terbentuk daripada sifat kesyumulan agama Islam itu sendiri.

Maka dengan keunikan ini juga, ramai di antara anak-anak dara Bangsa Melayu pada ketika itu berkahwin dengan saudagar-saudagar Arab sehingga ia menjadi titik permulaan tersebarnya agama Islam serantau. Apabila generasi Melayu-Islam lahir daripada perkahwinan ini, budaya dan kepintaran untuk mentadbir-urus perdagangan terus diwarisi sehinggalah terbentuknya empayar Melayu Melaka dan Empayar Melayu Johor-Riau yang wujud lebih daripada 500 tahun lamanya.

Kita perlu menerima hakikat bahawa agama Islamlah merupakan tunggak kehebatan empayar Melaka sebenar. Kesatuan negara-negara di bawah taklukan jajahan Bangsa Melayu pada ketika itu daripada masyarakat Melayu Champa di Indochina sehinggalah Matarram di Pulau Jawa, Melayu-Islam pada ketika itu gagah gemilang.

Sekiranya kekuatan Bangsa Melayu dilihat daripada sudut tanpa sempadan, kesatuan Melayu boleh diwujudkan di kalangan Bangsa Melayu di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Indochina, Pulau Seychelles dan Afrika Selatan. Begitu juga kekuatan Islam sekiranya dilihat daripada sudut tanpa sempadan, ummat Islam sudahpun menakluki satu pertiga dunia.

Tetapi ummat Islam pada hari ini mengamalkan agama melalui 1000 definisi yang bercanggah dan sentiasa mempunyai perasaan curiga di kalangan sesama sendiri. Ini merupakan punca mengapa ummat Islam sentiasa hidup bersendirian tanpa kesatuan dan terpaksa bertindak secara ekstrim terhadap propoganda barat. Adalah lebih mudah untuk mematahkan propoganda barat sekiranya ummat Islam mempunyai sikap kebolehpercayaan yang tinggi sesama sendiri dan bergerak di dalam suatu kumpulan yang efektif. Untuk menuju ke arah ini, Islam yang kita amalkan perlu diterjemahkan di bawah satu definisi yang hakiki.

Terserah kepada Bangsa Melayu yang memimpin dan dipimpin. Sekiranya kita gagal mengiktiraf Islam sebagai identiti Bangsa Melayu sebenar, Bangsa Melayu akan terus gagal sehinggalah mereka dapat mengenal diri mereka sendiri.

Ya Allah, Semoga Melayu-Islam terus Gagah Gemilang.

Amin. Sehingga bertemu dikesempatan yang lain dan berbuat baiklah kepada insan yang lain.


|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS