<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Wednesday, June 29, 2005; 11:08 PM

Image hosted by Photobucket.comDalam kereta ketika di melaka.

Salam


Hatiku ini tiba-tiba sahaja terasa perit- bagai dihiris sebilah pisau tatkala membaca catatan blog milik ad. Aku dituduh menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri hanya kerana aku berkeputusan untuk tidak menghadirkan diri di putrajaya pada hari sabtu. Sombongkah aku andai menolak pelawaan untuk menonton konsert akademi fantasia kerana ingin menonton perlawanan bola sepak yang telah menjadi darah dagingku sejak sekian lama. Sombong jugakah aku andai penolakan dibuat berjustifikasikan kepada keperluan untuk memantau kesihatan tok wan yang tatkala ini sekadar menghabiskan sisa-sisa kehidupannya. Aku sememangnya tidak kisah andai tuduhan sedemikian dilemparkan oleh masyarakat umum tetapi apabila ia datangnya daripada kawan-kawan yang aku anggap sebagai teman setia, jiwaku ini benar-benar terusik. Tiada apa yang mampu aku lakukan lagi selain daripada menyusun jari memohon keampunan daripada ad, zi dan insun dan semoga allah tidak memalingkan hatiku daripada cahaya-Nya. Andai aku diberi kekuatan dan kesempatan oleh ilahi, dan dengan izin dan limpah perkenaannya maka akan bertemulah kita di cyberjaya.

Isnin yang lepas aku ke melaka bersama-sama min, zi, ad dan insun. Bertolak jam 8.00 malam dan tiba di melaka sekitar jam 9.15 malam. Berputar-putar jugalah aku di bandar melaka kerana sistem jalan rayanya telah banyak berubah. Setelah agak lama mencari dan hampir-hampir terlibat dalam kemalangan, aku akhirnya bertemu dengan kak lin yang merupakan ibu kepada arman. Hajat dihati ketika itu ingin sahaja terus mengisi perut namun impian tinggal impian kerana min perlu mengikut kak lin ke duyung untuk mengambil arman. Kami kemudiannya menuju ke gerai makan di ayer keroh yang mana mutu makanannya berada hanya setahap tinggi daripada makanan yang diberikan kepada ayam peliharaan. Perlu ke mengisi cebisan surat khabar yang masih boleh dibaca tulisannya ke dalam mee bandung. Tampaknya keputusan aku untuk bertukar kampus dari melaka ke cyberjaya sememangnya tepat kerana aku tidak ingin mati akibat keracunan makanan.

Sesudah makan kami bertolak pulang ke cyberjaya dan impian aku untuk kali keduanya musnah berkecai selepas terlepas untuk menikmati buah-buahan segar. Sekali lagi, koleksi lagu-lagu yang aku burn dipertikaikan oleh mereka yang berada di bahagian belakang. Mengantuk - itulah rumusan yang diberikan terhadap pilihan-pilihan lagu olehku. Sekurang-kurangnya aku tidak menjerit seperti tercekik tulang ketika mendengar lagu freedom mahupun menangis ketika mendengar lagu indonesia. Kepada cik ad, anda sendiri yang telah memulakan perperangan dengan melanggar perjanjian damai. Maka, rasalah penangannya apabila kesopanan dan kesusilaan ditolak ke tepi setiap kali sebarang tindakan diambil Ada ditulis dalam blog cik ad betapa dia tidak menggemari perkataan t****. Berdoa sahaja kepada tuhan supaya diriku ini diberi kekuatan untuk tidak menyebutnya lagi. Tetapi ketahuilah olehmu wahai cik ad, akalku yang panjang ini tetap akan mencari jalan lain dalam usaha membangkitkan emosi anda kerana setiap kali anda gelisah, aku akan gembira. Ia umpama santapan kepada jiwaku yang sentiasa berada dalam kedahagaan. Hidup biar berakal, mati biar berhantu.

