<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, July 13, 2005; 11:42 PM

Salam

Baru sekarang aku berkesempatan untuk mengemaskini catatan mengenai kisah hidupku untuk beberapa hari kebelakangan ini.

Khamis
Bertolak ke kuala lumpur bersama sama dua orang junior dalam sukan boling; pa dan apek. Pukul 6 petang baru selamat berada dalam kereta, tersasar satu jam daripada waktu yang sepatutnya. Apa apapun, kami selamat tiba di kuala lumpur pada jam 9.00 malam; akibat menggunakan jalan lama. Tujuan aku ke kuala lumpur ialah untuk membawa dan menemani apek dan pa menyertai kejohanan boling terbuka antarabangsa selangor. Kerana hanya bertiga, aku berkeputusan untuk menjemput cik siti shahril a.k.a isha menyertai rombongan kami. Sesudah mengutipnya di blue boy bukit bintang dan menikmati juadah malam yang sungguh enak di sentul, kami pulang ke apartment. Hajat di hati untuk tidur awal memandangkan esok perlu bangun awal tidak kesampaian kerana terlalu asyik menonton cerita hantu gigi dan diikuti oleh cerita hantu thailand. Hebat dan menyeronokkan. Tidur tak tidurpun hanyalah pada pukul 6 pagi. Pa dan apek tidur dengan berseluar panjang; takutkan cik isha melakukan sesuatu. Ekekeke.

Jumaat.
Aku bangkit pada jam 8 pagi dan walaupun aku hanya semapt berehat selama 2 jam, aku langsung tidak berasa letih. Kerana bangkit terlalu awal, aku terpaksa menunggu para pemuda dan pemudi yang sedang nyenyak tidur untuk terjaga. Bosan! Untunglah ada astro dan channel sasaran aku ialah espn. Jam 10 pagi, kami bertolak ke summit usj. Pa dan apek terus sahaja membuat master qualifying bagi pertandingan boling terbuka antarabangsa selangor; Pa bagi kategori terbuka atau open manakala apek bagi kategori graded. Entah berapa percubaan yang mereka lakukan pun tidak aku ketahui. Aku terpaksa meninggalkan mereka pada jam 3 petang untuk kembali ke kuala lumpur bagi bertemu dengan ayahanda atas urusan peribadi. Sebaik sahaja sudah menghantar ayahanda pulang ke kuantan di kl sentral, aku terus sahaja ke summit untuk menjemput pa, apek dan shahril. Keputusannya, apek dan pa telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang berlangsung pada hari sabtu. Kami kemudiannya ke bukit bintang untuk menghantar shahril di the ship; ade persembahan katanya. Lantaklah, yang penting tidak menyusahkan orang. Tiba di apartment pada jam 11 malam dan kami sempat lagi bergosip mengenai boling dan pelbagai isu lain. Tiba tiba terdetik hati untuk menonton filem seram the ghost train yang telah dibeli di summit usj. Tengok punya tengok , rupa rupanya cd rosak. Tidak ada bunyi. Ish..potong mood betul. Kesudahannya, layan channel opus di astro dan berjaya tidur kira kira pada jam 2 pagi.

Sabtu.
Penangan opus memang hebat. Kami hanya tersedar pada jam 8 pagi, itupun kerana aku teringat untuk membeli suratkhabar bagi membaca berita mengenai perlawanan antara pahang dan perak. Perlu ke tersedar pada jam 8 pagi sedangkan waktu mendaftar diri bagi pusingan akhir terbuka antarabangsa selangor ialah pada jam 8.45 pagi. Maka memecutlah keretaku dan syukur ke hadrat ilahi, kami tiba di destinasi pada jam 8.43 pagi. Sempat juga apeq untuk bermain. Pa hanya akan bertanding pada sebelah tengah hari. Aku yang pada mulanya hanya ingin menghantar sebelum pulang ke sentul untuk menyambung tidur telah selamat menonton apek menyudahkan kesemua 10 permainannya. Hajat untuk tidur terpaksa aku lupakan demi memberi sokongan kepada pemain senegeri. Bukan senang untuk menyaksikan pemain pahang layak ke pusingan akhir dalam sebarang pertandingan antarabangsa begini. Sokongan aku diteruskan dengan hadir dibelakang pa pada setiap permainan beliau. Walaupun kedua duanya tewas, mereka telah berjaya membawa pulang pengalaman yang amat berharga. Pada aku, mereka sebenarnya telah berjaya kerana berani untuk berjuang dan hanya tewas setelah bertarung, dan bukannya tidak berani turun ke gelanggang seperti sesetengah pemain pahang. Syabas kepada kedua duanya aku mereka pasti boleh terus mengharapkan sokongan aku untuk pertandingan yang akan datang. Bertolak pulang ke kuantan pada jam 6 petang dan tiba di kuantan 3 jam selepas itu. Terus sahaja ke stadium dan hajat aku untuk menyaksikan pahang mencatat kemenangan termakbul juga. Pahang berjaya menidakkan perak dengan jaringan 1:0. Amuk tok gajah amuk. Walaupun hanya mampu muncul sebagai naib juara liga super, sokongan aku terhadap pasukan kesayangan akan terus berada pada tahap yang tidak mampu dipertikaikan oleh sesiapapun. Teruskan perjuangan dan bawalah pulang piala malaysia ke bumi darul makmur.

Ahad.
Ke kuala lipis pada jam 11 pagi untuk membawa pulang bonda. Kereta yang penuh dengan durian telah menyebabkan aku sesak nafas. Perlu ke bajuku yang dalam perjalan pergi berbau armani tatkala pulang berbau DURIAN. Ish....tapi hendak buat macam mana, demi menjaga hati mereka yang memberi, terpaksalah aku tolak ke tepi perasaan hatiku. Ekekeke. Bukan aku tidak menggemari durian tetapi apabila terperuk dalam kereta selama 3 jam dengan bau durian, aku pasti ramai yang akan sependapat denganku. Sebelah malamnya aku bermain futsal sebelum ke boling untuk menyaksikan pa dan apek bermain boling. Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku begitu bersemangat untuk melihat mereka bermain. Mungkin ia didorong oleh rasa tanggungjawab dalam membantu pemain pemain pelapis memajukan permainan mereka. Lagipun, siapa lagi yang boleh menyokong mereka jika bukan senior mereka sendiri. Sekurang kurangnya, mereka akan ingat juga aku andai kata mereka berjaya menjadi juara dan seterusnya menjadi pemain negara.

Catatan mengenai hari isnin dan selasa akan aku kongsi bersama para pembaca pada catatan untuk hari esok.

Cik ad, perlu ke bertanya mengenai pendapatku terhadap isu faidzal mengawal src. Koi tak kisoh pun weh, kalau betulpun keadaan begitu tejadi, i wish him all the best! Koi bukan ade kena mengena dah pun dengan kelab warisan, apatah lagi src. Lebih baik aok menumpukan perhatian untuk tidak lagi menjadi punca barang barang pecah.

Untuk hari ini, aku hanya bangkit daripada tidur pada jam 1 petang. Sudah lama rasanya aku tidak mendapat rehat yang secukupnya. Cadangan untuk ke sungai lembing bersama pa dan apek pada sebelah paginya terpaksa dibatalkan kerana kereta pa tidak dapat digunakan. Kerana tiada apa yang hendak dibuat dan tidak juga ke pejabat, aku berkeputusan untuk menyambung tidurku yang terganggu dengan deringan jam loceng. Sebelah petangnya aku ke boling untuk bermain 2 games sebelum menemani min bersiar siar. Kebelakangan ini, hidup min sentiasa sahaja diselubungi dengan pelbagai masalah. Pada hemat aku, dia sendiri mempunyai masalah peribadi yang perlu diselesaikan dengan segera kerana ternyata masalah tersebut telah mempengaruhi pergaulannya dengan masyarakat. Kelmarin, dia menghadapi krisis dengan salah seorang pemain boling pahang. Malah, sudah acap kali dia menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap pelbagai perkara, umpama semua perkara di muka bumi ini tidak kena. Sebagai kawan, aku hanya mampu memberi nasihat. Semoga dia menemui jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapinya.

Till then, be nice to each other.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS