<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/9601539?origin\x3dhttp://taufiqomar1.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Monday, June 20, 2005; 2:07 PM

Salam.

Untuk kesekian kalinya cik ad a.k.a ros dengan selambanya berkata {malasnya aku} setiap kali diajukan soalan kenapa blognya tidak dikemaskini. Perluke blog dibiar tanpa perhatian umpama sebuah rumah usang yang dikelilingi lalang setinggi pinggang. Entah apa sahaja aktiviti yang dilakukan sehingga tidak berkesempatan untuk menulis.

Semalam aku ke Stadium Darul Makmur - Pahang 2 Pulau Pinang 1. Walaupun berjaya mengutip tiga mata penuh, nyata persembahan yang ditunjukkan tidak begitu menyakinkan para peminat tok gajah. Minggu hadapan akan ke Kangar pula untuk bertemu Perlis dalam perlawanan yang disifatkan sebagai penentu kejuaraan super 2005. Berdasarkan persembahan skuad tok gajah semalam, ternyata sukar untuk pahang mengatasi perlis yang kebelakangan ini begitu mantap. Apatah lagi mereka akan mendapat sokongan padu penyokong sendiri. Alahai...berkecailah harapan aku untuk melihat Piala Liga Super kekal di bumi Pahang yang bertuah ini. Permainan pada separuh masa yang pertama berlangsung hambar. 15 minit di separuh masa yang kedua, hujan mula turun yang menyebabkan aku beralih tempat duduk. Kononnya mendapat tempat VVIP, jauh daripada percikan air hujan dan dibelai angin yang bertiup kencang - chies...sekali terkena pancuran air yang turun mencurah-curah umpama paip bocor. Maka basah kuyuplah tubuh badan. Dek kerana itu sebaik sahaja perlawanan ditangguhkan, aku terus pulang ke rumah. Sangkaan perlawanan akan ditangguhkan ke hari ahad ternyata meleset kerana perlawanan bersambung semula 40 minit kemudian. Argh..rugi 7 ringgit.

Jumaat, aku ke lembah kelang. Perjalanan yang menakjubkan bermula dengan destinasi yang pertama, Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Aku ke sana bersama Hakim dan Pa bagi membolehkan Hakim membuat rayuan atas kegagalan permohonnya untuk ditempatkan di UTM Shah Alam. Hasilnya - tidak berjaya kerana segala urusan rayuan hanya boleh dilakukan melalui internet. Hahaha...harapan tinggal harapan.

Image hosted by Photobucket.comPromosi sikit...ini bakal pemain negara...ad,zi dan patin..jangan bercita-cita untuk mengorat..masih muda dan di bawah umur.Karang tak pasal-pasal kena sebat.


Sesudah itu aku ke Sunway Pyramid - Pa ingin membuat MQ. Hebat sungguh budak ini. Peningkatan yang ditunjukkan memang memeranjatkan aku kerana kali terkahir aku bertemu dengannya ialah pada 3 bulan yang lepas. Tatkala itu, permainannya tidaklah sehandal sekarang. Untuk rekod, dia membuat jatuhan pin sebanyak 719 melalui 3 permainan dengan purata jatuhan pin sebanyak 219.6667 bagi satu permainan - satu jumlah yang begitu tinggi bagi remaja semudanya. Syabas!


Malam pula kami ke Petaling Street. Hakim telah berjaya menyambar sepasang kasut nike. Kemudian kami pulang ke Kuantan pada jam 12.30 pagi bersama-sama seorang lagi teman seperjuangan dalam sukan boling, shahril atau nama manjanya..ISHA.

Kembali kepada catatan untuk hari ahad. Zi dan patin pada ketika ini pasti sudah berada di MMU. Kuang kuang kuang..selamat belajar dan nantikan kehadiranku untuk bersidang dan midnite. Perlu ke mengemas bilik, mungkin ingin mengubah feng shui. Pengaliran udara perlulah lebih lancar sambil elemen air perlu berada di bahagian utara - susun atur yang penting bagi membolehkan ikan patin membesar dengan sihat. Wahaha. Amaran kepada zi - sila kemas kini blog anda dengan segera atau berdepan kemungkinan blog anda akan diserang. Kepada patin, cepatlah menyiapkan blog. Lihat daripada sudut yang menguntungkan, anda boleh mengiklankan keenakan dan kesedapan isi anda di blog yang mana ia boleh menjurus kepada usaha pengukuhan kedudukan ekonomi anda.

Hari ini juga aku kembali bermain boling dengan bola yang baru dibeli. Purata jatuhan pin aku adalah sebanyak 210 daripada 4 permainan. Agak baik bagi orang yang baru sahaja berjinak-jinak kembali dengan sukan ini selepas menyepi selama 2 tahun. Seronok juga apabila berjaya mencatatkan markah yang tinggi. Tapi aku tidak sekali-kali akan kembali untuk bermain boling secara serius. Kegemilangan aku pada masa lampau sudah menjadi sejarah yang hanya boleh dikenang dan dibanggakan. Sekarang aku perlu menumpukan perhatian dan menjana usaha dalam mengukuhkan karier politik. Malah antara sebab mengapa aku meninggalkan sukan boling ialah kerana politik. Kepada pa, apek dan shawn..jangan risau. Aku tidak akan menggugat peluang anda-anda semua untuk bergelar atlit tersohor negeri dan negara.

Terbaca aku ulasan mengenai sejarah perjuangan bangsa dalam laman web prowaris yang ingin aku kongsi bersama. Semoga ia berupaya membangkitkan rasa cintakan bangsa dan mengarah pemikiran kita dalam usaha memenggemilangkan bangsa melayu.

Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Airmata Darah Bercampur Keringat
Bumi Dipijak Milik Orang

Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman

Indahnya Bumi Kita Ini
Warisan Berkurun Lamanya
Hasil Mengalir Ke Tangan Yang Lain
Pribumi Merintih Sendiri

Masa Depan Sungguh Kelam
Kan Lenyap Peristiwa Semalam
Tertutuplah Hati Terkunci Mati
Maruah Peribadi Dah Hilang

Kini Kita Cuma Tinggal Kuasa
Yang Akan Menentukan Bangsa
Bersatulah Hati Bersama Berbakti
Pulih Kembali Harga Diri

Kita Sudah Tiada Masa Majulah Dengan Gagah Perkasa
Jangan Lalai Teruskan Usaha
Melayu Kan Gagah Di Nusantara (3x)

Kalau sesiapa yang pernah mengikuti program Biro Tatanegara (BTN) sudah semestinya pernah menyanyikan lagu ini. Setidak-tidaknya lirik lagu “Warisan” pasti dibawa balik bersama risalah-risalah BTN yang lain yang dimuatkan di dalam fail program. Mungkin lagu ini agak kurang sesuai didendangkan di corong-corong radio apatah lagi diperdengarkan di televisyen atas alasan menjaga sensitiviti kaum lain, namun sebagai seorang yang berbangsa Melayu kita sepatutnya menghafal dan menghayati lirik lagu ini.

Mengetahui lagu “Warisan” dan menghafal lirik lagu ini bukannya untuk mengajak orang Melayu terus alpa dan leka dengan lagu dan hiburan tetapi sebenarnya untuk mengajak bangsa Melayu kembali menjadi bangsa bertuan di tahan air sendiri. Dalam erti kata yang, penghayatan kepada lirik lagu ini sebenarnya menginsafkan kita dan menyedarkan kita akan di mana kedudukan kita pada masa sekarang. Kita sering melaungkan ungkapan “Ketuanan Melayu!”, hakikatnya apakah Melayu masih menjadi tuan atau Melayu bertuankan bangsa lain?

Melihat kepada lirik lagu “Warisan” memang cukup ringkas, tiada bahasa atau ayat yang sukar untuk kita fahami. Bahasanya “srtaight forward”, sesiapa sahaja yang mendengar pasti akan faham apa yang cuba disampaikan. Kita diceritakan bagaimana pengorbanan dan perjuangan nenek moyang kita mempertahankan tanah air daripada orang asing. Ungkapan “Nenek moyang kaya raya” jelas menggambarkan kepada kita suatu ketika dahulu, hasil penat lelah, ketekunan dan semangat yang tinggi bangsa Melayu telah menjadi sebuah bangsa yang dihormati dan disegani rakan dan lawan. Kuasa ekonomi dan kuasa politik dikuasai sepenuhnya oleh bangsa Melayu sebagai kaum peribumi di bumi bertuah ini.

Namun generasi selepas itu gagal pempertahankan segala usaha yang dilakukan sebelum ini. Kini kita banyak berbalah sesama kita terutamanya dalam soal perebutan harta, kekayaan, jawatan, pangkat dan lain-lain. Sama ada sedar ataupun tidak, sikap generasi sekarang yang tamakkan harta, kekayaan dan kuasa akhirnya menyebabkan segala yang diwarisi daripada nenek moyang kita jatuh ke tangan orang lain. Benarlah serti yang tercatat dalam ungkapan, “hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih sendiri”.

Jelas sekali kini, segala kekayaan turun temurun milik nenek moyang kita kini diwarisi oleh bangsa lain. Bangsa Melayu sebagai bangsa bermaruah, yang memiliki kuasa dan kekayaan suatu ketika dahulu kini cuma tinggal satu sejarah. Penyebab utama tidak lain tidak bukan adalah kerana sifat tamak, malas untuk berusaha dan cepat terpengaruh.

Akibatnya, bangsa Melayu kini dilihat sebagai bangsa yang lemah, tidak mahu bersaing dan suka berbalah sesama kita. Dalam mencari kekayaan, bangsa Melayu lebih suka menjadi kaya dengan cara yang mudah dan malas berusaha. Sebagai contoh, untuk menjadi jutawan mereka akan menjual tanah milik mereka kepada bangsa lain. Sedangkan jika tanah tersebut diusahakan, hasilnya berlipat kali ganda.

Kita masih bermegah dengan status kita sebagai peribumi / bumiputera tetapi kita lupa di saat kita mendakwa tanah yang kita pijak adalah milik nenek moyang kita tetapi hakikatnya “bumi dipijak milik orang”. Kalau dahulu, bangsa lain terpaksa meminta-minta, menadah tangan kepada kita agar diberikan kebenaran menetap di tanah air ini, diberikan ruang untuk berniaga, diberikan peluang untuk berkerja namun kini ianya seolah-olah sudah terbalik. Bangsa Melayu pula sekarang ini menjadi golongan yang terpaksa merayu dan meraih simpati.

Maruah bangsa Melayu dan maruah peribadi sudah tiada lagi. Dahulu kita yang tuan, tetapi kini kita bertuankan bangsa lain. Generasi Melayu kini terpaksa merintih semata-mata untuk terus hidup di bumi ini. Kita sudah tidak segan silu untuk meminta pertolongan bangsa lain, meminta sumbangan, memohon diberikan peluang pekerjaan dan lain-lain lagi. Lihat sahaja di sekeliling kita, berapa buah kedai milik bangsa kita berbanding bangsa lain? Tanah siapakah yang kita pijak? Siapakah majikan kita?Apakah yang masih ada pada kita?

Rangkap kedua terakhir berbunyi, “kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa, bersatulah hati bersama berbakti, pulih kembali harga diri”...

Ya, tidak dinafikan kini kita cuma tinggal kuasa yang akan menentukan bangsa. Bercakap tentang kuasa, apakah kuasa mutlak terletak pada kita atau hanya hanya kuasa atas nama sahaja? Perdana Menteri masih lagi Melayu, menteri-menteri majoriti Melayu tetapi apakah penguasaan politik mampu menjamin ketuanan Melayu? Sedangkan ekonomi, pendidikan dan lain-lain dikuasai bangsa lain.

Sejarah telah banyak membuktikan kekuatan sesebuah negara bergantung kepada tahap penguasaan ilmu dan ekonomi. Ilmu dan ekonomi inilah bakal penentu kepada penguasan politik yang seterusnya akan untuk menguasai sesebuah negara. Apakah kita sudah bersedia untuk kembali bangkit, satukan hati-hati kita dalam usaha memulih kembali harga diri dan maruah bangsa? Ingatlah, kini kita sudah tiada masa. Kita harus maju ke hadapan dengan gagah perkasa agar Melayu terus gagah di Nusantara dan di mata dunia...


|

Pokko

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Disclaimer

This is not a public service homepage. My blog is my private homepage and i am free to express whatever i think is right. I write in this homepage for my personal pleasure and satisfaction. I did not invite you to come in here. In fact, I do not even welcome you here. So can you please just get out and never come back.

About Pokko

I am Taufiq , was born in Terengganu....Live in Kuantan, Pahang,talk nonsense things all over the places when i have the chance! I love meeting new people (not that the people I already know bore me, don't take it the wrong way) and talking shit to them, going to mamak, watching films, and all the other things you would expect. And some others. But I'm not telling you about them. Just yet. Oh yeah, and I spend too much of my disposable income buying too many people too many drinks (myself included). I like load of stuff. A list of my favourites is: Actress: Reese Witherspoon, Food: McDonalds,Pizza Hut, Burger King Drink: Coca Cola,Mango Citrus + Raspeberry Tea Frappucino Footbal teams: Manchester United and Pahang. Rugby team: England (it used to be New Zealand), Chocolate: Mars bar, Places: Kuantan,Lipis, London, Football players: Jesper Blomqvist, Nicky Butt, Cristiano Ronaldo Rugby player: Jonny Wilkinson, Golfer: Tiger Woods, TV presenters: Nor Azalina Awang Had, Politicians: Tun Dr Mahahthir, My Father.In short again, I'm Taufiq or Pokko or YB, and I've got nothing else to say.

People I'd Like To Meet

Just Really Nice ,Open,non judgemental people who accept everyone for who they are!looking inside peoples hearts for the real person..:) Anyone whose life contains a rollercoaster of thrills and spills, people who believe that nothing is taboo. and people that make me laugh - I like laughing. Unless of course you're some sort of xenophobic, ignorant, manipulative, hypocritical liar, or you posess traits similar to these , then I want to meet you, and I'll make my mind up after that, and you can do the same concerning me. If you want. Or not. Whatever.

Wishlist

A Brand New BMW
Get rid of the current Menteri Besar Of Pahang (say no to adnan)
An Ipad
Iphone 4g
MacBook Pro
Millionare at the age of 35

Contact

Emel = ahmadtaufiqomar@me.com or ahmadtaufiqomar@yahoo.co.uk @
Hp = 0129665665 or 0139995999
www.myspace.com/pokkobro
www.youtube.com/greendaybro

Bloggers

Hidzad
Hakim Nasir
Ikhwan
Fadli
Amirah
Tun Mahathir
Wani

Links

Soccernet
Manchester United
Tok Gajah
Malaysia Today
Myspace

I'm On Twitter


Past Memories

  • December 2004
  • January 2005
  • February 2005
  • April 2005
  • June 2005
  • July 2005
  • September 2005
  • November 2005
  • April 2007
  • September 2007
  • October 2007
  • March 2008
  • April 2008
  • May 2008
  • June 2008
  • July 2008
  • August 2008
  • September 2008
  • October 2008
  • November 2008
  • December 2008
  • January 2009
  • August 2010

  • Networkedblogs


    Your Say




    RSS