Sebelum ke melaka, aku bertemu dengan faidzal di hb4. Kami berbincang mengenai hal kelab warisan dan tampaknya aku diberi tugas untuk memujuk supaya zie dan ad menerima perlantikan mereka sebagai presiden dan timbalan presiden. Turut dibincangkan ialah hal-hal pengukuhan kelab, senarai aktiviti dan usaha-usaha yang boleh dilakukan dalam menambah sumber kewangan kelab. Perbincangan yang memakan masa selama hampir satu jam itu berkesudahan dengan harapan agar kedua-dua nama di atas menerima perlantikan mereka dan aktiviti mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli jawatan kuasa penaja dapat diadakan dalam masa yang terdekat ini.

Selasa
------

Tidak banyak yang telah dilakukan pada hari tersebut. Kerana keletihan, aku hanya tersedar daripada ulitan mimpi setelah kedua-dua jarum jam menghala tepat ke arah utara. Selesai bersiap, kami(aku, min, kakak aku, dan arman) bertolak pulang ke kuantan. Tiba di kuantan jam 3 petang, dan aku terus sahaja merebahkan diriku di atas katil sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik kesayanganku. Bangkit jam 5 petang dan sesudah bersiap, terus sahaja ke boling untuk bertemu dengan min. Sebelah malamnya, aku ke mega lanes untuk menyaksikan liga kopitiam sebelum ke hyatt bagi menjemput ibuku.

Rabu
------
Bangkit daripada tidur pada jam 11.30 pagi. Bonda sudah ke kuala terengganu atas rangka perniagaan manakala ayahanda akan ke istana pada jam 1 petang. Aku, seperti biasa terus sahaja ke pejabat dan bertemu dengan encik shamsul. Jam 4 petang, aku dan shamsul ke bank untuk mengeluarkan duit sebelum aku ke megamall bagi melihat sesi latihan skuad boling pahang. Skuad ini akan ke selangor bagi bertanding dalam kejohanan boling sportexcel-milo-msn peringkat negeri selangor yang berlangsung selama tiga hari bermula pada hari jumaat sehingga ahad. Cadangan untuk menonton wayang terpaksa dibatalkan kerana korum yang tidak mencukupi. Selesai melihat pemain pahang berlatih, aku bersama -sama dengan pa, apek dan iqbal menuju ke tapau M S Garden untuk mengisi perut yang kelaparan sebelum aku pulang ke rumah dengan dihantar oleh min. Minggu hadapan mungkin akan ke kuala lumpur bagi menghantar apek dan pa untuk bermain kejohanan terbuka selangor. Namun, cadangan ini masih tertakluk kepada sebarang perubahaan.

Petang tadi juga aku terserempak dengan hidzad yang kebetulan ingin menonton wayang. Ingat perhitungan terkahir kita pada malam jumaat sebelum kau pulang ke uniten. Aku pastinya akan mempamerkan pengusaan aku dalam sukan bola sepak dan akan menghadiahkan kau kekalahan yang dashyat. Hahaha...be great or be bad.

Sudah lama aku tidak pulang ke lipis. Mungkin sebelum aku kuala lumpur pada minggu hadapan, aku akan singgah sebentar di kuala lipis untuk bertemu rakan-rakan seperjuangan di sana. Bukan aku sengaja tidak mahu pulang tetapi kebelakangan ini jadual kehidupanku tiba-tiba sahaja dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang tampak seperti tidak berkesudahan.

Ada pihak yang meminta aku memberi komen mengenai penggantungan tan sri isa samad. Aku tidak berhajat untuk berbuat demikian kerana aku pasti akan ada pihak yang melenting dengan ulasan yang akan aku beri. Masyarakat di malaysia masih lagi tidak berfikiran terbuka dan mampu untuk menerima sebarang perbezaan pendapat. Atas kepentingan ayahanda dan keluarga, aku berkeputusan untuk berdiam diri sahaja tetapi awas, berdiam diri tidak bererti pengecut kerana pastinya aku akan kembali bersuara apabila masa yang dijanjikan tiba.

Esok, min hendak menjamu aku dengan pizza hut hasil daripada gaji pertamanya. Alhamdulillah, semoga panjang umur dan murah rezeki. Tampaknya aku akan pulang awal ke rumah esok kerana rakan-rakan seperjuangan dalam sukan boling sudah akan ke kuala lumpur seawal jam 10 pagi. Mungkin aku akan menonton wayang untuk menghabiskan waktu petangku yang panjang. Till then, be nice to each other.

|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS