<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Friday, July 01, 2005; 11:58 AM

Salam

Hari khamis, aku bangkit daripada tidur pada jam 11.00 pagi. Selepas bersiap, aku ke pejabat bersama ayahanda. Bonda pada hari tersebut ke rompin kerana menghadiri program tengku puteri. Pulang dari pejabat pada jam 1.00 petang dan aku terus berkeputusan untuk menyambung tidur; mencari bekalan tenaga tambahan untuk aktiviti larut malam. Jam 5 petang tersedar daripada mimpi indah dan sesudah selesai menyiapkan diri, aku terus sahaja ke berjaya megamall untuk merasa gaji pertama min. Wow, kami ke pizza hut dan min telah menghabiskan hampir seratus ringgit di sana. Semoga Allah panjangkan umur dan terus sahaja memberi kemakmuran kepada saudara min. Amin!

Sebelah malamnya aku kembali semula ke megamall dan destinasinya tidak lain tidak bukan ialah starbucks. Terpaksa menunggu hampir satu jam sebelum min menyudahkan shiftnya. Kami kemudiaannya ke miranda di kuantan parade kerana min mahukan fesyen rambut terbaru. Selesai mendapatkan potongan terbaru, kami ke anjung delight untuk makan malam sebelum pulang ke rumah masing masing. Sesampainya aku di rumah, para wartawan yang hadir ke rumah untuk menjamu durian sudahpun pulang kesemuanya. Yang tinggal hanyalah teman teman seperjuangan ayahanda. Sempat menghabiskan hampir 20 minit mengemaskini informasi mengenai situasi politik terkini sebelum aku bersiap siap untuk tidur. Seperti biasa, aku sempat menelaah buku karangan tun dr mahathir sementara menunggu mataku mengantuk. Sekurangkurangnya, sempat juga aku memberi jiwaku santapan rohani yang amat berharga.

Jumaat, aku ke pejabat jam 10 pagi dan pulang pada jam 12.30 tengah hari. Selesai solat jumaat, aku sempat melelapkan mata sehingga jam 4 petang sebelum ke berjaya megamall untuk menonton wayang. Cadangan asal untuk menonton filem war of the worlds bersama min terpaksa ditunda kerana min perlu bekerja lebih masa. Wow, kayalah saudara min selepas ini. Maka keseoranganlah aku di dalam panggung wayang selama 2 jam. Penantianku selama ini ternyata berbaloi kerana cerita yang ditunggu tunggu begitu menghiburkan. Sebaik sahaja tamat menonton, aku terus sahaja pulang ke rumah, malam ini ada malaysian idol.

Sudah puas menonton malaysian idol, aku terus ke rumah hidzad untuk bermain ps2. Syabas diriku syabas kerana telah berjaya memenangi kesemua perlawanan kecuali ketika tumpas teruk ketika menentang holland classic. Aduh, memang berpuaka pasukan tersebut. Mula main jam 10.30 malam dan tamat jam 12.30 pagi = 2 jam tu beb! Hendak buat macam mana, esok dia akan pulang ke uniten.

Kemudian, aku ke starbucks untuk bertemu min. Perlu ke sekarang ni semakin terserlah keadik adikkannya. Aduh, lantaklah labu! Yang penting gembira dan tak menyusahkan orang. Sesudah dia selesai mengemas starbucks, kami ke restoran taj untuk menjamu selera. Aku dengan penuh harapan memesan nasi goreng ayam dan air sirap. Memang dasar kedai mamak, segelas sirap pun mengambil masa yang begitu lama untuk dihantar. Satu lagi perkara yang memang membuatkan aku marah ialah perlukah nasi goreng ayam dimasak bersama udang. Bongok betul. Bila aku tanya dengan selamba dia tanya memang masakan panas dimasak macam tu. Ish, bebal betul. Dah banyak kedai mamak aku makan , elok je nasi goreng ayam tak taruk udang. Bongonk, bebal dan bodoh. Tapi aku takdelah marah sangat sebab memahami keadaan kedai yang sebegitu. Kalau ikutkan hati, tidaklah aku jejak ke kedai kedai merapu sebegitu. Tapi disebabkan hendak menjaga hati teman, ku gagahkan juga diri ini.

Esok, hari cuti. Aku bercadang untuk bangun dari tidur pada jam 3 petang. Baru puas hati ini kerana kebelakangan ini aku memang tidak mendapat rehat yang mencukupi. Bangun tak bangun esok hanyalah untuk makan. Esok juga akan berlangsung perlawanan bola sepak antara pahang menentang public bank selangor. Selamat maju jaya pasukan tok gajah dan ketahuilah b ahawasanya aku akan sentiasa berada di belakangmu dalam apa keadaan sekalipun.

Aku ada terbaca mengenai hasrat tengku muda pahang untuk melepaskan jawatan. Pada pendapat aku, tengku muda sudahpun melakukan yang terbaik dan kita selaku penyokong pahang seharusnya bersyukur mempunyai seseorang seperti tengku muda dalam skuad pahang. Baginda begitu komited dan bersungguh sungguh dalam memajukan bola sepak pahang.Beban kegagalan pasukan pahang seharusnya dipikul oleh jurulatih yang sememangnya tidak tahu mengatur strategi (bekas pemain kebangsaan tidak semestinya mahir dalam aspek jurulatih) dan seorang dua pemain yang hanya menghabiskan beras sahaja. Lihat sahaja bagaimana tengku muda mewujudkan kembali sikap profesionalisme dalam skuad pahang dan semangat inilah yang membantu pahang untuk menjadi juara sulung liga super. Kita seharusnya menyokong penuh usaha tengku muda untuk membangunkan sukan bola sepak pahang kerana baginda memang berkebolehan untuk berbuat demikian.

Menjunjung kasih juga kepada keprihatinan kdymm tuanku sultan pahang dan kdytm tengku mahkota pahang yang banyak membantu memajukan skuad pahang. Sesungguhnya rakyat pahang memang merupakan rakyat yang paling bertuah apabila diberi kesempatan oleh ilahi untuk bernaung dibawah pimpinan kdymm tuanku sultan yang berjiwa rakyat. Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Berbicara mengenai sahabat di mmu, aku begitu tertarik dengan keadaan riuh rendah yang sedang berlaku di bilik ad. Perlu ke takut untuk mandi hanya kerana sistem pencahayaan di bilik air tidak berfungsi. Zi dengan tegasnya mengingatkan bahawa yang patut ditakuti hanya Allah dan bukannya unsur unsur lain. Sila ambil perhatian ok. Tidak perlu takut. Sekarang sudah ada nama baru, kak ngah nisah. Wow! terbayang wajahnya yang manis setiap kali terdengar orang memanggil nama kak ngah nisah. Manis ke..wahaha....tuhan sahaja yang mengetahui. Patin, perlu ke untuk ad memecahkan gelas orang lain. Sila beri tunjuk ajar kepadanya untuk bagaimana hidup berharmoni. Patin juga diingatkan untuk tidak terlalu kerap keluar bersama umi kerana bimbang ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati kak ngah nisah.Zi, sila kawal emosi anda menjelang konsert akademi fantasia esok. Undilah dengan bijak kerana harapan aku ialah supaya mawi tersingkir. Muahahhaa. Till then be nice to each other.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS